Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label konspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label konspirasi. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2011

Entry panas meletup : Video penuh dsai.. tutt... pada 21/2/2011.

Aku taknak cakap banyak. Masing2 ada hak untuk buat penilaian sendiri. Tengok bawah dan nilaikan sendiri.





Dan ini pula kata2 terbaru dari pihak polis ;



Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Jika ada masalah dengan video di atas, sila ke sini.

Ameno : kOrang faham kan kenapa aku gelak? kan kan kan?


Rabu, 6 April 2011

TV3, Jam Omega dan Wan Azizah Part II

Ini part 1, baca dari mula aku malas nak ulang tulis.

Tv3 hari ini menerusi buletin utama telah menyiarkan berita mengenai jam omega sama seperti semalam. Cuma semalam tajuknya EMOSI tapi hari neh tajuk dia JAM OMEGA. Vitie yang sama cuma jalan cerita di ubah sedikit.

Ini video ulasan nazri terhadap jawapan balas wan azizah yang menafikan lelaki di dalam video terbabit ialah suami nya ;



Nazri cakap nak bawa benda neh ke kabinet sebab wan azizah menafikan yang dsai ialah individu yang dituduh dalam video terbabit. Alasan nazri bersebab. Dia nak tubuhkan siasatan diraja untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video terbabit. Dia siap cakap yang wan azizah cakap "pelakon" tue bukan suami wan azizah. Apa itu pelakon pula? Sepatutnya dalam kes ini ia PELAKU bukannya PELAKON. Heh.

Lagipun wan azizah tak sebut pun pelakon.Wan Azizah cuma cakap lelaki dalam video seks itu bukan suami nya. Heh.

Bagi aku ini memang peluang yang baik buat pakatan rakyat. Sama macam kes liwat II yang dibawa ke mahkamah. Akhirnya kebangangang saifool dan kerajaan terserlah. So untuk isu neh pun, biarlah mereka nak bawa ke RIC pun. Kita tengoklah kebangangang mereka terserlah lagi. 

Di buletin utama tadi, tv3 interview beberapa ahli parlimen. Semua memberikan jawapan yang senada. Semua nak kan suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk siasat video terbabit. Dan semua turut memberikan jawapan yang senada dalam isu jam omega. Ini termasuk geng sekatak. Semua geng katak ada tadi kecuali ibrahim ali.

Mereka mahu dsai dan wan azizah menunjukkan jam tersebut kepada tatapan umum. Bagi aku memang perlu pun wan azizah berbuat demikian. Ini bagi mematikan spekulasi. Bukan kita tuduh dan syak yang bukan-bukan. Tetapi takde salahnya pun jam omega tersebut ditayangkan ke hadapan khalayak. 

Namun ada rakan blogger mempunyai jawapan yang berbeza. Wan azizah mungkin ada sebab yang kukuh kenapa dia simpan jam tersebut. Boleh baca sini.

Tapi bagi aku sendiri, jam omega tersebut patut dipertontonkan kepada rakyat malaysia dengan jaminan kerajaan, pdrm dan mana-mana pihak berkuasa tidak boleh memaksa dsai dan wan azizah serahkan jam tersebut kepada mahkamah dan pdrm atas alasan nak menyiasat. Aku percaya mereka mungkin cuba nak main tipu.

Selepas itu tv3 turut menyiarkan kisah wee chee keong yang kena ugut. Dipercayai ada kaitan dengan kenyataan dia berhubung dengan isu skandal video seks di tv3 semalam. Ini kali kedua [atau lebih] dia menerima ugutan menerusi handphone [sms]. Dia menerima gambar ikan mati. Aku rasa nak tergelak tengok muka dia beria-ria bercerita. Entah2 geng sendiri yang hantar saja nak bagi dia rasa cuak kemudiannya pakatan rakyat pula yang dapat imej buruk. Mana nak tahu kan? Dia siap buat laporan polis lagi. Heh. 

Pelik juga aku kenapa tv3 focus pada isu neh. Isu neh sebenarnya bukanlah breaking news macam isu pegawai kastam yang mati di bangunan sprm. Isu neh sebenarnya dah basi. Malahan isu neh diketengahkan dulu berbanding isu pilihanraya negeri sarawak. Aku heran.

