Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 November 2019

Ada Menteri Janji Projek Dengan Syarat Sokong Tun Mahathir PM Satu Penggal.

Malaysia Gazette | Konvensyen Reformasi 2019 yang dihadiri kira-kira 1,000 otai dan ahli reformis menjadi pentas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada beberapa pemimpin kanan PKR.


Walaupun beliau tidak menyebut nama tetapi dalam kalangan reformis tahu ia ditujukan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ini terutama, ketika Anwar memberitahu, ada menteri parti itu telah menjanjikan projek kepada pihak tertentu untuk mendapatkan sokongan memastikan Tun Dr. Mahathir Mohamad terus memegang jawatan perdana menteri sehingga satu penggal.

Sebaik beliau mengucapkan perkara itu, ada beberapa individu reformis melaungkan nama “Azmin” sambil disambut tepukan dari yang hadir.

Baru-baru ini, Mohamed Azmin mengadakan pertemuan dengan 17 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan beberapa Ahli Parlimen PKR di kediamannya di Putrajaya.

Pertemuan itu dikatakan berbincang mengenai projek rakyat, yang mana ahli parlimen dari blok pembangkang dan segelintir dari kerajaan merunggut tidak mendapat peruntukan dari kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Namun, bagi Anwar, pertemuan tanpa pengetahuannya itu dianggap membelakangkan peraturan parti.

Baginya juga, tindakan itu merupakan penyalahgunaan kuasa, yang sepatutnya memberi perhatian kepada masalah berbangkit yang dihadapi oleh kumpulan reformis.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...