Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label ketua polis negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketua polis negara. Papar semua catatan

Khamis, 12 Februari 2015

Ketua Polis Negara, Rakyat Sindir Kamu Di Media Sosial.

Mereka berkata.

Twitter adalah tempat paling selamat kerana ketua polis negara selalu meronda dan meronda setiap masa sehingga ada sahaja 'penjenayah' yang berjaya diberkas dan didakwa di bawah akta hasutan.

Selepas Zunar ditahan reman selama 3 hari, yang terkini setiausaha PSM parti sosialis Malaysia turut menerima tempias yang sama kesan dari mengkritik tindakan PDRM ke atas Zunar, Rafizi dan Nga Kor Ming.

Berikut adalah respon PSM Kelantan kesan daripada pendakwaan Arul di bawah akta hasutan.

Kenyataan Media PSM Kelantan
22 Rabiul Akhir 1436 / 12 Februari 2015
KECAM SALAH GUNA AKTA HASUTAN KERANA KRITIK KEADILAN DAN KEBEBASAN MAHKAMAH MALAYSIA.
1. 19 Nobember 1985, pembunuhan 14 orang, puluh cedera dan ratus ditahan telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional di Memali. Sejak itu, tiada langsung pendakwaan berlaku di mahkamah Malaysia untuk keadilan.
2. Pada tahun 1988, berlaku krisis perlembagaan. Barisan Nasional telah memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dimana di dalam perlembagaan Malaysia, jawatan dan tugas Ketua Hakim Negara TIDAK boleh dipecat.
3. Sejak itu, mahkamah Malaysia merakam sejarah memalukan. Pelbagai kes profile tinggi yang menyaksikan perbicaraan songsang. Dari kecederaan fizikal (contoh kes pergaduhan VIP), pembunuhan nyawa (contoh Altantuya) sehingga kehilangan berbillion duit rakyat (contoh PKFZ), semuanya berakhir dan berakam dalam keadaan yang amat hina.
4. 10 Febuari 2015, mahkamah Malaysia sekali lagi memilih untuk berada dalam sisi gelap. Perbicaraan yang meragukan sama ada bagi pihak Saiful Bukhari mahupun bagi pihak Anwar Ibrahim.
5. Begitu juga dengan kes tuntutan royalti petroliam oleh Kelantan. Belum berlaku perbicaraan lagi, mahkamah telah melarang Kelantan membawa saksi-saksi masih hidup. Antaranya :
i. YM Tengku Razaleigh Hamzah. Bekas Pengerusi Petronas yang terlibat menandatangani perjanjian bersama kerajaan negeri Kelantan. Perjanjian Akta Pembangunan Petroliam 1974 itu ditandatangani bersama MB Kelantan pada 9 Mei 1975.
ii. Tun Salleh Abas. Bekas Ketua Hakim Negara. Beliau sendiri yang merangka Akta Pembangunan Petroliam 1974.
iii. Mahkamah turut melarang ROYALTI mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan yang berada dalam simpanan Petronas.
iv. Terbaru, CEO Petronas telah ditukar sekali lagi selepas Tan Sri Mohd Hasan Merican dan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas; dipercayai kerana mengeluarkan kenyataan mengenai keadilan dalam amanah petroliam negara.
5. Sejak itu, ramai rakyat Malaysia, mengkritik sistem keadilan Malaysia demi kecintaan mereka kepada tanah air. Kesemua ini (sebahagian yang dicatatkan di sini) sangat menakutkan kita. Jika profile tinggi boleh dilakukan sesuka hati mengikut kehendak parti yang memerintah, bagaimana dengan orang-orang kecil yang lainnya. Ekonomi, agensi kerajaan, pendidikan, tanah, elektrik, makanan dan segalanya.
6. Terbaru, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan telah ditahan polis, di bawah Akta Hasutan, kerana mengkritik sistem. PSM Kelantan mengecam perkara ini dan menyifatkan ianya satu salah guna, dwi ketetapan dan memalukan. PSM Kelantan akan menyeru seluruh rakyat terus bangkit, kuatkan semangat dan istiqamah berjuang untuk kebebasan dan keadilan sistem di Malaysia.
Khairul Nizam Bin Abd Ghani
Ahli Perwakilan Negeri Kelantan
Parti Sosialis Malaysia

Dan jika KPN mahu tahu. Ketika ini ada beberapa sindiran terhadap PDRM tersebar di laman sosial. Namun tiada watermark mungkin kerana yang menyindir itu rasa bimbang jika sindiran2 itu akhirnya membuatkan mereka pula di dakwa di bawah akta hasutan.

