Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 November 2019

Politik PAS Tidak Berprinsip - Aziz Bari.

KENYATAAN MEDIA | Merujuk kepada kenyataan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Dr Nik Zawawi Salleh dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahaya yang mengeluarkan fatwa dan pendirian baru berhubung larangan mengundi calon bukan Islam sebelum ini adalah sebagai tidak mutlak. 


Sementara Ahmad Yahaya pula mendakwa mengundi calon MCA di Tg Piai umpama membeli barangan Melayu-Islam dari penjual Cina.

Kedua-dua kenyataan terbabit jelas menunjukkan PAS sedang terkial-kial mencari hujah yang membolehkan ahli mereka mengundi calon bukan islam dari parti MCA di Tanjung Piai demi membolehkan penyokong mereka menerima persekongkolan PAS bersama UMNO, MCA dan MIC.

Jika dahulu bersama Pakatan Rakyat, PAS mengambil pendirian untuk menyokong DAP dan menolak MCA berikutan pemimpin PAS menyifatkan MCA sebagai kafir harbi yang membawa mudarat besar apabila parti itu secara terang-terangan menolak islam dan hudud. Namun hari ini sekali lagi PAS membuat pusingan U apabila sibuk mencari hujah bagi menyokong fatwa mereka untuk membolehkan penyokong mereka mengundi calon MCA dan menolak calon muslim daripada Pakatan Harapan di PRK Tanjung Piai.

PAS yang sebelum ini sibuk dengan kempen 'buy muslim first' hari ni mengeluarkan pula kenyataan 'lebih baik membeli daripada penjual cina yang menjual produk melayu berbanding membeli daripada peniaga melayu yang menjual produk cina'. Bukankah ia jelas bertentangan dengan agenda 'buy muslim first' yang dilaungkan mereka? adakah kempen mereka membantu peniaga muslim menjadi keutamaan atau mengekalkan kuasa politik mereka yang menjadi keutamaan sebenarnya?

Inilah akibat politik oportunis dan tidak berprinsip di bawah pimpinan Dato Seri Abdul Hadi Awang. Pelbagai kenyataan pusingan U berkaitan agama akan dibuat bagi membolehkan undi, kuasa dan kedudukan parti itu selamat. Kenyataan Dr Nik Zawawi Salleh dan Ahmad Yahaya jelas mengisyaratkan betapa murahnya prinsip Pas. Apa saja boleh dijual demi undi, kuasa dan kedudukan.

Bayangkan kalau Seniman Agung Tan Sri P Ramlee Masih ada, mungkin seniman genius itu akan berkata “Berapa banyak pusingan U daa...”

Kenyataan oleh:

YB Dr Abdul Aziz Bari
Naib Pengerusi DAP Perak
Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Negeri Perak.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...