Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Mac 2011

Hot!! Amboii DSAI SOUND Tuan Guru Nik Aziz..

Berita lawak ini aku perolehi dari sumber berita harian. Baca bawah neh ;

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman berkenaan.Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.

"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam. 

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. 

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula. 
Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan. 

Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan, selewat-lewatnya Khamis ini. 

“Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau Kelantan,” katanya. 

Anwar yang juga Penasihat PKR itu berkata, antara yang terbabit dalam perbincangan itu nanti termasuk Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. 

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pilihan raya Sarawak, Abdul Hadi, berkata pembahagian kerusi antara parti sudah hampir selesai berdasarkan persetujuan semua pihak. 

"Hanya ada sebahagian kecil saja yang belum ditentukan. Bagaimanapun ia dijangka selesai sebaik saja pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak," katanya. 

Kenapa lawak? Lawak juga sebab berita harian letak tajuk macam neh ;
Kenapa? Jawapan nya mudah.. nak cipta persepsi bahawa PKR sokong judi. Enh jap.. PKR sokong judi ke tak neh? Kena nyatakan pendirian juga mengenai isu judi neh. Elok aku bagi nasihat sedikit mengenai isu judi neh agar korang ahli-ahli pkr boleh faham ;


1. Orang islam takde sebab untuk membenarkan judi dibolehkan utk org bukan islam sebab judi ini merosakkan tak kira siapa pun pelaku dia.

2. Judi juga merosakkan institusi kekeluarga dan masyarakat. Judi menyebabkan keluarga bercerai-berai, anak-anak terbiar, ada yang berhutang, ada yang hidup kemiskinan, ada yang mempercayai nasib tanpa usaha keras, ada yang dibunuh dan tak lupa bunuh diri.

Okey, nasihat aku dah habis. Tapi aku percaya dsai tak sokong judi. Aku percaya ahli-ahli pkr yang islam dan bukan islam pun tak sokong judi. Sebab apa? Sebab pkr sendiri bantah sekeras-kerasnya isu judi sukan di malaysia. Nak tahu tak? Judi ialah judi tak kira ia judi sukan ataupun judi loteri dan ianya termaksud dalam kategori haram bagi umat islam tak kira parti apa ko anuti.

Selepas ini ahli-ahli umno dan cybertroopers umno akan mainkan isu bahawa pkr dan dsai sokong judi. Percaya cakap aku. Aku dah masak dengan taktik mereka neh. Itu tujuan berita di atas di tulis. Untuk memainkan persepsi itu dikalangan orang islam di malaysia. Sedangkan mereka lupa yang terlebih dulu sokong judi ialah UMNO. Tetapi pendirian aku masih sama, iaitu benda jahat tak boleh dibandingkan dengan siapa yang lebih jahat sebab ianya hanya akan merosakkan pemikiran manusia.

So, kalau dah umno sokong judi, let it be lhar. Cuma ahli-ahli pkr kena ada pendirian lhar. Ingat, judi itu haram. Kalau dah Allah swt dah tetapkan begini ;

kuasa dan iman tak boleh seiring, maka kamu kena pilih antara satu. kuasa atau iman. Ingat, kita mati tak bawa kuasa, tapi bawa iman. Kalah pun takpe, sementara je. 

Jangan disebabkan kuasa kita buat kerja bodoh. Kita mempermainkan hukum Allah swt, esok lusa kita kena main balik. Ingat, Allah swt memerhati. Aku dah kena dah. So aku tahu. Heh.

Ya, aku faham tujuan dsai cakap macam tue sebab nak suruh pas dan dap  berbincang isu judi. Tetapi ketika nak tunggu perbincangan itu berlaku pun, pkr kena tetapkan pendirian mereka. Mereka bersama pas membanteras aktiviti perjudian ataupun bersama dap membenarkan aktiviti perjudian?Ke mereka tiada pendirian? Atas pagar pula? Heh..

