Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Insurans. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Insurans. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mac 2011

PANAS!!! BNM : Insurans naik tiap-tiap tahun bermula 2012!

Semalam dalam paper utusan awang adek mengulas isu premium insurans yang mahal terhadap kenderaan lama [pengguna third party] yang menjadi tajuk panas dalam persidangan parlimen kemalrin apabila ahli parlimen pembangkang + ahli parlimen kerajaan sama-sama membidas kadar premium insurans yang tidak berpatutan dan bersepadanan dengan kenderaan itu sendiri apabila insurans untuk kenderaan lama lebih mahal berbanding insurans untuk kenderaan baru. Dalam erti kata lain charge insurans untuk third party lebih mahal dari untuk first party. 

Kata awang adek, kadar tersebut telah di luluskan oleh kementerian kewangan dan bank negara pada dua tahun yang lepas. Dan kerajaan akan memikirkan untuk mengubah sesuatu tetapi tidak pula menjanjikan bahawa peraturan/kadar tersebut akan dimahsuhkan. Ia cuma akan di kaji. Paling koman, mungkin mengurangkan daripada kenaikan 15% kepada 10%. Kalau itu berlaku tetap tiada beza beb. Baca bawah neh dulu ;


Terbukti yang kadar insurans yang membebankan untuk pemilik kenderaan lama diluluskan oleh bank negara malaysia bersama kementerian kewangan ataupun = najib + awang adek = luluskan ia!

Terlupa kot yang kadar tersebut memang membebankan rakyat apatah lagi dengan beban kenaikan petrol dan harga makanan yang makin lama makin melampau. Tak percaya? Baca sini runggutan rakyat marhaen mengenai kenaikan harga barang makanan di malaysia ;

Ingatkan selepas ahli parlimen menyuarakan kemarahan rakyat menerusi parlimen kemalrin, BNM akan memahsuhkan kenaikan premium insurans bermula tahun hadapan. Nampaknya tidak. Mereka tetap akan teruskan rancangan tersebut. Alasan yang menyebabkan premium insurans di naikkan untuk semua jenis kenderaan ialah ;

Untuk mempercepatkan proses claim tuntutan bila berlaku kemalangan. 

WOW.. nak cepatkan tuntutan, rakyat pula terbeban kena bayar lebih. Bukan kah selama ini telah dipersetujui.. berapa-berapa amount yang patut dibayar sekian-sekian untuk tuntutan itu ini? Syarikat insurans yang salah bila mereka lambat proses permohonan tetapi rakyat pula yang kena tanggung kebebalan dan kebodohan mereka itu? Mana keadilan pula buat kita? Kita dah bayar insurans tiap-tiap tahun. 

Kalaupun jumlah kemalangan meningkat setiap tahun, adakah setiap kenderaan claim gantirugi insurans dan layak menuntut? Adakah setiap kenderaan menuntut jumlah insurans yang banyak setiap kali kemalangan? Adakah kesemua tuntutan insurans di luluskan? Nampak sangat BNM neh otak penipu yang cuba menghalalkan tindakan syarikat penipu [baca insurans] untuk terus menipu duit rakyat. Baca bawah neh, kenyataan dari BNM sendiri yang dipetik dari utusan malaysia ;


Logik sketlah.. orang bayar insurans sebab peraturan. Berapa banyak pula kenderaan yang tak pernah accident walau sekalipun? Mana pergi kesemua duit-duit tersebut? Hangus?Lenyap? Lue fikir sendiri. 

Patutnya kita diberikan pilihan samada nak bayar insurans ataupun tidak. Ini tidak, kerajaan paksa kita bayar insurans kalau tidak roadtax kenderaan tak boleh dihidupkan langsung. WTF!! Pelan yang menganiaya rakyat dan orang islam. Insurans neh pun bukan halal.. 

Apa yang lebih memeningkan kepala aku ialah bila BNM berkata bahawa kadar kenaikan insurans akan berlaku setiap tahun sehingga mencapai tempoh kenaikan yang di tetapkan bermula tahun 2012. Haizhh.. tak boleh blah betul. Semua nak naik.. 

Kenyataan dari pemilik syarikat insurans pula macam biasa.. mereka mengatakan bahawa bank negara malaysia yang luluskan, bukan mereka yang suka-suki buat kadar macam tue. Tengok sini ;


Kesimpulan nya kerajaan tak boleh luluskan kenaikan insurans neh. Bukan masanya apatah lagi tiada keperluan untuk berbuat demikian. Di samping itu tarik balik kenaikan 15% terhadap premium insurans kenderaan lama yang berusia 10 tahun ke atas. Ingat kami neh ada sangat ke duit nak tukar kereta selepas usia 10 tahun? Dah la tue hutang kereta ada yang sampai 9 tahun. Selepas setahun berehat dari bayar hutang kepala pecah pula nak bayar kadar insurans yang mahal. Adil ke? 

Baca sini untuk melihat kecaman ahli parlimen terhadap syarikat insurans di malaysia.


Ameno : Bukti umno sayang rakyat.. ada di atas. ha ha ha

Jumaat, 11 Mac 2011

Premium nsurans sehingga 150% tak masuk akal!