TV3 memperuntukkan 10 minit penuh [aku kira okey] untuk mencipta tanggapan buruk terhadap dsai supaya rakyat benci dsai.
Mungkin sebab tv3 dah takde jalan lain apabila mereka sedikit sebanyak UMNO telah terkesan dengan result di bawah neh ;





Hasil poll ini setakat ini ialah ;
1. 3,167 memilih jawapan no 1.
2. 300 memilih jawapan no 2.
3. 978 memilih jawapan no 3. [juga jawapan aku]
4. 717 memilih jawapan no 4. 

Maksudnya bilangan orang yang tak kesah individu dlam video tersebut samada anwar ataupun tidak lebih ramai berbanding dengan jumlah yang menyakini ia anwar. Pelik. Orang umno tak amek poll neh ke? Aku cabar klik sini untuk sertai survey.

Stastistik poll ini memang boleh dipercayai disebabkan satu pengguna facebook hanya boleh pilih satu2 jawapan pada satu kali. Kalau dia ada dua akaun lain, makna nya dia cuma boleh undi 2 kali dan begitulah seterusnya. Aku undi dua kali dan kedua2 nya aku pilih jawapan no 3.

Aku ada sebab kenapa pilih no 3. Aku mahukan siasatan terperinci di jalankan. Aku bukan hanya mahu buktikan video ini adalah palsu, aku mahu buktikan lebih dari itu. Aku mahukan fakta. Separuh dari kami dah yakin video itu didalangi umno. Tapi siapakah "nama" dan watak utama selain dari datuk t kita kena amek tahu. Kita perlu korek seme jalan citer berkaitan video ini.

Once bila kita dah dapatkan kebenaran dan hakikat, barulah kita tahu siapakah dalang dibalik video ini selain datuk t. Kita mesti amek tahu dan siasat habis habisan hingga ke hujung citer. Jangan bagi mereka sembunyikan waima satu kebenaran pun.

Tengok aje isu liwat II. Mana mereka berani nak mainkan sangat. Pasal semakin lama semakin terserlah kebodohan mereka. Mereka siarkan berita sekerat2 di tv3 pun ramai orang yang tak percaya. Kalau mereka siarkan berita penuh? Dah sah2 mereka kena maki.

So sama gak dengan isu neh.Biarkan jelah nak tubuh RCI. Kita korek kebangangang mereka satu persatu. Kita tengok siapa yang kena.

Ameno : Dengar citer kucing sebelah jiran rumah korang takley beranak pun anwar punya pasey.. betul ke? klik sini.


Ahad, 27 Mac 2011

Cara-cara nak bunuh anwar ibrahim.


Aku ikhlas nak share benda neh dengan orang yang ada niat untuk melenyapkan anwar ibrahim dari industri pempolitikan di malaysia. Berikut ada beberapa cara yang korang boleh fikirkan untuk memastikan anwar ibrahim hancur dan hilang terus daripada arena politik malaysia.

1. Dedahkan kandungan rakaman video seks yang membabitkan anwar ibrahim.

Sekarang orang tengah kecoh isu skandal video lucah anwar ibrahim. Ini isu yang sangat baik. Polis dah ada vcd yang dimaksudkan. Namun masih ramai rakyat malaysia tak mempercayai skandal zina yang membabitkan anwar ibrahim. Ini berlaku kerana sebelum ini kerajaan telah terbukti banyak kali memfitnah anwar ibrahim melalui kes liwat yang jelas bangang. 

Kes liwat I memang mengarut. Kes liwat II juga begitu. Apatah lagi pelakon yang di liwat kelihatan happy. Itu belum masuk apabila pelakon yang diliwat sempat berjumpa najib, rosmah dan ezam selepas dipercayai liwat. Itu belum masuk bukti pelakon liwat yang memuji dsai dalam blog dua hari sebelum diliwat [Untuk rekod, pelakon liwat cakap dia kena liwat sebanyak 9 kali dan kejadian liwat 28 jun ialah hari terakhir dia diliwat]. Itu pun belum masuk ketidaklogikkan pelakon liwat sanggup pakai seluar yang dihadiahkan oleh individu yang dia tuduh sebagai peliwat. Itupun belum masuk spender lembab yang diambil dari rumah bekas tunang pelakon yang diliwat. 

