Khamis, 23 November 2017

Sekali PH Serang, Bukan Setakat BN, PAS Pun Turut Mengelupur Kata Ahli Parlimen Sepang.

Oleh : Hanipa Maiden / Ahli Parlimen Sepang
1. Dalam pepatah melayu ada ungkapan"bapa borek anak rintik" yang lebih kurang maknanya perangai atau karekter anak ikut perangai atau karekter bapak.
2. Malaysiakini lapor kenyataan seorang "budak" maaflah, saya panggil "budak berhingus" daripada Pejabat Parlimen Parti Suci. Bagi saya, kenyataan budak itu adalah manifestasi tepat pepatah melayu itu.
3. Alkisah, maka si budak ini pun dihikayatkan berkata kononnya PH hanya main-main je buat undi belah bahagi ke atas KPDNKK dua hari lepas. Alasan beliau jika PH serius sudah tentu PH buat undi belah bahagi ke atas setiap Kementerian.
4. Maaf adik..belajarlah lagi ya.. jangan asyik dok ratib apa yang pemimpin kamu cakap!. Yang main-main adik jika PH buat belah bahagi setiap Kementerian sebab BN sudah boleh baca dan bersedia maka confirmlah undi kalah. Itu namanya tak ada strategi dan membuta tuli.
5. Sebab tu adik, kita kena cerdik. Kena ada strategi. Strategi yang sekali PH strikes (buat), BN menggelupur hingga ke sudah dan "yang bagi nyawa" kepada BN pun sama-sama menggelupur macam ayam berak kapur! Itulah siyasah adik!.
6. Budak ini juga, lapor Malaysiakini, ulang balik hujah-hujah abang-abang dan kakak-kakak dia yang berbunyi "bajet MO1 atau bajet KPDNKK tak semua tak baik". Ada juga kebaikannya juga untuk rakyat dan pegawai Kerajaan!
7. Kalau itu hujahnya adik janganlah berhenti setakat bajet Kerajaan MO1 sahaja adik. Teruskanlah juga kata Kerajaan MO1 juga ada kebaikan walaupun berselirat yang tak baik, maka apa salahnya parti suci kena juga sokong Kerajaan MO1 tu.
8. Sebab ini parti suci, yang saya anggap biasa dengan Al-Quran, maka, saya nak ajaklah adik ni lihat dan "tadabbur" ayat tentang arak (al-khamru). Al-Quran kata di dalam arak pun ada manfaat kepada manusia dan ada juga dosa yang besar (ithmun kabeer). Tapi adik, Al-Quran juga kata dosanya atau kekejiaannya lebih besar daripada manfaatnya. So, sebab itu arak haram adik! (nak tahu kebaikan arak baca buku "fatwa mu'asirah" ("fatwa semasa") karangan Dr Yusuf Al-Qardhawi adik.)
9. Ada juga penyokong "buta tuli" parti suci kata jangan salahkan parti suci sebab BN menang satu undi, salahkanlah MP PH yang tak hadir. Yang paling lucu hujah ini semacam menganggap YB Marang , Temerloh atau Kuala Nerus sebagai contohlah, hadir pada hari itu dan tak perlu dipersoalkan kenapa tak nampak batang hidung mereka hari tu kat Parlimen.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...