Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 Januari 2011

TIPSI : Atasi kenaikan cukai, dan harga barang.






Ramai betul yang marah2 ble barang naik tak henti2. Aku pelik dan merasa sangat hairan sungguh. Nak marah pasal apa hah? Biasalah barang naik harga itu perkara kecik. Bukan isu besar yang sampai nak melalak tak henti2 beb.

Neh aku bagi korang TIPSI untuk mengatasi kenaikan harga barang. Daripada korang melalak tak tentu pasal baik korang cari idea cam ne nak berhadapan dengan beban kenaikan harga barang. Ingat bercakap tanpa usaha adalah sia2. Heh.

Tipsi2 neh pula aku collect sepenuhnya dari media2 pro kerajaan dan menteri2 malaysia. So, aku yakin sepenuhnya tipsi2 neh memang berguna habis. Heh

1. Mengatasi kenaikan tarif elektrik & air tahun ini [Air bagi sesetengah kawasan sahaja, JOHOR & PP dah naikkan tarif]

Korang tengok iklan bijak guna tenaga. Perasan tak? Hah.. tue lah dia iklannya. Tapi aku nak tacap sket iklan tue aku punya tipsi lagi hebat, insya-Allah korang tak payah bayar elektrik langsung. Tipsi dia ialah korang jangan bayar bil elektrik sampailah bil korang kena potong. Bila dah potong, pakai lilin je time malam. Kalau ada duit beli generator. So nak tengok tv dan dengar radio bleh guna generator. Tapi dengar citer petrol nak naik harga gak, so kalau betul2 nak jimat, buang aje seme peralatan elektrik kat umah tue. Jangan pakai. Confirm jimat habis. Ingat, kalau korang miskin, korang takde tempat kat negara neh. Kalau nak ada tempat, pandai2lah jadi orang kaya. Heh

Kalau air plak, korang pepandailah cari sungai atau tasik yang berhampiran. Kalau takde, tadah je air hujan. Aku percaya korang mampu jimat tahap maksima kalau korang cekap guna tenaga elektrik dan air. Heh

NOTA MIMPI : JIMAT? KALAU AKU TUTUP LAMPU YANG TAK PAKAI PUN BIL ELEKTRIK AKU TAK BERGANJAK, NAK JIMAT MACAM MANA LAGI NGOK! AIR SUNGAI KEMAIN BERLAMBAK2. GAJI CEO SYABAS DEKAT BERJUTA2. TAPI MASIH SIBUK NAK NAIKKAN TARIF AIR?

2. Mengatasi kenaikan harga petrol bagi kedua2 ron 95 & 97.

Neh paling senang. Pertama sekali kalau ron 97 naik, korang tukar guna 95. Ingat jangan berlagak kalau tak mampu. Kalau ron 95 pula naik, semata2 nak kurangkan jurang harga dengan 97, korang pakai balik 97 tue. Hah begitulah seterusnya. Tukar2 petrol. Kejap 95 kejap 97. Insya-Allah korang akan merasa jimat dengan berbuat demikian. Lagipun, kalau bukan kita yang nak bantu petronas untuk hidup mewah dan menaja F1, sapa lagi yang nak bantu? F1 ada perempuan pakai seksi maaa.. so memang syokk wooo. Heh

NOTA MIMPI : WAKLUE! ISU KENAIKAN MINYAK BUKAN EFFECT KAT PENGGUNA KENDERAAN JE, YG TAK GUNA KENDERAAN PUN JADI MANGSA!

3. Mengatasi beban kenaikan harga barang2 makanan.

Hah neh paling senang. Neh pun tipsi yang aku dapat dari menteri gak neh. Aku share sedikit demi sedikit okeyh

1. Kenaikan harga ayam : PERKASA kata kita kena boikot ayam. So korang jangan makan ayam. Ingat, jangan makan ayam. okeyh?

2. Kenaikan harga sayuran import / tak import : Kerajaan soh tanam sayur sendiri. Ingat tanam sayur sendiri, takde tanah takpe, guna hidroponik.