Pendek kata semakin lama mengarut skrip liwat neh. Dan semakin banyak pekung yang terbuka semakin terserlah kebangangan kerajaan apabila beria-ria mempertahankan kes liwat II tetapi mengabaikan kes rogol, kes bunuh, kes rompak dan pelbagai lagi kes jenayah yang lebih besar. Dan kebangangan kerajaan lebih terserlah apabila sanggup membela saiful yang diliwat namun masih happy, tetapi mengabaikan pula pelbagai penderitaan mangsa jenayah yang lain. Ada yang dibakar, ada yang dibunuh dengan zalim selepas dirogol, ada yang dibunuh dengan kejam tanpa sebab, ada yang hilang, ada yang didera dan macam-macam lagi jenayah. 

Tetapi dimanakah polis untuk mereka? Dan dimanakah badan kehakiman especially gani patail untuk membela mereka dan memastikan penjenayah yang melakukan perbuatan tersebut dihukum? Di mana? Adakah seluruh otak mereka tertumpu kepada kes liwat II? Heh.

Memandangkan kes liwat II sudah memasuki zaman "kerajaan cakap apapun kena booo" maka eloklah polis mendedahkan rakaman video seks yang membabitkan dsai. Isu nya simple. Kalau ahli parlimen boleh tengok, maka apa sebab rakyat tak boleh tengok? Kalau ahli parlimen disuruh tengok untuk memastikan perkara itu benar atau tidak, maka apa sebab rakyat tidak boleh menilai perkara tersebut pula? Kalau ahli parlimen pada hari ini menafikan itu adalah dsai, maka sampai bilakah penafian mereka akan bertahan? Bagaimana pula kalau 2,3 tahun akan datang tiba2 mereka tukar fikiran dan mengatakan pembuat zina dalam vcd tersebut adalah dsai pula?

Maka di sini saksi mata memainkan peranan yang penting. Kerajaan perlu mendedahkan kandungan video seks terbabit. Sebarang alasan tidak akan diterima. Selagi mereka menyorok kandungan rakaman tersebut selagi itu nama mereka akan terus busuk dan dikecam hebat oleh rakyat. Ini terjadi kerana bukan sekali dua mereka bermain fitnah. Bukan perkara baru mereka menfitnah dsai. Ianya satu fakta, sebab itu bila mereka mendedahkan bahawa dsai terlibat dalam skandal zina, manusia bodoh mana yang akan mempercayai kata-kata mereka?

Nah.. pendedahan skandal zina yang membabitkan dsai tidak menjatuhkan dsai. Sebaliknya menjatuhkan maruah kerajaan. Adakah kerajaan rela menerima makian rakyat? Kalau perkara [rakaman seks] itu benar, maka sila tayangkan kepada umum. Kerajaan dan polis nak takut apa? Umum berhak memilih dan menentukan pemimpin mereka. Kami mahu bukti. Aku tak percayakan polis. Aku tak percayakan badan kehakiman di malaysia. Ahli parlimen pun aku tak percaya. Aku hanya percayakan saksi mata aku. Untuk itu aku kena tonton sendiri.

Lagipun kerajaan tak berhak menghakimi moral anwar ibrahim. Ini kerana bila bercakap soal moral umno terpaksa memikirkan pelbagai moraliti umno yang buruk pula. Antaranya isu rahim tamby chik rogol budak bawah umur, video seks chua soi lek, badan kehakiman yang corrupted, campurtangan kerajaan dalam siasatan polis, rekod altantuya yang hilang dari  imigresen, penyelewengan pkfz, keruntuhan pelbagai bangunan termasuk stadium, makmal sekolah, bumbung parlimen dan keretakkan mrr2.
 
Itu belum masuk lagi kes adun yang bunuh diri ataupun ditemui mati dalam bilik hotel. Jangan dilupakan isu menteri umno yg terkait dengan skandal rogol amah ataupun gay. Kesemua di atas ada kaitan dengan moral. Samada rasuah, tidak amanah, menipu, berzina ataupun gayying semua cukup.

