Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label JMM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JMM. Papar semua catatan

Isnin, 23 April 2012

Kisah buletin utama dan JMM yang menipu rakyat..

Aku belum nak tidur lagi walaupun badan aku dah penat gile neh. Dah larh lepas neh kena buka buku.. adehh.. takpe. Mengata pasal tv3 juga tak kurang pentingnya dalam hidup aku neh sebenarnya. Tahniah tv3, ko ada stalker yang setia. Berbangga larh oke.

kah kah kah

Citer dia gini. Semalam aku tengok berita. Saja2 nak dengar apa yang tv3 dok pongpang2 pasal himpunan anti LGBT. Dan ini larh apa yang aku sempat rakam. Asalnya ingatkan dah terdelete rupanya ada lagi. Selamat. Makna nya rezeki nak membongkarkan kejahatan tv3 tue terbuka luas. Jangan marah ek buletin utama.

kah kah kah

Lihat video kat bawah neh sat ;

 

Kandungan video kat atas neh ;

- Hadir 7ribu orang

- Dsai harus dilucutkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Dengar baik2 dan betul2 apa yang buletin utama cakapkan tue. Dia cakap berapa orang? 7 ribu orang kan? Oke good. Sekarang korang lihat kat bawah neh pula. Printscreen ihsan semut. Aku malas dah nak printscreen apa bagai. Penat.


Nampak apa yang aku nampak? Malaysiakini cakap 1,000 orang, utusan cakap 3,500 orang dan buletin utama cakap 7 ribu orang. Jadi sekarang agak2 korang berapa ribu orang yang hadir? Siapa tahu malaysiakini cakap benda benar? Mungkin betul juga 7 ribu orang kan? Takpe, kat sini penaakulan aku kenapa aku cenderung cakap utusan dan buletin utama menipu.

1. TV3 tak paparkan visual jumlah hadirin sebanyak 7ribu orang. Kalau sungguh 7ribu orang dah lama dah dorang rakam dan tunjukkan bukti. Video kat atas neh hanya memberikan satu gambar statik dan itu sepatutnya sudah membuktikan sesuatu.

2. Berita yang tak tele antara buletin utama dan utusan. Ini pelik. Kalau mereka mendapatkan satu fakta yang lengkap = satu sumber yang mengesahkan jumlah hadirin sudah tentu pemberitaan mereka lebih kurang. 

Contohnya buletin utama mungkin cakap lebih kurang 7 ribu orang.. dan utusan pula akan cakap 7,500 orang hadir himpunan. Tapi bila angka2 berbeza neh wujud ini bermakna mereka telah disuruh mengangkat2 [me-reka2] jumlah hadirin yang hadir atas sebab2 tertentu.

Sekarang neh salah ka buat himpunan anti LGBT neh sampaikan beria2 pula aku nak kondem? Aku tak kata salah. Aku menyokong tindakan JMM neh sebab dia ada usaha untuk memerangi kebatilan. Bagi aku sesiapa yang ada usaha memerangi kebatilan ialah orang yang baik. Tapi masalahnya betul ka dia memerangi kebatilan? Itu larh menjadi pertikaiannya.

Aku tatau orang lain tapi aku sendiri membaca tindakan JMM neh hanyalah satu propaganda POLITIK semata2. Kenapa aku cakap macam tue? Biar aku jelaskan kepada korang kenapa.

1. JMM buat himpunan seminggu sebelum bersih.

2. Pada asalnya nak buat di dataran merdeka tapi tak jadi sebab DBKL tak bagi keizinan.

3. Jadi JMM tukar lokasi dan jelaskan secara terperinci kepada dorang tukar lokasi. Video mengenainya tengok atas.

4. Ini juga telah menanamkan persepsi bahawa ;

- JMM nak buat demo di dataran tapi dbkl tak baik so JMM patuh arahan DBKL.

- BERSIH nak buat demo di dataran dbkl juga tak bagi..   

Korang boleh fikir tak permainan persepsi disini apa? Bagus kalau korang boleh nampak rentak dia. Baru2 neh hishamuddin juga berlakon baik suruh bersih alih venue dengan menawarkan stadium merdeka ataupun bukit jalil.. dia nak repair imej tercalar tahun lepas. Ada usaha gak tue. Tahu juga dia yang dia dibenci orang ek.

Sambung balik..

