Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar ucapan Lim Guan Eng yang berbaur hasutan di Konvensyen Tahunan DAP Johor di Muar pada 3 November lalu. Hasutan ini kali yang ketiga selepas bulan Mac dan Oktober lalu. Lim Guan Eng menghasut orang bukan Islam dengan melemparkan fitnah jahat terhadap PAS dan UMNO. Ucapan keterlaluan tersebut boleh mengheret negara ke kancah perpecahan yang lebih besar.
![]() |
Sebaran Facebook |
Laporan polis mesti dibuat supaya Lim Guan Eng boleh disiasat atas tiga ucapan berbaur hasutan yang telah diucapkan sebelum ini. Atau, adakah Lim Guan Eng kebal dengan tindakan undang-undang sehingga boleh berlagak samseng?
Sekian, terima kasih.
TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)