Oleh yang demikian,  hanya rakyat je yang berhak menilai video lucah dan anwar ibrahim. Umno dan kerajaan, jangan masuk campur. Heh.

2. Dedahkan 18 klip lucah yang membabitkan anwar ibrahim.

Ummi hafilda dalam satu kenyataan memberitahu bahawa dia tahu ada seseorang yang menyimpan 18 bukti klip lucah anwar ibrahim. Baca sini. Fuhh. Banyak tue bhai. 18 kliplucah. Bukan satu, bukan dua tapi ada lapan belas klip lucah. Ini hebat!

Ke mana ummi menghilang selama ini aku tak tahu. Mungkin juga anwar ibrahim kurung dia di sesuatu tempat. Tetapi aku tak peduli. Yang aku tertarik ialah 18 klip lucah. Lantaklah kalau korang nak kata aku gila video seks. Aku sikit pun tak heran. Yang aku heran bila ummi nak dedahkan klip seks terbabit. Mendedahkan klip seks terbabit akan menyebabkan dsai jatuh bertangga-tangga. Bukan satu tangga. Tapi bertangga-tangga. Bukan senang nak cipta konspirasi. Tapi kalau pemimpin sendiri yang mendedahkan kelemahan diri, mereka akan jatuh sendiri. Tak perlu bantuan konspirasi pun. Heh.

So disini kelebihan berpihak kepada umno + kerajaan. Ummi tahu siapa yang simpan benda tue. Apa yang perlu ummi buat ialah pergi minta salinan tersebut. Kalau individu terbabit enggan berkerjasama, maka biar polis yang rampas semua klip lucah terbabit. Polis, untuk menjatuhkan dsai, mereka memang cekap. Kita tak perlu ajar. Heh.

Selepas itu dedahkan klip lucah terbabit kepada umum. Tanpa perlu umno bersusah payah memecahkan kepala hotak menjatuhkan dsai, kerana ini jalan yang paling mudah untuk dsai undur diri.
3. Kurung anwar ibrahim dalam rumah / penjara.

Jika kerajaan tiada bukti bahawa dsai terlibat dalam skandal liwat dan zina [seperti di atas] memanglah sukar untuk kerajaan menyakinkan rakyat bahawa perkara di atas adalah benar. Sepertimana yang aku cakapkan tadi, rakyat bodoh mana yang akan mempercayai kerajaan tanpa bukti? Akhirnya kerajaan juga yang akan dikecam dan diherdik bertubi-tubi oleh rakyat marhaen.

Oleh itu, adalah lebih baik jika kerajaan bersikap gentlemen dan berani. Hentikan segala konspirasi dan tunjukkan aje sikap sebenar. Rakyat akan mengutuk pendirian kerajaan yang sangat plastik, tetapi mungkin akan ada rakyat yang hormat pada kerajaan yang melakukan tindakan secara terang-terangan.

Untuk itu, lebih baik tangkap dsai dan kenakan perintah berkurung dalam rumah. Pastikan dia tiada akses internet. Untuk lebih kejam, larang dia bertanding dengan mengubal ataupun mencipta undang2 yg merepek yang menyebelahi kerajaan. Kerajaan memang pakar dalam merepek melalui undang2. Perkara neh tak perlu di ajar lagi. Tengok sahaja akta ISA sebagai salah satu contoh. Kalau nak lagi boleh baca perjalanan kes aminulrashid. Ada pernah kerajaan bersalah? Tak pernah bhai. Sebab tue walaupun diherdik kerajaan tetap slumber tahan kartun zunar. Mereka tak pernah kesah apatah lagi peduli.

So kalau menahan anwar ibrahim atas sebab-sebab merepek sekalipun, not a big deal for them even for us [rakyat]. Kalau ada rakyat yang memberontak, gunakan sahaja polis dan fru untuk menghentam rakyat. Aku yakin ini kepakaran mereka. Malahan di iktirafkan diluar negara. Check dengan pdrm sendiri kalau tak percaya. Malaysia memiliki polis yang terbaik kerana bijak menanggani para pendemo. Heh.