Antaranya ;





Semenjak Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan di bawa ke Sungai Buloh bagi menjalani hukuman tersebut atas kesalahan bersabit pertuduhan meliwat Saiful Bukhari, PDRM nampak gayanya sangat sensitif dengan apa-apa kritikan yang ditujukan kepada badan kehakiman yang dibuat bagi menyatakan simpati dan solidariti ke atas apa yang tertimpa terhadap Anwar Ibrahim.

Soalnya, kenapa polis perlu beremosi?

Dan kenapa pula perlu menggunakan akta hasutan?

Dan paling penting, kenapa berat sebelah?

Aku bagi contoh kes terbaru yang membabitkan menteri pertanian, Ismail Sabri. Aku dah tunjuk satu persatu butiran status facebook dia berserta terangkan elok elok apa yang menteri itu maksudkan. Aku kata dia tipu. Dan dia spin. Sesiapa yang membaca paparan facebook itu akan tahu apa yang aku maksudkan.

Aku juga dah bagitau bagaimana menteri tersebut mengambarkan JAKIM adalah satu badan yang boleh diragui dan dipersoalkan sijil halal keluaran mereka apabila seorang menteri mempertikaikan sijil halal yang dimiliki oleh OTWC dengan mengatakan ia adalah sebuah 'kopitiam' yang was-was.

Dan polis kita di mana dan bagaimana?

Ini juga pernah berlaku ;


Dan polis kita di mana dan bagaimana?

Balik2 Fazel pula yang dicari. Kemudian pembangkang. Kemudian orang miskin yang tertindas. Kemudian Anwar Ibrahim. Itu aje benda yang polis nampak sebagai jenayah dan musuh negara.

Adil ke?

Apabila kita menghukum, kita mesti menghukum dengan adil. Jika kita salah kepada pembangkang yang menyemai atau semarakkan kebencian antara kaum di Malaysia, dan mahu menghukum mereka, maka buat perkara yang sama kepada mana-mana pihak yang pro dari kerajaan juga.

Apabila kita kata salah bila ada pihak pembangkang dan rakyat biasa yang sebarkan fitnah, buat super impose dan manipulasi fakta, dan mahu mendakwa mereka yang terlibat maka buat tindakan yang sama juga apabila perkara itu dilakukan oleh mereka yang pro kepada kerajaan dan parti Barisan Nasional.

Maka baru la tindakan kita tidak dipersoalkan. Bila tak dipersoal maka takde la sindiran, kartun atau kritikan.

Berbalik la kepada menilai diri kita sendiri, agensi kita sendiri dan kelemahan kita sendiri sebelum menghukum kesalahan rakyat biasa. Hanya kerana rakyat biasa macam kami takde duit, miskin, takde pangkat, takde harta, takde kedudukan, takde gelaran, bukan anak datuk, bukan anak menteri, bukan pula dari kerabat diraja, itu tak menjadikan maruah kami lebih rendah dari maruah orang yang berkuasa sehingga melayakkan kami dibuli dan mendapat layanan yang berat sebelah wahai KPN.

Jumaat, 31 Mei 2013

KPN Cadang Larang Motor Masuk Bandar.

Idea neh aku tolak. Aku ada sebab2 tertentu kenapa aku tolak idea neh. Bukan kerana yang bagi idea neh KPN maka aku membuta tuli tolak. Jangan salah faham. Tapi aku ada sebab2 tertentu yang bakal aku explain kejap lagi.

Aku faham. Aku percaya KPN ada sebab tersendiri kenapa dia bagi idea tersebut. Mungkin dia ada kaji beberapa aspek. Tapi siyes aku cakap idea neh takan menyelesaikan masalah berbangkit.

