Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Oktober 2020

TITM Ulang Ikrar Pertahankan PN, MN, Kata Dua UMNO Kepada PAS Gagal.

A.KADIR JASIN | MUKADIMAH : Penegasan ini mungkin penting dan mungkin tidak. Mulai 6 Ogos lalu saya tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti politik dan tidak akan terlibat lagi dengan politik kepartian (partisan politics).


1. Bersabit kenyataan Setiausaha Agong Umno, Ahmad Maslan, di bawah ini, jelaslah bahawa kerajaan Perikatan Nasional sama ada telah hilang majoriti misterinya atau ibarat telur di hujung tanduk seekor kerbau jantan yang akan berlaga.

2. Secara langsung ia memberi kewibawaan kepada dakwaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, dan pihak-pihak lain bahawa Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin, telah hilang sokongan majoriti.

3. Lagi pun, majoriti yang didakwa oleh Presiden Bersatu itu hanyalah teori dan tekaan (conjecture). Ia tidak pernah diuji di Dewan Rakyat dan Muhyiddin menggunakan pelbagai tipu helah bagi mengelakkannya.

4. Dengan penarikan balik sokong Umno ini, kedudukan kerajaan PN semakin tidak menentu.

5. Menurut kenyataan Ahmad Maslan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Biro Politik parti itu, sokongan Umno seterusnya akan hanya diberikan dengan syarat-syarat baru. Tentulah syarat-syarat baru itu lebih ketat.

6. Tapi nampaknya dengan menghebahkan hasil keputusan Biro Politik tanpa menunggu pengesahan Majlis Tertinggi terdapat "masalah" dalam Umno sendiri.

7. Boleh jadi jika dibawa kepada MT akan berlaku perbezaan pendapat kerana jelas ada sebahagian ahli MT yang ternyata menjadi penyokong kuat Muhyiddin kerana mereka ada jawatan empuk dalam kerajaan PN.

8. Kenyataan Ahmad Maslan itu juga menguji pendirian Pas dalam Muafakat Nasional kerana parti itu (Pas) baru saja mengulangi ikrar menyokong Muhyiddin dan kerajaan PN.

10. Dengan cadangan menyegerakan pendaftaran MN itu, Biro Politik Umno, secara tidak langsung memberi kata dua kepada Pas sama ada hendak terus bersama PN atau kembali kepada MN.

Wallahuaklam.Terima kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...