Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 April 2019

Menteri Dinasihati Jauhi Scammer Pakej Umrah..

SOSMED | Pentadbir halaman anti-scammer, PW Community tampil menasihati Husam Musa dan Salahuddin Ayub agar berhati-hati dengan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Zulkifli.

Menurut pentadbir halaman itu, Zulkifli adalah seorang penipu dan ramai pihak yang telah menjadi mangsanya.

Respon mangsa di ruangan komen PW Community;


PW Community menjelaskan Zulkifli kini sedang mencari peluang untuk mendekati pemimpin tertentu dalam Amanah.

"PENIPU PAKEJ UMRAH


1. This issue sebenarnya dah viral, tapi kami nak tackle dari perspective berbeza.

2. Scammer bernama Ustaz Zulkifli Yaacob. Dia pernah dipilih oleh rakyat sebagai ADUN PAS di Kelantan.

3. Zulkifli juga pernah mendakwa sebagai guru di Pondok Sungai Durian, Kelantan. Sebenarnya dakwaan tersebut berasas kerana ayah Zulkifli arwah Ustaz Yaacob membina pondok tersebut dengan abangnya arwah Haji Abdul Rahman.

4. Pondok Sungai Durian kini dikendali oleh Al Fadhil Ustaz Dr. Basit bin Abdul Rahman, sepupu kepada Zulkifli. Pondok Sungai Durian telah keluarkan statement bahawa Zulkifli sudah tiada kaitan dengan institusi tersebut.

5. Zulkifli juga mempunyai sepupu yang kini memegang jawatan Ahli Parlimen PAS. Namun Zulkifli seperti orang buangan dalam PAS.

6. Berdasarkan maklumat yang dikongsi dengan kami, Zulkifli kini cuba mencari peluang untuk kepentingan diri dengan mendekati kepimpinan PAN.

7. Husam Musa baru dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Hubungan erat antara Huzam dan Zulkifli telah lama terjalin.

8. Pesan kami kepada YB Menteri Pertanian dan juga Senator Husam Sumbu, berhati-hati dengan Zulkifli Yaacob yang telah menyamun Maahad Tahfiz al-Quran al-Imam an-Nawawi (MATIN) dengan nilai hampir RM 1.3 juta.

Link : https://www.youtube.com/watch?v=wLOopg4POwI,"
katanya dalam satu kenyataan. 



Husam, Salahuddin dan Zulkifli setakat ini tidak memberikan apa-apa respon berhubung dakwaan oleh PW Community itu setakat ini. - 24 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...