Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 November 2019

Dicabar Buktikan Lim Guan Eng Menghasut Masyarakat Non Muslims, MP Pasir Mas Nekad Buat Laporan Polis.

Ahmad Fadhli bin Shaari | AHLI PARLIMEN DAP MENAFIKAN UCAPAN LIM GUAN ENG?

Saya bangun tadi untuk turut mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat jawatankuasa kepala bekalan & pembangunan B1 hingga B9 dan B40 / P6 dan P7 (Jabatan Perdana Menteri). Di dalam masa 5 minit, saya menyentuh 7 persoalan untuk diperjelaskan oleh pihak kerajaan :

 

 
1. Butiran 040400 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kenapa berlaku penurunan berbanding 2019 RM6,864,500 manakala tahun 2020 hanya RM4,934,900 di mana penurunan berlaku kira-kira 20%.

2. Butiran 030700 Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JPSM) di mana berlaku penurunan berbanding 2019 RM4,148,300 kepada tahun 2020 RM2,847,100. Apakah yang berlaku di Jabatan tersebut sehingga berlaku penurunan demikian?

3. Butiran 030300 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di mana peruntukan 2019 sebanyak RM 68,485,000 namun pada tahun 2020 menurun kepada RM63,136,500. Di manakah komitmen kerajaan untuk memperkasakan JKSM jika peruntukan diturunkan. Saya juga mencadangkan agar kes-kes yang melibatkan urusan rumahtangga terutama perceraian dibicarakan secara tertutup kerana ia bukannya satu jenayah namun tetap mendatangkan keaiban kepada pihak-pihak yang terlibat.

4. Butiran 03400 Kompleks Latihan Islam/Tahfiz/Pusat Komuniti Orang Asli di mana peruntukan 2019 (anggaran dipinda) ialah sebanyak RM9 juta, manakala anggaran 2020 RM1 juta sahaja. Kenapakah berlaku penurunan sedemikian rupa?

5. Butiran 020500 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di mana pada tahun 2019 RM15,327,500 manakala pada tahun 2020 berlaku kenaikan Rm5 juta kepada RM 20,363,100. Saya rakamkan persetujuan dan memohon supaya pihak kerajaan memberi perhatian kepada kawasan-kawasan terdedah banji di hujung tahun seperti Pasir Mas dan ahli Parlimen tempatan selaku pemegang taruh dilibatkan bersama.

6. Butiran 06100 Development of Halal Industry di mana pada tahun 2019 RM 800,000, manakala 2020 RM 3,838,500. Saya sambut baik peruntukan yang ditambah ini Cuma saya mahukan penjelasan apakah rancangan terperinci pihak kerajaan di dalam membangunkan industri halal Malaysia.

7. Butiran 050100 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) di mana pada tahun 2019 RM208,316,300 manakala tahun 2020 naik lebih RM30 juta kepada RM241,526,300. Saya rakamkan tahniah kepada Jabatan Perpaduan di atas pertambahan ini namun saya persoalkan kenapa petunjuk prestasi utama prestasi outcome program Pembangunan masyarakat yang harmoni dan seimbang pada tahun 2018 ialah 0.57 manakala sasaran tahun 2020 ialah 0.60 sahaja? (2019 tiada maklumat). Apakah berbaloi kenaikan 0.03 ini dengan kenaikan peruntukan sedemikian rupa?

Saya persoalkan adakah pihak kerajaan menghadapi beban tugas yang banyak terutama dalam memantau kenyataan-kenyataan Menteri yang menggugat perpaduan? Saya memetik ucapan Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan pada 3 November 2019 yang telah menabur fitnah yang dahsyat kepada PAS dan UMNO. Di dalam ucapan itu, antara lain ditohmah bahawa PAS dan UMNO akan menghalang orang-orang Kristian berkumpul dalam upacara agama jika berkuasa.

Saya memetik ucapan ini daripada laman web DAP sendiri iaitu (https://dapmalaysia.org/statements/2019/11/03/29186/) Ahli Parlimen Jelutong dan lain-lain bangun mempertikaikan ucapan saya dan menyatakan saya membawa berita palsu. Mereka mencabar saya untuk ulangi ucapan itu di luar dewan, saya katakan, esok saya akan laporan polis terhadap ucapan Lim Guan Eng ini.

Hairan saya, kenapa ahli-ahli Parlimen DAP sendiri tidak tahu ucapan Setiausaha Agung mereka? - 6 November 2019.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...