Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 November 2019

"Dah Lupa Ke Perangai Ultra Kiasu MCA & Penentangan Hudud," Soal Ustaz Ridhuan Tee Pada UMNO & PAS.

Ustaz Ridhuan Tee | KERANA TANJUNG PIAI, AKHIRNYA KAWAN JADI LAWAN

SEKALI LAGI TIDAK BELAJAR DARIPADA KEKALAHAN MASA LALU. BERBALOIKAH POLITIK SEBEGINI? MALANG LAGI BUAT UMAT ISLAM, POLITIK TERUS MEMECAHKAN BUKAN LAGI MENYATU. MUSUH ULTRA KIASU BERTEPUK TANGAN

Salahkah Berjasa bertanding di parlimen Tanjung Piai mengikut lunas-lunas demokrasi? Kenapa mangsakan Berjasa seolah-olah tidak ada kasih sayang sesama saudara?


Kata memperjuangkan dan menyuburkan demokrasi, kenapa dimangsakan Berjasa atas pendiriannya untuk bertanding?

Jika saya pengundi Tanjung Piai, daripada mengundi MCA yang terang-terang menentang Islam, lebih baik saya memilih Berjasa. Lagi pun PRK ini tidak membawa apa-apa implikasi kepada parlimen. Siapa pun menang, tidak ada impak besar yang boleh dilihat. Benarkah calon ultra kiasu MCA ini pro Islam?

Yang jelas saya lihat, jika MCA menang, bala bencana sedang menanti PRU 15. MCA akan tuntut semua kerusi yang mereka kalah di kawasan majoriti Melayu. Jika itu yang berlaku, pasti detik hitam PRU14 akan berulang buat UMNO (BN). Masih tidak mahu belajar? Masih melihat MCA seperti malaikat?

Benar, saya tidak nafikan kita perlu melihat organisasi bukan MCA sebagai satu parti. Tetapi juga perlu beringat, apa implikasinya jika MCA menang? Jika sekarang MCA sudah berani mengugut, akan datang pasti lebih berani.

Jika daripada sekarang kita tidak berani menghadapi realiti BN dibubarkan, mahu tunggu sampai bila? MCA pasti akan menimbulkan masalah demi masalah kepada BN. Percayalah.

Sentuh sahaja Sekolah Cina yang cuba dibawa oleh peguam Khairul Azam baru-baru ini, tengok bagaimana mereka melompat baru-baru ini. Masih lagi buta? MCA lebih Cina daripada DAP.

Seburuk-buruk DAP, sekurang-kurangnya masih ada sedikit Melayu yang duduk di situ yang ada sedikit berjiwa Islam untuk memberikan sedikit nasihat, atau sedikit check and balance. Parti Cina totok MCA ini siapa yang boleh menasihat?

Sudah lupa bagaimana lantangnya mereka menentang hudud dan RUU355 yang dibawa oleh PAS sama seperti ultra kiasu yang lain?

Sudah lupa bagaimana MCA mempertikai tindakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mengenakan hukuman sebat terhadap wanita di khalayak? Jika sudah lupa mari saya ingatkan. Ponggong MCAkah yang kena sebat. Kenapa menentang? Ini urusan orang Islam. Rujuk link di sini, https://www.ismaweb.net/2018/10/14/diam-kamu-kata-ridhuan-tee-kepada-ketua-wanita-mca/

Peliknya, dalam kempen PRK Tangjung Piai hari ini yang dihentam oleh UMNO dan PAS hari ini adalah Berjasa, kenapa tidak laraskan sasaran kepada ultra kiasu? Kenapa saudara seagama yang menjadi sasaran sedangkan dia bukan musuh Islam. Kenapa tidak sasarkan kepada musuh Islam? Bukan Berjasa rakan dalam Muafakat Nasional?

Mulanya saya kurang bersetuju dengan kemunculan sulung Berjasa dalam PRK Tanjung Piai. Tetapi setelah BN memberikan laluan kepada ultra kiasu MCA, maka saya fikir, kemunculan Berjasa tepat pada waktunya. Itupun nasib baik PUTRA, Ibrahim Ali tidak masuk bertanding.

