Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Oktober 2020

Bersabar Untuk Babak Seterusnya - A. Kadir Jasin.

A. Kadir Jasin | 1. Debaran berterusan. Tayangan berhenti sebentar untuk " intermission". Ada penonton yang ke tandas. Ada pergi beli bertih jagung. Ada yang curi-curi hisap rokok. Dan ada yang bosan terus tinggalkan panggung. 


2. Begitulah saga Selasa persembahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Buat sementara waktu ini nampaknya ketidaktentuan akan berterusan.

3. Dalam sidang akhbar selepas menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pagi tadi Anwar berkata, dia telah memaklumkan yang dia mempunyai majoriti yang kuat dan meyakinkan. 

4. Dia kedengaran menyebut lebih 120 Ahli Dewan Rakyat yang menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri. Dewan Rakyay ada 222 orang ahli kesemuanya. 

5. Kenyataan Istana Negara pula mengesahkan yang Presiden PKR itu "telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau."

6. Walau bagaimanapun, tambah kenyataan itu, Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut. (Rujuk gambar).

7. Sementara itu, saya difahamkan oleh satu sumber kanan PKR bahawa ketua-ketua parti DAP, Amanah dan PKR dalam surat mereka ada menyebut jumlah ahli yang sokong tapi tidak menyebut nama.

8. Dia mendakwa surat daripada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menyebut bahawa sejumlah Ahli Dewan Rakyat Umno menyokong Anwar.

9. Tambahnya lagi, ada Ahli Dewan Rakyat yang secara individu telah membuat akuan bersumpah menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu. 

10. Dalam perkembangan berkaitan, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menghadap Seri Paduka Baginda sebelah petang. Laporan media mengatakan Seri Paduka Baginda akan juga menerima menghadap ketua beberapa buah parti politik. 

11. Jadi nampaknya sesiapa saja yang berminat dengan babak-babak seterusnya kenalah bersabar. 

Wallahuaklam. Terima kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...