Tujuan KPN nak kurangkan kadar jenayah jalanan. Nak mewujudkan zon selamat di kawasan bandar2 utama. Bagus. Jangan kita nafikan yang KPN ada matlamat yang bagus. Seperti yang kita sedia maklum, jenayah ragut dan rempit memang sebati ahh dengan penunggang2 motorsikal. Ini fakta beb.

Tapi wajarkah tindakan sebilangan penunggang motorsikal, yang tak terbabit sama turut terhukum sekali tak pasal2?

Idea nak mewujudkan zon selamat itu dah cantik dah. Tapi biar la kita gunakan pendekatan yang tak menyusahkan dan tak mendiskriminasikan orang lain.

Kena faham. Bukan semua mampu beli kereta beb. Dan kena faham, bandar2 utama selalu jam beb. Kalau ko larang penggunaan motor tak ke itu keterlaluan? Adakah jenayah hanya boleh dilakukan menggunakan motor?

NOOOOO

Baru2 neh anak menteri kena ragut beb. Depan shopping mall. Tahu tak peragut gunakan kenderaan apa ketika lakukan jenayah? Kereta satria beb. Maksudnya asalkan dorang dah bernekad nak lakukan jenayah, dorang tetap akan buat tak kira la guna kenderaan apa sekalipun.

Kenderaan tue faktor sampingan jek. Bukan faktor utama. Faktor utama tue ialah sikap penjenayah tue sendiri. Di samping kawalan keselamatan yang longgar. Di tambah pula dengan hukuman yang tak menakutkan penjenayah. Tue yang buat kadar jenayah naik meninggi.

Lagipun cuba fikir masak2. Sejauh mana semua tempat kat Malaysia neh boleh di akses dengan pengangkutan awam? Sejauh mana semua rakyat mampu memiliki kereta sendiri? Bagaimana pula dengan pekerja2 yang gunakan motor seperti Pizza Hut dan posmen?  Despacth?

Sebab tue aku tolak idea neh. Matlamat memang cantik. Tapi cara nak capai matlamat tue tak berapa ngam. Kena tolak. Berapa ramai yang guna motor nak elakkan jalan jem? Ramai wooo. Polis pun geng2 motor juga.

Aku cadangkan KPN buat satu perbincangan umum. Panggil geng2 motor. Panggil rakyat. Kita bincang dalam satu forum. Kita tukar2 idea.

Kadang2 kita tak faham mesej PDRM. Kadang2 PDRM tak faham mesej kita. Kalau kita bertemu berbincang dan bertukar2 idea mungkin kita boleh capai satu resolusi.

Mungkin PDRM tak nampak sejauh mana masyarakat rasa risau dengan tahap keselamatan dalam negara sekarang neh. Sebab tue perlu untuk KPN berlapang dada tanya directly pada rakyat sebab kami la golongan sasaran korang. Keselamatan kami la yang menjadi tanggungjawab korang pun. Jangan buat idea syok sendiri. Tolong la KPN..

Thanks..

Selasa, 19 Julai 2011

Oi polis, perhal lue gantung bendera terbalik hah?


Ini ialah gambar bendera. Nama bendera malaysia ialah jalur gemilang. Ini ialah gambar jalur gemilang dalam keadaan yang terbalik sedang berkibaran. Gambar ini di ambil di dalam balai polis. Percaya aku dorang diresapi fahaman komunis, yahudi dan segala2 yang dorang tuduh kat PR tue lah kan. So amek balik kat dorang. Heh.

Aku tidak tahu bendera terbalik neh kat balai polis mana. Tapi aku syak neh bukan balai polis di indonesia. Apa jadah indonesia nak gantung bendera malaysia terbalik beb? Dorang suka bakar bendera malaysia je. Dorang tak main lah gantung2 beb. Heh.

Taktahu lah aku cakap apa. Takan penat sangat sampai tak perasan bendera tue terbalik? Ke busy balun peserta bersih? Ceh. Memalukan. Sampai di snapshot. Ini kalau lah pembangkang yang buat 1000hari 1000malam tak habis citer blogger umno. Kalau dorang fuhhh..macam2 alasan timbul bhai. Takpe. Mari kita lihat alasan dorang kat sini plak. Wehh penyokong umno meh komen sket. Nak dengar korang mengarut atas isu neh plak.

kah kah kah

Sumber dari sini

Ameno : Tak semua polis jahat, tapi polis jahat itu memang keji.. 