Sekurang-kurangnya dengan ada Berjasa menjadi alternatif (undi protes) kepada pengundi-pengundi atas pagar yang meluat dengan ultra kiasu.

Memahami politik Malaysia, untuk menang, mungkin terlalu sukar untuk Berjasa di Tanjung Piai. Tetapi, kita dapat lihat sejauhmana kekuatan Berjasa? Begitu juga kita dapat lihat kemeluatan pengundi terhadap parti politik yang sedia ada hari ini. Terutama mereka yang memilih ultra kiasu bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Berjasa yang sebelum ini menjadi sahabat kepada PAS dan UMNO. Tetapi hari ini Berjasa sudah menjadi musuh kepada PAS dan UMNO. Kenapa bro!

Sasaran kamu sebenarnya siapa? PH atau Berjasa? Berjasa baru nak cuba untuk menaburkan jasa, jangan dianggap sebagai satu dosa. Dosa yang kamu lakukan sebelum ini bagaimana?

Nasihat saya kepada PAS dan UMNO, perkara ini tidak boleh dibiarkan. Politik Islam sepatutnya menyatukan, bukan memecahkan

Fahami kedudukan Berjasa dan jangan terlalu angkuh. Beberapa kali telah diingatkan, jangan meletakkan ultra kiasu di kawasan majoriti Melayu. Bukan soal ultra kiasu ini ada kelebihan atau tidak. Ultra kiasu tetap ultra kiasu. Selepas ini, sama ada menang atau kalah, mereka akan terus tuntut kerusi tradisi mereka di kawasan majoriti Melayu. Ugut akan bubar BN. Sudah tentu ia tidak adil untuk majoriti melayu.

Sepatutnya Ultra kiasu MCA perlu mengkaji kenapa mereka tidak boleh menang di kawasan majoriti Cina. Kenapa Cina menolak mereka. MCA tidak boleh mengambil kesempatan seperti ini sampai bila-bila. Perlu diajar MCA ini supaya tidak menjadi kurang ajar.

Kepada Berjasa, jika merasakan disaat-saat akhirnya nanti, ternyata dapat dlihat, politik sebegini merugikan di Tanjung Piai, ketika itu, tidak salah rasanya untuk menarik diri. Tetapi jika banyak menguntungkan, teruskan perjuangan kamu. Siapapun menang di Tanjung Piai, tidak dapat mengubah apa-apa di Parlimen, kecuali PERSEPSI, kerana politik itu adalah persepsi.

Kepada PAS dan UMNO, berpada-pada dalam berpolitik. Kenali kawan dan lawan. Jangan sampai kawan jadi lawan. Tak berbaloi politik sebegitu. Merugikan untuk PRU15 yang sedang dinanti-nantikan

Saya bimbang juga jika selepas ini ada yang menuduh saya kenapa tidak menjadikan MCA sebagai ruang untuk berdakwah dan menyampaikan Islam. Teringat pula saya sekian lama UMNO bersama MCA dalam BN dan PAS bersama DAP dalam PR, sejauh manakah Islam dapat disampaikan? Yang jelas, semakin disampaikan Islam, semakin tegar mereka menentang Islam. Bukan salah ibu mengandung…

Justeru, sebelum nasi menjadi bubur, binalah formula daripada sekarang. Kawasan majoriti Melayu itulah kerusi tradisi Melayu. Manakala kawasan majoriti Cina, itulah kerusi tradisi MCA. Untuk MIC, oleh kerana tidak ada satu pun kawasan ADUN dan Parlimen, ada majoriti orang India, maka pandai-pandailah memberi laluan. Paling penting perlu ada formula. Turut terpakai formula ini dalam membina rumah ibadat, jangan pakai pacak sahaja. Mula kecil kemudian membesar.. Lepas itu, langsung tidak boleh disentuh walaupun terletak di kawasan orang lain.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...