5. Lihat pula poster2 kat bawah neh ;


Ko nak anti LGBT apa seme ek? Bagus, perjuangan ko bagus tapi cara ko salah nak mampos. Apa kena mengena dengan sasterawan negara? Sebab dia sokong bersih ek? Jadi disini ko dah menfitnah orang. Sebab tue aku tolak perhimpunan neh dan menganggap ia propaganda semata2.

Ko nak menentang sesuatu kalau tak menfitnah orang apa seme tak boleh ka? Boleh sepatutnya kan? Memang boleh. Tapi masalahnya korang masing2 ada agenda sebab tue meroyan je. Matlamat perjuangan pun cincai boncai. Macam mana orang yang suka buat kerja caca marba macam korang, orang nak sokong? Memalukan ajek.

Lihat lagi ;



Benda yang sama sekali tak berapa nak ada kaitan dengan perjuangan mereka secara langsung. Kalau indirect tue memang ada sikit2 contohnya ambiga yang menyokong kebebasan.. namun atas nama undang2 supaya hak2 LGBT dijaga. 

Contohnya macam neh ;

- Ali seorang lelaki yang dah operate jadi pompuan. Ali cari kerja kat banyak tempat tetapi sukar dapat pekerja sebab bila tunjuk ic = lelaki, tapi tengok cara berpakaian = perempuan. Jadi ali rasa sedih sebab di dikriminasikan. Dia berharap ada undang2 yang boleh menghalang majikan daripada bersikap dikriminasi.

Inilah yang ambiga dan marina perjuangkan. Contoh kes. Yang mana aku sendiri tak setuju. Once, ko buka pintu pada mereka, itu bermaksud ko buka simpati dan peluang. Maaf ye kepada kekawan aku yang macam neh, bukan aku nak benci korang tetapi tolong faham sejauh mana pun kita berkawan, akidah bukan taruhan. tq

6. Lihat juga gambar di bawah neh ;


Pakai baju jaringan melayu malaysia tapi mereka bukan orang2 melayu? Ada logik meh? Menurut blogger semut, dia kena marah lepas snap gambar auntie2 neh. Maybe dorang dipaksa hadir beb. Alamak maii..  lihat sini.

7. Lihat lagi kat bawah neh ;


Kata ada 7ribu orang yang hadir? Tapi risalah terbuang? Dari mana ek JMM dapat dana cetak risalah apa seme? Itu takpe lagi, yang terbuang tue jadi masalah der. Inilah aku maksudkan sebagai propaganda. Orang pun buat juga propaganda tapi seriyus2..propaganda yang ada isi dan matlamat, bukan main2 macam neh. Langsung tak sistematik larh kerja dorang. Dan yang paling teruk, membazir dan buang duit. Siyes, memalukan.

8. Lagi gambar kat bawah neh korang kena tengok ;










Ada banyak bas.

Ada banyak student.

Ada juga budak2 yang mai.

Tak kesah larh bab bas, student dan budak2. Biarlah dorang nak join demo tue apa seme. Tapi masalahnya sekarang kalau diperhatikan dari suasana sesama korang rasa dorang rela ke berada disitu? Sebab tue aku berani kerat jari cakap perhimpunan neh hanyalah propaganda semata2. Tak lebih dan tak kurang. Hasil takdak. Nak buat demo ka apa ka kena keras sket.

Nak anti LGBT? Anti. Tapi bukan dengan bersekutu dengan umno atau bn. Sebaliknya kena anti LGBT dan marahkan bn kaw2 sebab dorang larh antara penyebab2 kenapa LGBT begitu sukses di malaysia. UITM mungkin boleh memberitahu ko beberapa perkara. Tolong jangan salah faham bila aku sebut nama uitm oke. Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Pengalaman korang mungkin berbeza tapi apa yang aku tahu itu yang aku berani sebut. 

Sebab tue aku cakap perjuangan ko neh dah terpesong. Ko anti benda yang betul tapi ko gunapakai cara yang tidak betul. Oleh kerana itu tidak ramai orang yang sokong ko. Yang hadir ke sana pun bersebab, kalau ikhlas jadi taruhan ko pun tahu apa resultnya.. itupun dah cukup bagus boleh attract almost 1ribu orang.. walaupun secara paksa. JMM, ko patut kaji dulu macam mana nak berjuang sebelum pongpang pasal perjuangan, terima larh nasihat ikhlas dari aku oke. Bai.

