Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Februari 2017

Bantuan Kemanusiaan Malaysia Untuk Rohingya Akan Diagihkan Untuk Sami Buddha Lapor AlJazeera.

Wartawan Al Jazeera dalam satu laporan mengesahkan bantuan akan diagihkan kepada kumpulan buddhist yang bertempur dengan Rohingya namun tidak dapat mengesahkan jika bantuan tersebut akan sampai ke etnik Rohingya yang terjejas.

Wartawan Al Jazeera, Yaara Bou Melhem, melaporkan dari Yangon, berkata bantuan itu akan dipunggah dan diedarkan oleh kerajaan dari sana.


Nautical Aliya
Nautical Aliya
"Apa yang kita tahu ialah, kapal terbang dari sini, di Yangon akan mengambilalih pengagihan bantuan, membawanya ke Sittwe, lokasi yang paling hampir dengan zon konflik, mereka akan mengagihkan bantuan kepada etnik Rohingya dan kumpulan Buddist (sama rata)".

"Bagaimanapun, tidak ada petunjuk yang jelas bantuan itu akan sampai ke etnik Rohingya, kerana kawasan itu telah "dikunci" (lockdown) sejak pertempuran (yang terkini) bermula pada bulan Oktober lepas." katanya. (sumber : Malaysian Ship With Aid For Rohingya Docks In Myammar)


Malaysia sebelum ini atas nama misi solidariti yang turut mendapat sokongan dari pimpinan tertinggi UMNO dan PAS telah menghantar satu kapal yang sarat dengan pelbagai bantuan kemanusiaan untuk etnik Rohingya yang terjejas di Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.

Misi tersebut yang diberikan nama Food Flotilla For Myammar telah berlepas pada 3 Februari yang lalu selepas dilancarkan secara besar-besaran oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, kapal Nautical Aliya yang membawa 201 sukarelawan dan krew dengan 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan tidak dibenarkan untuk berlabuh di Teknaf, Bangladesh bagi tujuan penyerahan bantuan sebaliknya hanya berlabuh di Yangon. Perkara itu disahkan oleh Menteri Myammar melalui laporan Myammar Times (rujuk).

Bantuan tersebut kemudiannya diserahkan kepada Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar, Dr Win Myat Aye.  

Menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, pihaknya akan memastikan bekalan itu diterima oleh komuniti Rohingya di Myanmar.

"Saya yakin dengan sikap keterbukaan Myanmar dan (misi) ini satu kejayaan besar.

"Wilayah Rakhine memang memerlukan bantuan ini, penghantaran bantuan akan diuruskan oleh Kedutaan Malaysia di Myanmar dan ini prosedur operasi standard biasa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan bantuan itu di Terminal Antarabangsa Thilawa, Yangon.

Ketika menyerahkan misi bantuan, kumpulan nasionalis bersama golongan ektremis Buddhist turut menyatakan protes terbuka kepada wakil Malaysia. Protes yang berlaku di dok pelabuhan itu bertujuan untuk meluahkan bantahan kepada Malaysia tentang penggunaan perkataan 'Rohingnya'. 

Menurut wakil kumpulan protes tersebut, tiada etnik Rohingya di Myammar (tidak diiktiraf sebagai warganegara) dan Malaysia sepatutnya tidak menggunakan nama itu. 

Sungguhpun tidak menghalang Malaysia untuk menyalurkan bantuan namun bantuan tersebut tidak harus diekplotasikan secara politik, kata kumpulan bantahan itu lagi.

Pendemo Nasionalis Yang Membantah Misi Food Flottila For Myammar
Sebelum ini, Pengerusi Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Zahidi Zainul Abidin, pernah mendakwa tentera Myanmar mengenakan cukai terhadap bantuan luar yang ingin disalurkan ke wilayah Rakhine.

Beliau mendakwa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan yang terbabit dalam misi itu kecewa ekoran bantuan yang dihantar, dikongsi secara haram oleh tentera dan sami Myanmar. 

"Bantuan yang kami dan NGO lain bawa dihalang tentera Myanmar untuk terus masuk ke Rakhine. Kami tidak dibenarkan masuk. "Pihak tentera kata mereka sendiri akan menghantar bantuan berkenaan. 

Bagaimanapun, kami dapati bantuan untuk masyarakat Rohingya cuma tiba separuh sahaja kerana bakinya diambil tentera dan sami Buddha atas alasan cukai," katanya pada sidang media selepas sesi pertemuan dengan sembilan NGO Rohingya pada Disember lepas.

Akan bersambung ke bahagian kedua.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...