Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Mac 2019

Sama Seperti BN, PH Juga Bakulsampahkan Bahasa Malaysia Di Majlis Kerajaan..

Oleh : Arif Atan
 

i) Di mana maruah bahasa rasmi negara era Malaysia Baharu?

Di mana "bahasa Melayu" sebagai bahasa rasmi negara bernama Malaysia ketika bahasa asing selamba terpampang dalam majlis rasmi kerajaan Malaysia?

Di lidah lebih suka panggil "bahasa Malaysia" tetapi di hati tidak cinta untuk mendaulatkan bahasa milik negara yang didiami?

 
Susah benarkah untuk meletakkan ungkapan "Forum Perniagaan Minyak Kelapa Sawit Malaysia-China" paling atas di atas bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin yang menjadi bahasa rasmi negara China itu?

Hal asas berkaitan KENEGARAAN dan IDENTITI NEGARA BANGSA sebegini pun tidak hadam atau buat-buat bodoh. Mana tidak majoriti orang Melayu termasuk yang mengundi PH pun semasa PRU-14 lalu semakin kecil hati dan curiga dengan Pakatan Harapan (PH).

PH terutamanya pemimpin DAP dilihat tidak mempunyai semangat tinggi untuk mengutamakan kepentingan nasional.

Bahasa Melayu disempitkan kepada ciri kaum Melayu sedangkan bahasa Melayu sudah termaktub dan diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa kebangsaan di tanah air ini.

Lagi mahu sembang 'nasihat' PH (baca: AMANAH, Bersatu dan PKR) jangan lebih Melayu daripada Umno dan Pas?


ii) Lepaskan akal fikir daripada kanta sempit politik kepartian


Bahasa Melayu WAJIB berada paling atas dalam acara-acara rasmi kerajaan sehingga universiti awam sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa.


Selagi majlis berlangsung di tanah air bernama Malaysia, bahasa rasmi negara ini mesti diguna. Itu sebab namanya "majlis", ada tertib dan adatnya termasuk cara berbahasa.

Lihat contoh negara lain yang bahasa rasminya bukan bahasa Inggeris atau Mandarin. Sidang media di Indonesia contohnya, walaupun melibatkan isu antarabangsa, menteri dan pegawai kerajaannya SETIA menggunakan bahasa rasmi negaranya.

Lihat Facebook Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati yang dinobatkan sebagai Menteri Terbaik di Dunia. Beliau tidak otak terjajah sebab HANYA menggunakan bahasa Indonesia - bahasa milik negara bangsanya. Dan dia tetap Menteri Terbaik di Dunia.

Tidak seperti Malaysia, ramai Menteri dan Timbalan Menteri Facebook rasminya pun menggunakan bahasa rasmi China dan beridentitikan kaum melampaui identiti kebangsaan. Baru jadi ahli majlis pun mengepak angkuh dirikan papan tanda jalan pelbagai bahasa. Biadap!

Berbahas di sidang Dun dan Parlimen dalam bahasa kebangsaan pun kalah apek dan ahso jual kangkung di Pasar Pudu. Itu pun tak malu ada hati mengajar rakyat makna 'Malaysia Baru'. Itu pun bukan main galak nasihatkan orang Melayu jangan rasis.

Lebih jelek apabila ada orang politik daripada kaum Melayu sendiri asyik ingatkan Melayu jangan rasis seolah-olah rasis itu hanya sifat orang Melayu.

Rusuhan dua malam berturut-turut di kuil dekat Subang Jaya yang menyaksikan kenderaan bomba diserang dan anggota Adib cedera parah sebelum meninggal dunia selepas 21 hari bertarung nyawa, itu tidak kerana berlaku akibat sikap rasis? Asal Melayu saja serang walaupun dia anggota bomba.

Ada Ahli Parlimen kaum India nasihatkan kaum mereka supaya rasional, jangan rasis? Ada? Malah, siap salahkan polis dan sorang wakil rakyat Selangor itu lagi selamba kaitkan dengan Islam! Pendek kata, segala hal jahat, hina, buruk, hodoh, bodoh adalah Melayu dan segala berkaitan Melayu termasuk BAHASA MELAYU.

Padahal, ratusan tahun lalu bangsa Melayu terbukti sudah berakal budi tinggi, merai dan berlapang dada menerima masuk orang dan budaya asing ke wilayahnya.

Orang yang sibuk mahu sekolah guna bahasa pengantar kaum dia dengan memburuk-burukkan mutu sekolah kebangsaan itulah bapak segala rasis.

Ada kaum Melayu yang mendiami empat wilayah di selatan Thailand serta orang Tionghoa di Indonesia paksa kerajaan di negara masing-masing mengiktiraf termasuk menyalurkan dana pemerintah kepada sistem pendidikan beridentitikan kaum masing-masing? Ada?

Itu sebab orang politik yang tidak faham KENEGARAAN dan masih berkiblatkan negara China, India dan British patut malu dengan Andre Goh, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong, Prof Dr Sivamurugan Pandian dan Elizabeth Tan serta Robin Cheah (beberapa nama sebagai contoh) yang kalau kita pejam mata dengar mereka bercakap atau menyanyi tak tahu pun dia kaum apa. Itu baru betul RAKYAT MALAYSIA SEJATI yang SETIA kepada tanah air ini.

Sebab apa? Sebab mereka menjiwai di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dengan menguasai BAHASA KEBANGSAAN dan membudayakannya serta menerima SEKOLAH KEBANGSAAN. Malulah pada sesetengah orang Melayu yang Anglophile suka benar cakap bahasa terlalu banyak campur Inggeris.

Itu sebabnya adalah melampaui batas dalam acara rasmi anjuran mana-mana kementerian dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan hanya menggunakan bahasa rasmi Amerika dan bahasa rasmi Republik Rakyat China.

Status FB saya semalam itu bukanlah hanya kerana Menteri itu DAP. Ada saja pemimpin DAP yang fasih berbahasa kebangsaan seperti Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong.

Masalahnya, kalau sidang media, kerap wartawan Melayu dan bukan Melayu akan menyoal mereka dalam bahasa Inggeris seolah-olah Malaysia ini masih di bawah cengkaman penjajah British.

Tentulah kelompok wartawan itu bukan 'orang DAP'. Nampak? Itu sebab apabila kita bercakap soal pembudayaan bahasa kebangsaan, kita mesti lepaskan akal fikir daripada melihat daripada kanta sempit politik kepartian.

Letihlah kalau kita persoal hal tidak betul era Malaysia Baru, terus bertubi-tubi tepek gambar sebagai bukti bahawa zaman BN pun sudah berlaku pengabaian bahasa Melayu. Dah tu, kalau bercakap isu rasuah maka nak kaitkan juga era BN pun ada rasuah? Akal mana?

Kalau begitu, baik mula saja jauh lebih awal dari babak pembunuhan pertama dalam sejarah manusia Habil & Qabil. Orang yang simplistik beginilah musuh kepada suara masyarakat terbuka.

Jika zaman pentadbiran BN dulu, bahasa Melayu tidak diutamakan seperti martabat dan maruah yang dimilikinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, itu tidak harus menjadi alasan untuk meneruskan perlecehan sama terhadap bahasa kebangsaan.

Dulu salah, sekarang pun salah. Dulu kita sudah lama bersuara, sekarang tetap kita mesti bersuara.

Berhenti melihat isu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara bangsa Malaysia daripada kanta sempit politik kepartian. - 5 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...