Hah.. ingat tak baru-baru neh ada usul mengenai kenaikan kadar insurans di malaysia? Baca sini kalau nak tahu dari awal. Apa yang bagusnya mengenai isu ini ialah bilamana ahli parlimen pembangkang + ahli parlimen kerajaan = menolak usul yang diluluskan oleh bank negara malaysia baru-baru ini. Baca bawah ;

KUALA LUMPUR 10 Mac - Penyokong kerajaan dan pembangkang hari ini 'bersatu' menyelar syarikat-syarikat insurans kerana mengenakan premium yang tidak masuk akal terhadap kenderaan lama berusia lebih 10 tahun dan insurans pihak ketiga sejak dua tahun lalu.

Sambil menyifatkan dua langkah itu sebagai tidak munasabah, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, peraturan baru tersebut telah menyusahkan rakyat terutama penduduk di luar bandar.Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengkaji semula kadar dikenakan itu sejak dua tahun lalu kerana jelas membebankan rakyat ekoran harga premium insurans yang terlalu tinggi.

''Ini isu serius. Oleh itu Kementerian Kewangan dan BNM perlu melihat masalah ini kerana ia tidak memberi keadilan kepada rakyat di kampung-kampung. Kebanyakan kenderaan mereka adalah kenderaan lama. Peraturan ini langsung tidak munasabah.

''Munasabah ke premium insurans kereta lama lebih tinggi daripada kereta baru. Begitu juga dengan pembelian insurans pihak ketiga, mengapa kadarnya terlalu tinggi?'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Nampaknya syarikat insurans neh buat premium ikut kepala hotak dia. Dah berapa banyak DUIT HARAM syarikat insurans telan pun aku taktahu. Tapi tak semua macam tue aku rasa. Masih ada tokey insurans yang baik aku percaya. Baca lagi bawah neh ;

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula operasi syarikat-syarikat insurans kerana perjalanan perniagaan mereka adalah secara menipu.

''Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah perniagaan insurans. Berlaku sahaja kes kemalangan berpuluh tahun baru selesai. Saya minta satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau operasi mereka kerana mereka ini adalah penipu paling besar di negara ini," katanya.

Mohamed dalam pada itu turut mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu syarikat insurans yang baru sebagai alternatif bagi syarikat insurans sedia ada.''Kalau masalah ini tidak selesai, apa kata Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans baru yang boleh menjual insurans dengan harga berpatutan. Namakan sahaja insurans ini, insurans 1Malaysia. Jangan terima lagi syarikat-syarikat insurans yang sedia ada sekarang," ujarnya.

Ingatkan aku je selalu maki syarikat insurans. Rupanya ramai yang sependapat dengan aku syarikat insurans adalah bapak segala penipu kat malaysia neh. Ha Ha Ha..
Daripada buat insurans 1malaysia bek buat simpanan masa hadapan. Yang mana setiap pemilik kerajaan diwajibkan menyimpan setahun sekali dalam bank tertentu kemudiaan nya setelah kereta dah habis dibayar ataupun dijual kepada orang lain, dia ada hak untuk keluarkan simpanan tersebut. Kalau berlaku kemalangan, dia boleh keluarkan simpanan tersebut untuk memperbaiki kenderaan dia. Aku rasa itu lebih baik. Insurans neh aku tetap tak percaya. Boleh ke dalam islam beb? Mana boleh kan..

Baca lagi lanjut bawah neh ;

Chong Chieng Jen (DAP-Kuching) di dalam perbahasannya juga bersetuju supaya kadar premium insurans pihak ketiga diturunkan bagi meringankan beban rakyat.Beliau memberitahu Dewan Rakyat bagaimana syarikat-syarikat insurans ketika ini memaksa pelanggan membeli polisi insurans kemalangan peribadi sebelum dikeluarkan polisi insurans pihak ketiga walaupun kerajaan tidak membenarkan ia berlaku.

''Itu belum dikira caj tambahan (loading) yang turut dikenakan kepada pelanggan. Apabila dicampur kedua-duanya dan ditambahkan dengan bayaran premium insurans pihak ketiga sudah tentu harganya tinggi dan membebankan.
''Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini," katanya. Akibatnya beliau berkata, harga premium insurans pihak ketiga yang dahulu dibayar sekitar RM70 sehingga RM80 tetapi sekarang harganya antara RM100 hingga RM200.

''Bank Negara ini butakah, takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Mengapa kerajaan tidak ada penyelesaian sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya.
Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat trak penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan, termasuk caj tambahan.

Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa Bank Negara dalam mengawal syarikat-syarikat berkenaan.
Meskipun katanya, telah ada arahan supaya syarikat-syarikat insurans tidak boleh memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan namun perkara itu masih berleluasa.
Aku fikir syarikat insurans neh dah lama hidup mewah dan senang di atas belas ihsan kita kepada mereka selama ini.. sudah sampai masanya untuk kita kasi lingkup operasi mereka yang mencengkik duit kita tiap-tiap tahun melalui roadtax motor dan kereta.

Baca plak kat bawah neh ;






So apa lagi? Jom lah kita sound pemilik syarikat insurans neh.. Ada berani? Masuk sini kalau berani ;



Ameno : Syarikat insurans yang tak jujur patut di SOUND!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...