Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 November 2019

Ini 5 Kenyataan Lim Guan Eng Yang Didakwa Menghasut Dan Menfitnah PAS - UMNO.

POLITIK | Beberapa pemimpin PAS dan BN nampaknya berang dengan kenyataan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang disiarkan menerusi portal rasmi parti itu pada 3 November 2019 lepas bagi menyeru pengundi Tanjung Piai memangkah Pakatan Harapan.


Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kenyataan itu berbaur hasutan dan laporan polis perlu dibuat ke atas Menteri Kewangan itu.



Najib pula berkata, kempen perkauman dan keagamaan sebenarnya dilakukan oleh Pakatan Harapan dan bukannya BN sepertimana dakwaan Muhammad Sabu yang tersiar di portal The Malaysia Insight semalam.

Bagi mempertahankan diri dari serangan Muhammad Sabu itu, Najib kemudiannya menangkaplayar kenyataan Lim Guan Eng dan memuatkan kenyataan itu di Facebooknya sebagai hujah balas.

Apakah lima kenyataan Lim Guan Eng itu sehingga pemimpin BN dan UMNO berasa marah kerana dianggap sedemikian rupa?




Berikut adalah terjemahannya;

Lim Guan Eng mendakwa andaikata pengundi memangkah calon MCA, mereka juga akan terdorong membawa suara muafakat antara PAS dan UMNO yang mana;


1) orang bukan Melayu dan bukan Islam dianggap tidak layak untuk dilantik sebagai Ahli Jemaah Menteri Kabinet.


2) Sekolar Vernakular - yang menggunakan bahasa ibunda sebagai pengantar, akan ditutup.


3) Penganut bukan Islam khususnya Kristian tidak lagi dapat berkumpul bagi menjalankan aktiviti keagamaan.


4) Produk dan perniagaan bukan beragama Islam akan diboikot.


5) Orang bukan Melayu dan bukan Islam akan sentiasa dilabel sebagai babi, komunis dan pengganas.


Kenyataan ini boleh diakses dengan mudahnya disini : https://dapmalaysia.org/en/statements/2019/11/03/29186/  - 6 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...