Gambar : Lensa semut. 

Ameno : Yang letak A.Samad Said tue sebagai penyokong LGBT tue pasai apa? Tak pasai2 nak fitnah orang tue semata2 dia pengerusi bersih? Akai ada ka?

Ahad, 8 April 2012

JMM nak buat demo anti LBGT dan seks bebas..

Ini kumpulan sarkas di malaysia. Suka sangat buat lawak sarkis. Dalam dok pongpang cakap demo menyusahkan orang apa seme depa boleh lak g bantai buat demo. Tak kesah lah tue yang aku tahu depa buat demo di dataran merdeka pada 21 april neh so aku harap pembenci2 demo neh boleh lah bantai JMM sebagai ;

- menyusahkan orang ramai

- bodoh takde kerja asyik nak berdemo je

- peniaga rugi apa seme

- negara rugi berbillion2 sebab demo

- dataran merdeka bukan patut digunakan untuk berdemo = perhimpunan awam.

Aku nak komen2 macam neh timbul bagi mengecam JMM sebagaimana bersih 3 menerima kecaman yang sama. Sebab apa? Sebab lokasi demo tue sama beb. Agak tidak adil kalau bersih 3 kena kecam tapi demo JMM tidak kecam pula.

Jangan lah nak pongpang cakap JMM buat demo sebab anti LGBT apa masalahnya ? So bersih 3 pun sama juga, kami demo anti kotor apa pula masalahnya ? Jangan buat tindakan terpilih der. Aku paling benci mentaliti gitu. Arhh komputer neh payah lah. Sakit mata aku. Cepat2lah minggu depan datang nak beli komputer baru neh. Siot betul larh.

kah kah kah

Lagi satu aku percaya aku telah berjaya mengesan penipuan dalam artikel kat bawah neh ;


Sekumpulan 30 NGO di bawah gabungan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengumumkan untuk berhimpun pada 21 April untuk menentang “agenda lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)" serta seks bebas.
Akhbar Mingguan Malaysia melaporkan pengerusi JMM Azwanddin Hamzah sebagai berkata, perhimmpunan itu akan diadakan di Dataran Merdera, Kuala Lumpur.

Azwanddin dipetik sebagai berkata, JMM juga akan mendedahkan nama NGO yang mendapat dana daripada kumpulan LGBT antarabangsa – Lesbian, Gay, Biseksual, Trans dan Interseks Antarabangsa (Ilga).

Laporan itu menyebut, dana berkenaan adalah untuk mempromosi gaya hidup LGBT, seks bebas dan perkahwinan sejenis di Malaysia.

Perhimpunan tersebut diadakan selang seminggu selepas tarikh perhimpunan pelajar untuk membantah hutang PTPTN dan juga seminggu sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, juga di lokasi sama.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam laporannya pada 2011 menggesa kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi melindungi hak golongan minoriti seks.

1. Aku sesungguhnya tak percaya bawah JMM ada 30 ngo yang lain. Siyes. Ahli JMM bukan ramai mana pun. Okey, tak semestinya ramai ahli = boleh tentukan bilangan NGO tapi korang percaya ke bawah JMM ada 30 NGO ? Jaringan Melayu Malaysia neh bawah dia apa jek NGO2 yang wujud? Salah sebut ke apa malaysiakini neh? 30 NGO atau 30 NGOK? Apa pandangan korang?

2. Aku percaya memang wujud LBGT di malaysia neh. Aku juga percaya LGBT neh memang sesetengah dari mereka dah cross the line dengan menuntut perkara2 yang tidak munasabah. Aku juga sokong masalah LBGT perlu diberikan penekanan di malaysia. Tapi yang aku heran ialah kenapa dan2 JMM nak demo bantah LGBT seminggu sebelum bersih 3? Oleh kerana dulu mereka pernah pongpang fitnah bersih = promote LGBT, aku suspect demo mereka sebenarnya adalah satu propa utk mengaitkan bersih 3 dengan perkara tersebut. Kali neh kena buat lebih tersusun sebab babitkan sasterawan negara yang ramai orang hormat iaitu A.SAMAD.SAID, so takley ikut taktik2 yang lepas der..

