Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Mac 2018

Viral Gambar Bersama Suspek Terima Rasuah 19 Juta, LGE Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang.

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang yang boleh dilakukan atas penyebaran gambar Ketua Menteri Pulau Pinang itu bersama seorang suspek utama dalam isu skandal terowong di Pulau Pinang.

Gambar itu dikesan mula disebarkan oleh Eric Se To yang juga Penasihat Strategik Unit Media Barisan Nasional di sosial media.


"Menurut Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Menteri telah bergambar dengan ramai personaliti dan tidak ingat setiap satunya dimana dan bila ia diambil.

Ya benar Ketua Menteri telah berjumpa dengan ramai pihak dalam pelbagai program dan ada kemungkinan dia tidak mengingati setiap satunya dimana dan dengan siapa dia bergambar.

Bagaimanapun, pernahkah anda membuka kasut anda andai berada dalam situasi seperti di berada dalam pejabat Ketua Menteri, restoran, program ceramah, dewan atau ketika masuk istana sekalipun.

Kebiasaannya, kita akan membuka kasut ketika berada dalam rumah seseorang.

Dan jika anda sanggup ke rumah seseorang sudah tentulah seseorang itu anda kenal (sedia maklum) dan penting dan semestinya anda boleh mengingatinya bukan, Lim Guan Eng?," tulis Eric Se To ketika menyebarkan gambar berkenaan pada ahad.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada semalam, Lim Guan Eng dilaporkan telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang ke atas penyebaran gambar tersebut yang disifatkan dengan sengaja mahu merosakkan dan menjatuhkan reputasi Lim Guan Eng.

Baca : N Gnanaraja dapat 19 juta, SPRM siasat dakwaan

Suspek yang bergambar dengan Lim Guan Eng antara suspek utama yang disiasat selepas Zenith menuntut pembayaran semula wang 19 juta yang pernah dibayar kepada individu itu atas alasan 'boleh menyelesaikan siasatan SPRM' ke atas isu tender projek pembinaan terowong. - 14 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...