[ADS] Main kira2 sampai menang rm1k cash kat sini

Khamis, 14 Julai 2011

Lagi bukti bergambar keganasan polis terhadap orang awam.


Lokasi kejadian : jalan tun perak

waktu : jam 5 petang.

tarikh : bersih = 9 julai.

Gambar dirakam oleh orang yang memerhatikan aksi tersebut pada hari tersebut.

Menurut maklumat yang tersebar di beberapa blog dikatakan bahawa pakcik neh hanya melalui jalan tersebut sebelum tiba2 dihalang dan dihadang daripada meneruskan perjalanan. Dalam mempertahankan diri yang tiba2 kena serang, pakcik tersebut jatuh tersungkur dan akhirnya ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan bersih.

Polis yang kat belakang tue marah semacam je. Tah pape. Orang nak lalu je pun [andai citer neh benar lah kan] takan itupun nak marah2. Lagipun aku peliklah dengan cara polis handle isu neh. Menipu tak sudah2. Kita antara saksi yang berada di lokasi kejadian cukup tahu apa yang polis buat kepada kita dan kita sikitpun tidak menggunakan kekerasan kepada mana2 pihak tetapi malangnya pihak polis dan kerajaan tak henti2 mengatakan bahawa apa yang mereka buat ialah wajar. Tang mana wajar nya kalau dah ko cakap ko MELAYU nak tolong orang MELAYU.. tapi rupanya bantai ORANG MELAYU..

Cukuplah. Isu perkauman dah takde tempat di malaysia. Kini bukan nak isu pasal 1melayu segala bagai. Pergi lah mampos. Kini motif untuk 1malaysia bersatu jatuhkan rejim zalim dan membina semula negara neh setelah apa yang bn dan umno hancurkan. Cincin aje 75juta. Heh.

Ameno : Aku keliru dengan tugas polis yang sebenarnya.

Rabu, 6 Julai 2011

Hot : Polis menipu isu bom petrol dan penemuan senjata?

Entry nak cepat. Nak tanya dan minta pendapat korang. Ada member facebooker bagitau macam neh kat aku tadi. Lihat bawah ;

PEMBOHONGAN 1Malaysia: isu penemuan senjata, bom dan baju BERSIH di Batu 14 Gombak Lama, Shah Alam adalah tipu semata mata.. Kaw yang tidak wujud dalam peta. Dan kawasan yang wujud hanyalah Batu 14 Gombak Lama, Bentong. Tiada Tokong Cina, hanyalah kuil kuil India sahaja! Harap sebarkan pada umum.

So aku pun melakukan sedikit siasatan lah kan. Aku baca balik berita semalam. Aku dapati memang lah pun polis cakap penemuan senjata di batu 14 jalan lama gombak, bentong. Bila masa plak dia cakap gombak lama, shah alam? Takde. Maybe reporter salah maklumat. Atau lebih tepat, salah tulis. Tak caya rujuk sini.

Dan bab tokong tue, memang betul. Polis cakap tokong instead of kuil. Salah sebut ka ataupun mmg kekantoian? Tapi mungkin gak polis bodoh piang. Tak reti bezakan kuil dengan tokong. Ataupun dorang rangka skrip tanpa pergi ke kawasan lokasi. Maksudnya dorang fikir tempat tue tokong tapi sebetulnya tempat tue kuil. Boleh jadi.

Ada macam2 kemungkinan dan andaian kat sini. Yang sahih aku taktau. Allah swt je tahu. Tapi yang pasti aku memang tak percaya neh perbuatan bersih andai kata tiada kesilapan dalam kenyataan polis neh sekalipun. Bila dah ada kesilapan lagi lah orang bertambah2 tak percaya. 

Tak payah nak tuding2 jari dan salahkan persepsi umum. Semua berlaku bersebab. Kalau tiada angin mana kan pokok bergoyang. Kalau tiada rasuah, mesti lah polis dah cekap. Pepatah baru. Heheheh..

Ameno : Taktik akhir nak kaitkan bersih dengan terrorist selepas Agong bagi keizinan.

Khamis, 23 Jun 2011

Hadiah untuk gambar provokasi terbaik dan polis bagi amaran kepada penjual tshirt bersih.