3. Tapi aku melihat JMM melakukan tindakan terpilih di mana dia mengatakan LGBT ada kaitan dengan seks bebas. Bodoh gila statement tue. Tak suka LGBT pun toksah lah tuduh2 orang nak promote seks bebas. 


Marina pun dah sound ari tue. Gila ke apa nak promote seks bebas di malaysia neh? Marina yang open minded pun cakap gila takan ada orang bangang2 yang percaya LGBT neh nak promote seks bebas? Kalau ye pun mereka amalkan seks luar nikah.. = seks bebas.. tapi bukanlah mereka ada niat nak promote. Contoh macam a berzina dengan b, mereka berzina tapi takde lah niat nak promote apa seme. Itu dah masuk kategori lain der. Tak suka takpe tapi jangan tuduh2.

Tapi apa pun aku nak tengok sejauh mana orang2 yang kritik bersih berdemo pada ari tue akan kritik JMM neh sekali. JMM tue ada niat politik. Aku tak kata demo JMM tue salah oke, aku sendiri pun tak bantah demo tersebut cuma aku nak tengok sejauh mana pengritik2 bersih 3 akan kutuk demo JMM neh gak. Benda tetap serupa der. Demo tetap demo. 

kah kah kah

Ameno : Dan2 demo anti LBGT.. sebelum neh tak terfikir pula.. 




Ahad, 8 Mei 2011

Panas : JMM cabar dsai kata eskay pembohong!!!!


JMM neh agaknya duduk kat tempat yang tiada bekalan elektrik kot. Tak pun dia duduk kat tempat yang tiada tv. Aku rasa dah berulang2 kali dsai cakap ini semua fitnah ke atas dirinya. Kalau dah namanya fitnah automatik lah dia cakap eskay tue penipu aka pembohong. Perlu ke dsai cakap dan sebut kan betul2 perkataan pembohong dan penipu untuk membuatkan org umno dan jmm percayakan dsai?Aku rasa dia sebut atau tak sebut bukan isu pun kat sini.

Tapi sejak akhir2 neh aku perasaan yang jmm neh banyak buat kenyataan demi kenyataan dalam isu politik. Pekata korang tukar je nama korang daripada jaringan melayu malaysia kepada jaringan bodek umno lagi tepat aku rasa. Daripada ketua nya sampai ke wanita yang bernama farahana seme nya buat kenyataan politik yang berat sebelah dan bias. Kalau ngo tue buatlah cara ngo betul2. Bukan nya hanya hentam pembangkang ke 24 jam. Cuba bawa isu2 melayu pasal nama ngo tue ada kaitan dengan org melayu. Ke orang melayu di malaysia neh memang suka layan cerita ;

1. seks ?
2. porno ?
3. fitnah ?
4. sumpah ?
5. liwat ?

Takde isu nak balon dsai.. ini macam punya isu pun utusan letak dalam paper dia. Sah isu goblok! Pasal tak tahan sangat aku terpaksa scan untuk buktikan kepada korang yang mana utusan dan umno memang kerja dorang memburuk2kan imej dsai 24 jam non-stop!

Haitt.. sampai ke mampos minda melayu tak cerdik. Balik2 isu yang sama je diputarkan. Dah habis jmm mengamuk kang perkasa pula mengamok dah habis perkasa kang umno plak mengamuk dah habis mengamuk kang jmm cabar bersumpah peh tue perkasa peh tue umno peh tue isu cabar cakap eskay pembohong peh tue perkasa peh tue umno peh tue omega peh tue dna peh tue kristian peh tue... itu ini.. bila masanya dorang fikir isu rakyat hah? Asyik main politik je. Politik politik juga tapi buatlah kerja juga. Ini tidak kerajaan taler pembangkang, pembangkang self-defense, then repeat balik benda2 yang sama. Rakyat tersepit tengah2 tengok dorang saling bertelagah. Benda neh hanya akan terhenti kalau umno dan bn terima hakikat yang dorang dah kalah di lima negeri. Masalah menjadi2 sebab bn taknak terima kekalahan mereka. Bodoh tak sudah!

Ameno : Aku cabar jmm masuk umno terus!

Sabtu, 9 April 2011

JMM : Arwah sarbani penjenayah?

Kat bawah neh ialah kenyataan JMM berhubung arwah sarbani yang mati di perkarangan bangunan SPRM ;




Kalau nak bodek sekalipun tak payah lah nak cakap macam tue. Yelah nak puji SPRM kan? Tapi agak2 lah guna ayat macam tue..

Seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Dan seseorang itu bukan bunuh diri sehingga dapat dibuktikan dia bunuh diri. Kesatuan kastam nak jumpa pihak sprm berhubung isu bunuh diri. Kesatuan kastam dalam berita terbaru di awani yang aku sedang tonton neh mengatakan ;

1. Mereka nak pihak sprm bersihkan nama arwah [konon bunuh diri + penjenayah]

2. Mereka nak sprm tarikbalik tuduhan terhadap arwah [konon terlibat dalam rasuah]

Ini kerana arwah dikenali sebagai imam ya [baca betul2, imam] di kawasan tempat kerja, ahli jemaah surau, dan bakal menunaikan haji tahun ini. Arwah juga terkenal sebagai individu paling CLEAN di tempat kerja. So pepahamlah.

Bila SPRM buat persepsi seolah2 arwah bunuh-diri sudah tentu lah tak hairan kalau ada orang2 lain agak buat persepsi yang sama. Mereka belajar dari sifu mereka. Oleh itu molek benarlah kalau SPRM buat kenyataan minta maaf secara terbuka dan minta orang ramai agar menghentikan spekulasi arwah bunuh diri.

Kalau spekulasi dibunuh.. memanglah wajar disebarkan pun sebab memang begitulah keadaan nya pun. Aku ada sebab cakap mcm tue.Malam tadi aku tengok berita tv3. TV3 tunjukkan satu vitie, yang mana pakar forensik keluarkan kepala mereka dari tingkap yang dipercayai arwah sarbani terjatuh. Setelah melihat gambaran itu, aku rasa ;

- bunuh diri
- terjatuh

adalah tidak logik. Yang ada cuma di bunuh. Ini logik beb. Tak kiralah sebodoh mana kita sekalipun adalah tak logik untuk orang dewasa terjatuh dalam keadaan tingkap macam tue. Aku ada minta member dapatkan visual terbabit, kalau dia dapat, insya-Allah aku share sini. Korang leh tgk sendiri bagi yang tak tengok berita malam tadi.


Ameno : Diseksa semasa bagi nama penjenayah.. lepas itu dibunuh bagi menutup kes. Sekian terima kasihh..

Sabtu, 26 Mac 2011

JMM yakin Nik Aziz sokong zina!

Jika sebelum neh ketua JMM membuat kenyataan bahawa nik aziz ialah sesat seperti ayah pin, baca sini. Kini JMM menerusi timbalan yang dipertua, omar salleh pula yakin yang nik aziz akan mempertahankan zina dan perlakuan maksiat. Cuma aku tak pasti seberapa banyak kenyakinan omar salleh neh.  Adakah sama banyak dengan 110% keyakinan zulkifli nordin bahawa anwar ibrahim adalah individu yang terlibat dalam perlakuan lucah dalam video seks?

Baca bawah ;


Dan ini pula kartun dalam utusan yang berkaitan dengan artikel di atas ;


Adakah sesiapa di antara kita menghalang suruhanjaya ditubuhkan? Aku rasa takde. Apa yang ditekankan ialah video terbabit bukan sahaja perlu tulen, pelaku zina juga harus dibuktikan adalah orang yang dituduh dan rakyat pula harus diberikan peluang untuk menonton dan menilai video terbabit. Polis boleh mengaburi beberapa adegan seks jika mereka mahu tetapi dalam masa yang sama, rakyat harus diberikan peluang untuk menilai sendiri. 

Bukan tak percaya siasatan diraja tetapi kes linggam dan teoh beng hock telah membuktikan bahawa suruhanjaya cuma boleh membicarakan kes bukan mengambil tindakan jauh sekali menjatuhkan hukuman. Jika anwar ibrahim terbukti melakukan zina, dia harus dihukum tanpa sebarang alasan.

Kesimpulan nya lebih baik paparkan sahaja video tersebut kepada umum.Biar kami tengok dan nilai sendiri. Buat apa susah-susah buka kes dan makan masa berbulan-bulan lamanya sedangkan jalan singkat untuk menjatuhkan anwar ialah "rakyat perlu melihat video itu sendiri". Melainkan ini satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan pakatan rakyat.

Ameno : JMM neh berjuang utk melayu je ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...