Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Oktober 2020

Kronologi Ringkas Peristiwa 13 Oktober 2020.

KRONOLOGI | Ini adalah kronologi ringkas yang mencatatkan beberapa peristwa yang berlaku pada tarikh 13 Oktober 2020 untuk tujuan merekod.

1. Wartawan mula berkumpul di perkarangan pintu masuk hadapan Istana Negara seawal jam 8 pagi bagi mendapatkan berita dan membuat sesi LIVE FB.

2. Walaupun terdapat larangan dari PKR untuk tidak berkumpul di mana-mana lokasi termasuklah di Istana Negara, masih terdapat beberapa penyokong yang kelihatan di pintu hadapan Istana Negara dan melanggar arahan tersebut. Mereka memakai baju reformasi dan menjeritkan perkataan reformasi ketika Anwar tiba dan keluar dari Istana Negara.

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwar selepas ini) direkodkan tiba di Istana Negara pada jam 10.25 pagi, dan keluar pada jam 11.30 pagi. Pertemuan berlangsung lebih kurang 25 minit. Media juga melaporkan UMNO akan bermesyuarat bagi membincangkan perkembangan terkini itu. Menurut laporan portal Malaysiakini, DAP dan MIC mengesahkan telah dipanggil bagi mengadap dalam masa terdekat.

4. Pada jam 2 petang, Anwar dijadualkan membuat sidang media di Le Meridian Hotel. Bagaimanapun sidang media hanya bermula pada jam lebih kurang 2.30 petang. Pada sidang media ini, Anwar menjelaskan intipati pertemuannya dengan YDPA;

- Bertanyakan tentang kesihatan baginda.

- Mempersembahkan dokumen sahih mengenai sokongan ahli-ahli Parlimen.

- Minta semua pihak berikan ruang kepada YDPA untuk menjalankan tanggungjawab baginda mengikut lunas perlembagaan dan budi bicara TUANKU untuk menelaah dokumen yang diberikan, dan Baginda akan memanggil ketua-ketua parti bagi memastikan sokongan yang diterima.

- Anwar menyakinkan jika kepimpinan kerajaan bertukar, masih lagi kerajaan majoriti melayu Islam dan dalam masa yang sama, hak semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa akan terpelihara.

- Sokongan yang diterima Anwar melebihi dari 120 Ahli Parlimen.

- Anwar juga menjelaskan peristwa hari ini (pertemuan dengan Agong) bukanlah merujuk kepada ada sesiapa yang menang atau kalah, dan semua pihak perlu bersabar dan berikan ruang kepada Agong untuk membuat keputusan Baginda.

- Isu pembubaran Parlimen tidak berbangkit.

- Dokumen yang diserahkan kepada Agong ada dalam 2 bentuk iaitu; bentuk SD (akuan bersumpah) dan dokumen sahih yang merujuk kepada kenyataan Ketua-Ketua parti.

- Kerajaan TSMY juga dinyatakan telah hilang majoriti dan Anwar menyarankan beliau untuk meletakkan jawatan.

- Anwar juga menjelaskan kerajaan tetap memberikan keutamaan untuk menyelesaikan masalah rakyat yang membabitkan perihal ekonomi dan pandemik covid19.

- Anwar juga berkata, perkara-perkara berkaitan kesihatan, keselamatan dan ekonomi tidak patut dipengaruhi sentimen politik walaupun kerajaan bertukar tangan.

- Anwar juga enggan memberikan apa-apa kenyataan yang mendahului ataupun mewakili YDPA sebaliknya berkata, semua pihak harus bersabar, menghormati dan memahami bidang kuasa AGONG untuk membuat keputusan.

- Anwar juga berkata, kerajaan yang akan dibentuk ini ialah kerajaan inklusif dan bukannya personal vendetta terhadap mana-mana pihak (samada dendam terhadap TSMY ataupun mana-mana pihak).

- Tiada tarikh juga ditetapkan untuk Agong berbuat keputusan kerana ini adalah bidang kuasa Agong, meletakkan tarikh seperti membayangkan Agong sedang didesak dan ditekan bagi membuat keputusan.

5. Portal media Sinar Harian kemudiannya melaporkan pertemuan di antara Tengku Razaleigh (Ku Li selepas ini) dengan YDPA pada jam lebih kurang 2.30 petang.