Bagi dap dah memang jelas aku faham. Mereka kata begini ;

judi sukan not okey.
judi not sukan is okey.

so pendirian mereka hanyalah politik gimik. Maaf ya rakan-rakan dari dap, aku jujur bercakap. Mungkin korang tak nampak kesengsaraan orang-orang cina yang jatuh muflis akibat judi, tetapi aku dah nampak so aku tumpang simpati. Biasalah orang baik macam aku memang kaki penyibuk. Heh

Oleh itu, pkr kena nyatakan pendirian mereka. DSAI pun kena nyatakan pendirian PKR. ISLAM itu sendiri adil. Tiada yang tidak adil dalam islam melainkan kesalahan manusia itu sendiri.

So, bersama pendirian PAS, judi akan tetap diharamkan di kelantan tak kiralah apa halangan yang ada di depan mata.. benda haram, takde sebab ia boleh jadi halal bila tukar anutan politik.  Heh..


Ameno : Takut Allah swt.. bukan takut hilang kuasa.

Share this

9 Responses to " Hot!! Amboii DSAI SOUND Tuan Guru Nik Aziz.. "

  1. kebanyakan orang bukan nislam pun suka kalau judi takde...

    BalasPadam
  2. rakyat malaysia muslim15 Mac 2011 pada 2:12 PTG

    semoga pas tetap ngan pendiriannya..cm kapala ini blog ckp,judi xkan jadi halal walaupun ape pun parti politik yg korang sokong...

    BalasPadam
  3. hahaha. ape da ameno benda ni pun nak melompat.
    aku rasa istilah tu tak ada masalah. 'menegur' ni ialah ayat yg lembut la cik adik. lain la dia kata 'membantah', 'mengherdik' ka. lagipun tajuk tak sepenting isi. tajuk biasalah sensasi. sebab itu membaca jambatan ilmu. Abes baca Harakah dengan Sinar Keadilan ayat sopan sume sopran santun ke kalau berkenaan parti yang dia tak suka? Ini dah habis lembut aku rasa.

    "Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama..."

    Ayat ini macam memburukkan Pakatan ke? aku rasa tak. imej lagi baik adalah.

    So, relax. dah lunch?

    BalasPadam
  4. ameno world...saya mula membaca blog ni setelah menyertai rangkaian FB"Rosmah sila minta maaf kepada umat Islam".Mungkin admin ni adalah admin yang sama dengan rangkaian tu, dan penulisannya juga banyak mendedahkan dan membuka minda. tetapi saya sebagai insan yang lemah ingin mencadangkan :

    1. agar admin mengemukakan sumber yang lebih shahih, bukan saya bermaksud sumbernya tidak shahih tetapi setiap kali saya membaca penulisan ameno world saya kurang perasan maklumt sumber yang detail cth : tarikh, m/s akhbar dll, terutama gambar original cebisan akhbar.
    2. jika admin adalah pro pembangkang/PR, maka seharusnya jangan mengambil sumber dari kerajaan yang banyak memutar belit sumber yang asal. cth : berita hairan, utusan dll.

    walau bagaimana pun ameno world selalu mendedahkan sumber kerajaan yang selalu menempelak diri... ;-)

    BalasPadam
  5. heh.....anwar bengang tuan guru xberbincang dlu,negeri die tau la die perintah....

    BalasPadam
  6. haha.. releksla ameno world.. berita harian ikut cara ko.. tajuk lain citer lain.. saje je nak bg gempak nak melariskan jualan.. kah kah

    BalasPadam
  7. yer ker leh percaya ker.hehehe. susah nak percaya la..

    BalasPadam
  8. heh.....anwar bengang tuan guru xberbincang dlu,negeri die tau la die perintah....

    BalasPadam
  9. hahaha. ape da ameno benda ni pun nak melompat.
    aku rasa istilah tu tak ada masalah. 'menegur' ni ialah ayat yg lembut la cik adik. lain la dia kata 'membantah', 'mengherdik' ka. lagipun tajuk tak sepenting isi. tajuk biasalah sensasi. sebab itu membaca jambatan ilmu. Abes baca Harakah dengan Sinar Keadilan ayat sopan sume sopran santun ke kalau berkenaan parti yang dia tak suka? Ini dah habis lembut aku rasa.

    "Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama..."

    Ayat ini macam memburukkan Pakatan ke? aku rasa tak. imej lagi baik adalah.

    So, relax. dah lunch?

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...