3. Kenaikan harga semua jenis bawang : Kerajaan soh kurangkan penggunaan bawang dalam masakan. Kalau dulu korang pakai sebiji bawang besar, sekarang potong kepada empat, dan amek satu bahagian, potong lagi kepada empat dan barulah amek satu dan digunakan utk memasak. Kalau bawang putih, amek seulas dan bahagi 4. Insya-Allah jimat. Ingat malaysia boleh! Kita pasti boleh! Heh

4. Kenaikan gula dan santan : Kerajaan soh kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan masakan. Sebenarnya kerajaan ada niat yang baik ketika menaikkan harga gula neh. Kerajaan nak tolong rakyat jaga kesihatan, kurangkan penyakit obesiti, kencing manis dan darah tinggi. Saya percaya kita kena percaya dengan niat ikhlas kerajaan neh. Heh

5. Kenaikan tepung, beras dan minyak masak : Kerajaan sebenarnya nak bagi rezeki lebih kepada pengusaha2 padi & kelapa sawit di malaysia. Kesian mereka berkerja bertungkus lumus tapi masih belum keluar dari kelompok kemiskinan. So janganlah kita merungut banyak pasal kenaikan beras dan minyak masak. Lagipun syarikat beras nasional kita dimiliki firma dari HK, so kerajaan tak salah. Salahkan je HK. Heh. Manakala pula felda kita dimiliki oleh sime darby. Sime darby neh bukan kerajaan dan bukan pula badan kebajikan. So jangan kita merungut tak tentu pasal. Kalau terer buat minyak sendiri. Heh

Tepung naik sebab kerajaan nak soh rakyat kurangkan makan roti. Roti bahaya terutamanya roti canai. Banyak kolestrol. Marilah kita sama2 support perjuangan murni kerajaan kita neh. Heh

6. Kenaikan SERVICE TAX : Hah, neh paling best. Sebenarnya kerajaan takmo korang makan makanan fastfood. Selain dari itu nak tolong korang kurangkan penggunaan telefon dan internet. Daripada asyik guna telefon untuk berbual2, eloklah korang guna cara tradisional pula. Ajak kawan2 keluar berbual dan beriadah sama2. Ada baiknya naik cukai segala cukai neh. Heh

7. Kenaikan tambang pengangkutan, dan barang2 keperluan lain : Hah.. neh paling best. Nak bantu meningkatkan kualiti perkhidmatan kenderaan awam. Kalau tak korang asyik merungut aje kan? Hah, so biarlah naik. Lagi banyak naik dan lagi cepat naik, membuktikan betapa kerajaan beria2 nak memperkemaskinikan kualiti perkhidmatan kenderaan awam. Heh

Kenaikan barang2 keperluan lain pula lagi senang nak atasi. Beli bila perlu. Ingat ble perlu baru ble. Kalau tak perlu korang tak payah beli. Nak curi ke, nak rompak ke, korang punya pasal lah, so cuma ingat je motto neh, kerajaan juga yg nasihatkan neh melalui kempen iklan jimat cermat, aku cuma copy-paste je, hanya 'beli bila perlu'. Heh

NOTA MIMPI : WORR RAKYAT JE KENA BELAJAR JIMAT? KERAJAAN TAK PAYAH? 5B BINA MENARA? JIMAT? 9JUTA BELANJA LUAR NEGARA? JIMAT? SISTEM IPP UTK BELA KRONI YG MERUGIKAN TNB BERBILLION2 RINGGIT SETAHUN? JIMAT? SISTEM PASARAN YG DIKAWAL SEPERTI GULA, BERAS, MINYAK MASAK YG TIDAK BOLEH DIJUAL OLEH ORG LAIN MELAINKAN KERAJAAN? JIMAT? TOL DAN PETROL TAK PAYAH BAYAR PADAHAL GAJI PM, RM 22 RIBU SEBULAN? JIMAT? CUBA KO AMALKAN DULU APA YG KO NASIHATKAN ORANG THEN BARU MELALAK DEPAN TV. JIMAT WAKLUE!