Mengantung dsai masuk parlimen selama 6 bulan [kini tinggal lagi beberapa bulan je] belum cukup.Enam bulan bukan tempoh yang lama. Ianya sekejap. Pejam celik, pejam celik tahu-tahu je dah enam bulan. So takan lepas enam bulan kerajaan perlu perah otak untuk cipta konspirasi lain pula? Takan nak cipta konspirasi anwar ibrahim merogol maknyah? Mampos orang percaya. Buat bahan kena gelak je bhai. Konspirasi liwat I dan II dan zina I pun orang dah kutuk kerajaan macam-macam. Heh.

4. Bunuh anwar ibrahim.

Upah pembunuh upahan dan bunuh anwar ibrahim. Cari waktu yang sesuai untuk membunuh anwar ibrahim. Culik anwar ibrahim sebelum bunuh tak relevan. Takut nanti tertinggal bukti-bukti yang tidak sepatutnya. Perlu di ingat, bukan semua polis ialah pro kejahatan. Ada di antara mereka yang berkhidmat kerana Allah swt. Jika berkebetulan kes siasatan ini diterajui oleh polis yang amanah maka sang bakal pembunuh dsai akan bermasalah besar.

Oleh itu lakukan tindakan pembunuhan on the spot. Samada tembak sampai mati ataupun bom hingga hancur. Pilih dua. Mereka yang ada cita-cita untuk melupuskan anwar ibrahim memang berkelayakan untuk akses kepada dua medium ini. Apabila dsai mati kelak, mereka tak perlu pecah otak untuk cipta konspirasi.

Apa perlu mereka buat ialah buat-buat simpati dan cari jalan untuk tutup kes dengan cepat. Jangan risau, kematian ahli politik di malaysia bukan perkara baru. Belum terbukti lagi yang rakyat akan bangkit menentang. Kalau nak tahu, sila bunuh terlebih dahulu. Heh.

Ameno : Anwar ibrahim adalah alat bagi rakyat, bukan rakyat alat bagi anwar ibrahim.

Sabtu, 26 Mac 2011

JMM yakin Nik Aziz sokong zina!

Jika sebelum neh ketua JMM membuat kenyataan bahawa nik aziz ialah sesat seperti ayah pin, baca sini. Kini JMM menerusi timbalan yang dipertua, omar salleh pula yakin yang nik aziz akan mempertahankan zina dan perlakuan maksiat. Cuma aku tak pasti seberapa banyak kenyakinan omar salleh neh.  Adakah sama banyak dengan 110% keyakinan zulkifli nordin bahawa anwar ibrahim adalah individu yang terlibat dalam perlakuan lucah dalam video seks?

Baca bawah ;


Dan ini pula kartun dalam utusan yang berkaitan dengan artikel di atas ;


Adakah sesiapa di antara kita menghalang suruhanjaya ditubuhkan? Aku rasa takde. Apa yang ditekankan ialah video terbabit bukan sahaja perlu tulen, pelaku zina juga harus dibuktikan adalah orang yang dituduh dan rakyat pula harus diberikan peluang untuk menonton dan menilai video terbabit. Polis boleh mengaburi beberapa adegan seks jika mereka mahu tetapi dalam masa yang sama, rakyat harus diberikan peluang untuk menilai sendiri. 

Bukan tak percaya siasatan diraja tetapi kes linggam dan teoh beng hock telah membuktikan bahawa suruhanjaya cuma boleh membicarakan kes bukan mengambil tindakan jauh sekali menjatuhkan hukuman. Jika anwar ibrahim terbukti melakukan zina, dia harus dihukum tanpa sebarang alasan.

Kesimpulan nya lebih baik paparkan sahaja video tersebut kepada umum.Biar kami tengok dan nilai sendiri. Buat apa susah-susah buka kes dan makan masa berbulan-bulan lamanya sedangkan jalan singkat untuk menjatuhkan anwar ialah "rakyat perlu melihat video itu sendiri". Melainkan ini satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan pakatan rakyat.

Ameno : JMM neh berjuang utk melayu je ke?