Adoii pas. Korang neh kenapa? Kenapa kenapa dan kenapa buat aku bersemangat neh. Adehh.. dah lah hari neh aku malas pasal tak berapa sihat. Aku ingat malas dah nak update apa2 entry hari neh kat blog neh. Sebab tak sihat badan. Bila badan tak sihat ianya sedikit sebanyak menganggu gak lah cara akal aku berfikir. Tapi pas macam tahu2 je nak cucuk nafsu menulis aku pada hari neh.

Kah kah kah

Korang tahu tak pas ada buat satu contest baru sempena bersih nanti? Bukan yang pasal video tue. Yang bab2 video toksah hadap aku lah. Aku bab2 edit video neh memang fail. Gila arh. Guna video movie maker pun tak khatam2 lagi sampai sekarang. Baru2 neh ada lah aku download video ucapan najib. Nak edit bahagian2 penting kat movie maker tak leh lak sebab video tue kena convert dulu. Jenuh aku download macam2 converter tp still takley convert. Bengkek siot ahti aku. Camne arhh nak buat tue. Aku dah siap sedia nak hempas laptop dah. Panas punya pasal. Heh.

Wehhhh.. malaysia dah menang bola. Woowww satu kejayaan dan cipta sejarah neh. Macam neh baru syok nak tengok bola. Hahaha.. okey sambung topic asal balik.

Selain dari contest buat video bersih, PAS juga ada buat contest gambar provokasi yang terbaik. Kita kena tengok provokasi-provokasi yang berlaku dan snap gambar2 ketika adegan provokasi sedang berlaku. Ini senang neh. Aku leh buat. Sejuta kali lagi senang dari edit video. Cuma nak kena fikir sket lah. Kita kena duduk kat tempat2 yang berkemungkinan akan berlaku provokasi. Peh tue kita snap. Nak balon hadiah otak kena cekap ma. Heh

So kalau korang berminat nak hadiah2 yang aku pun taktau hadiah2 apa, tapi pas kata lumayan so kita sama2 lah snap gambar2 then hantar kat.. er kat mana hah? Dorang tak cakap pun kat mana. Maybe akan umumkan kelak kot. Hahaha.. nanti2 lah aku update.

Lagi satu sekarang pihak polis dah bagi amaran kepada semua penjual tshirt bersih. Aku tak pasti samada polis bagi amaran kepada penjual tshirt bersih secara terbuka je kot ataupun meliputi penjualan2 online sekali cuma aku leh cakap polis tertentu neh bodoh piang. 

Macam neh citer nya napa aku cakap polis tertentu bodoh piang. Matematik aku ialah ;

1. penjualan tshirt bersih illegal = sebab prhimpunan takde permit = bersih.

2. perkasa + umno buat tshirt, banner utk hari tersebut apa pula? Dorang jual ke tak jual ke sama je. Aku dapat info dorang buat tshirt. Mungkin lah tak buat secara besar-besaran sebab tak laku kan tapi still buat gak. Dan sudah tentu lah dorang tetap jual juga secara kecil2an kepada orang2 yg berminat nak tempah kan? 

Yang penting aku faham alasan polis tertentu ialah perhimpunan bersih = takde permit = maka penjualan tshirt pun jadi haram.

Jadi tshirt perkasa + umno = pun harus haram juga disebabkan perhimpunan mereka takde permit. Tak kiralah samada tshirt dorang ada sambutan ke takde sambutan. Itu bukan isu pokok. Isu pokok ialah kesemua perhimpunan pun takde permit dan kalau bersih tak ley jual or buat tshirt maka peraturan ini haruslah termaktub kepada semua pihak dan bukan hanya tertumpu kepada bersih sahaja ataupun polis tertentu mungkin suka dikatakan sebagai 

FARK?

Okey incik polis tertentu yang bagi arahan, anda pilih. Saya rakyat perlukan keadilan. Dan saya mahu anda tahu bahawa keadilan itu tiada paksi politik. Dan saya juga mahu anda tahu bahawa menindas rakyat berdosa dunia akhirat. Sekian.

Ameno : Polis tertentu?

[ADS] Psttt ada berita hot dari samsung. Klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...