6. Bagaimanapun setakat ini Ku Li tidak membuat sebarang kenyataan media bagi menjelaskan apa yang sedang berlaku.

7. Istana Negara kemudiannya mengeluarkan kenyataan rasmi bagi memperjelaskan pertemuan antara Baginda dan Anwar pagi tadi.

8. Ini adalah kenyataan dari Istana Negara;

 

- Sesi pertemuan berlangsung selama 25 minit.

- Sepatutnya Agong patut bertemu dengan Anwar pada 22 September tetapi Baginda gering pada waktu itu dan ditangguhkan pada 13 Oktober 2020.

- Dalam pertemuan itu Anwar telah mengemukakan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai PM dan bukannya SENARAI NAMA Ahli Parlimen.

- Selepas itu, Baginda juga menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

- Seiringan dengan arahan PKPB yang dikuatkuasakan bermula 14 Oktober ini, Istana Negara juga telah melaksanakan perintah semi-lockdown sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

9. Pada jam 5 petang, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY selepas ini) membuat sesi live di Facebooknya dan bercakap tentang moratorium bersasar, covid19, dan PKPB. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sempat menjelaskan keengganan beliau berhadapan dengan petugas media ialah kerana mahu memberikan tumpuan kepada soal pemulihan ekonomi dan menguruskan Covid19.

10. Muhyiddin Yassin juga berkata perkara yang dibangkitkan oleh Anwar (berhubung soal majoriti) akan diserahkan kepada Agong bagi membuat sebarang keputusan.

11."Saya masih berada di sini sebagai perdana menteri. Tugas dan amanah saya mesti dilaksanakan. Perhatian utama adalah menguruskan masalah Covid dan menguruskan masalah ekonomi negara. 

Keprihatinan saya bukan mengenai perkara itu (dakwaan Anwar). Ketika dia (Anwar) berada di istana, saya di sini di hadapan televisyen mengadakan sidang video dengan anggota Majlis Keselamatan Negara untuk membincangkan isu Covid-19," katanya.

12. Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan mengeluarkan kenyataan media selepas Istana Negara membuat kenyataan.

13.


14. Dalam kenyataan itu, Wan Saiful berkata Anwar perlu bersara kerana telah melakukan pembohongan. Anwar juga dakwanya telah menganggugugat kestabilan negara.

15. Selepas itu Tun Mahathir pula membuat kenyataan media menerusi rakaman video.

16. Dalam kenyataan itu Tun Mahathir berkata beliau tidak menyokong mana-mana pihak untuk menjadi Perdana Menteri dan PEJUANG ialah parti bebas.

17. Pada jam 11.30 malam, sebaik sahaja Biro Politik UMNO selesai bermesyuarat, Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan UMNO mengumumkan UMNO berhasrat untuk keluar dari PN jika syarat-syarat baharu tidak dipenuhi oleh pakatan itu.

18. Perkembangan di sosial media pula seperti berikut;

- Awal pagi penyokong Anwar bersorak kerana terbukti kenyataan Agong memanggil untuk mengadap ialah berita benar dan bukannya propaganda politik.

- Selepas Istana keluarkan kenyataan, pro PN bersorak dan mendakwa Anwar menipu.

- Kemudiannya pro Anwar dan PN saling berbahas hujah mengenai kenapa Anwar tidak mendedahkan senarai nama yang menyokong beliau sebagai PM. Bagi pro PN, mereka kata Anwar telah berbohong dan perlu didakwa.

- Bagi pro Anwar, ini adalah strategi politik dan kenyataan Anwar selari dengan kenyataan Istana, Anwar menyebut ada SD dan ada DOKUMEN SAHIH dari Ketua-Ketua parti politik yang menyatakan sokongan  (secara angka).

- Di Twitter, Azmin dan para penyokongnya menyindir Anwar. 


- Ahli Parlimen Pasir Mas juga menyindir Anwar. 


- Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi membuat catatan di Facebook dan merayu agar hentikan sekejap polemik perebutan kuasa Perdana Menteri.

- Di Instagram, KJ berkongsikan gambar dengan caption yang mengundang persoalan umum.


- Terdapat sebaran yang mendakwa Ku Li 
akan menjadi Timbalan Perdana Menteri (mewakili UMNO).

Akan bersambung jika ada perkembangan susulan pada tarikh ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...