Jumaat, 25 Mac 2011

Terkini : Zaid sahkan pemimpin pembangkang dalam video seks!

Hebat! Semalam zaid taknak bagi pandangan mengenai video terbabit, sila lihat sini. Tetapi hari neh tiba-tiba dia tukar status pandangan dia terhadap video skandal seks pula. Takpe, mari teliti pandangan dia ;


Zaid cakap dia tiada keraguan bahawa ;

1. Video itu tulen
2. Pemimpin yang dikaitkan dengan isu skandal video seks adalah individu tersebut.

Perghhh.. ada yang nafikan. Ada yang percaya. Biar betik? Dan terbaru hishammudin siap bagi warning. Kita tak boleh cakap video itu palsu kerana ia satu kesalahan. Baca bawah ;


Sekarang korang kenalah berhenti mengatakan video tersebut palsu. Aku memang tak pernah kata ia palsu. Aku cuma selalu kata yang aku nak tengok video tue. Aku cakap terus terang. Dan dalam paper berita harian pula si ezam neh dah bagi warning kat anwar ibrahim. Baca bawah ;


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara. 

“Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara.

 “Ini bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukkan nama Malaysia," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BERNAMA di sini, semalam.

 Ezam berkata, sebagai individu yang lama mengenali Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran. 

“Saya yakin Anwar akan bersumpah jika dia diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika dia sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya),” katanya. 

Selain berdepan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Anwar juga berhadapan dengan isu terbaru apabila dikaitkan dengan video aksi seks dengan seorang wanita. 

Anwar menafikan penglibatannya dalam kes video seks itu.

Wow! Dasat! Kalaupun anwar bersumpah guna Alquran pun dia tak percaya. Sebab apa? Mungkin dia pun dah yakin kot yang pelaku seks dalam video terbabit adalah anwar juga. Erkk jangan-jangan dia pun dah menonton tak?

Dalam pada itu, najib bagitau sendiri yang saham bumiputera cuma tinggal rm2b daripada rm54b yang diperuntukkan oleh kerajaan. Sapa pegang malaysia selama 54 tahun? Anwar ibrahim? Lim guan eng? Nik aziz? Lue fikir sendiri. Baca bawah ;


Ameno : Saham tersebut diperuntukkan oleh kerajaan. Kerajaan patut ada data untuk menjelaskan kenapa perkara di atas boleh berlaku.

Rabu, 23 Mac 2011

Hot! [Video inside] Datuk "T" tampil ke depan! Updated!

Susulan pendedahan YB Johari mengenai dalang skandal video seks lihat sini , dalang yang dimaksudkan kini tampil ke depan untuk membuat pengakuan. Berikut ialah versi video ;



Dan berikut ialah sidang akhbar mengenai isu ini ;

KUALA LUMPUR, March 23 — Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik admitted today that businessman Datuk Shazryl Eskay, Perkasa’s Datuk Shuib Lazim and himself were collectively the mysterious “Datuk T” behind Monday’s screening of a sex video allegedly featuring Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The former Malacca chief minister also admitted that both he and Shazryl were behind the video.
He told reporters at a joint press conference together with Shazryl that they wanted to show that “a person who wants to be national leader and PM was not qualified.”
Abdul Rahim also said that PKR Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul had demanded money to defect after the latter was shown the video on Monday afternoon.
The former Malacca CM also urged Putrajaya to set up a royal commission to investigate the authenticity of the video.
Johari had suggested earlier today that businessman Shazryl was the mysterious “Datuk T”, and that Abdul Rahim was among those behind the screening of a sex video.
Johari also accused the two men of attempting to entice him and other PKR MPs to defect after he had viewed the recording, which he said was of a person who only vaguely resembled Anwar.
According to Johari, Abdul Rahim had also promised to bring him to see Prime Minister Datuk Seri Najib Razak after he had viewed the sex video.
Anwar has already accused Najib of being directly involved with the screening of the sex video.
Updated : Eskay mengakui dia dalam video seks terbabit, baca bawah ;
 
"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.
Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis. 
 
Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.


Ameno : Sekarang siapa yang terdedah? Terperangkap? Terkena? Cuba fikir sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...