MINYAK MASAK KERAJAAN PUNYA ==> BN = BARANG NAIK
GULA KERAJAAN PUNYA ==> BN = BARANG NAIK
PETROL KERAJAAN PUNYA ==> BN = BARANG NAIK

TNB, AIR SEMUA ADA KEPENTINGAN KERAJAAN DALAM TUE TAPI SEMUA NAIK DAN TERUS NAIK. NAK JIMAT MACAM MANA KALAU KERAJAAN YANG SAMA NAIKKAN HARGA DAN KERAJAAN YANG SAMA SURUH BERJIMAT. WAKLUE!

KALAU TAKNAK DENGAR RAKYAT MEMEKAK PASAL BARANG NAIK, BUATLAH SISTEM PASARAN TERBUKA. SESIAPA SAHAJA BEBAS JUAL GULA, SESIAPA SAHAJA BEBAS PROSES KELAPA SAWIT DAN SEBAGAINYA. INI TIDAK SIME DARBY BELOT SEMUA. YG KECIL2 DIA KASI RANAP. LAMA KELAMAAN SYARIKAT2 YG PROSES KELAPA SAWIT LINGKUP.

AKAN DATANG AKU AKAN UPLOAD GAJI PEKERJA SIME DARBY. SAKSIKANLAH BUKTI DI DEPAN MATA, BERAPA BANYAK GAJI YG SIME DARBY BAYAR KAT PEKERJA2 MEREKA. TUNGGU!!

Ameno : Rakyat dah jimat dah weh.. dah macam2 cara yg digunakan utk berjimat cermat.. dek kenaikan barang lah MLM semakin aktif.. pasal mereka seme perlukan duit segera.. cuba tengok dan fikir pula dari sudut rakyat marhaen pula. Rakyat tak betul seme, tapi kerajaan pun tak tepat dalam semua perkara dalam. Dalam perkara ini, kenaikan harga barang memang kerajaan salah. Kerajaan yg punca kepada semua impak negatif yg berlaku kini, kesan kenaikan harga barang di malaysia. Nak taknak, kena akui dan cari jalan untuk bantu rakyat. Cuba fikir poket rakyat sekali lar BN!

Share this

10 Responses to " TIPSI : Atasi kenaikan cukai, dan harga barang. "

  1. pilihanraya lagi jimat. baanner sana banner sini. sepanduk sana sepanduk sini. bendera kacik lg berjuta2 gantung satu malaysia. lepas tu semua buang. jimat.

    bendera kecik klu satu 50sen darab dekat beribu2 helai gantung satu malaysia boley bg orang miskin jadi kaya. JIMAT!!

    BalasPadam
  2. MR SAP: aku sokong ko... BN ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke, sama2 tau membazir duit rakyat jer.... beli banner bnyk2, beli bendera banyak2.... lepas pilihan raya, buang... BODOH!!! membazir duit rakyat jer... malang sungguh klo parti2 politik ni amik alih negara....

    BalasPadam
  3. Rakyat Marhaen

    kah kah kah kah ... at least PAS, PKR ngan DAP wat poster , bendera ngan banner tak gune DUIT RAKYAT bai ... kah kah kah ... tak wat projek segere bile pilihanraya gune DUIT RAKYAT bai ... nak kasi komen kene tahu bai ... nk kene tahu kenela membaca bai ... kah kah kah kah .... jgn membaca utusan bai .... bazir jer neuron2 otak tu analisis ... kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  4. HIDUP KERAJAAN BN!!! AHAHAHAHHAHAHHA.....WAKLUEEE!!!!!!

    BalasPadam
  5. bro link blog gua kat sini.tq
    http://malaysiandotcom.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Salam ,bersatulah kaum muslimin

    BalasPadam
  7. pilihanraya lagi jimat. baanner sana banner sini. sepanduk sana sepanduk sini. bendera kacik lg berjuta2 gantung satu malaysia. lepas tu semua buang. jimat.

    bendera kecik klu satu 50sen darab dekat beribu2 helai gantung satu malaysia boley bg orang miskin jadi kaya. JIMAT!!

    BalasPadam
  8. Formula mudah BN nak basmi kemiskinan.
    Halau semua orang miskin keluar!! dari Malaysia. Ok!. kalo tak mampu hidup kat negara maju bleh pi negara ketiga.

    BalasPadam
  9. kerajaan bn dah jadi macam jepun dolu2...
    soh org tanam sayur sendiri...cari alternatif

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...