Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Februari 2019

Papa Gomo Tak Serang Syed Saddiq, Ia Silap Faham Kata PDRM.

LAPORAN | Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan awal polis mendapati Exco Pemuda Umno itu tidak melakukan kesalahan serius terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dipetik sebagai berkata kejadian itu adalah satu salah faham.

“Saya lihat dakwaan ini, saya dapati tidak begitu serius sehingga berlaku pergaduhan, berlaku silap faham… berlaku sikit tarik-menarik.

“Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,”
katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Selangor kepada 318 pegawai polis pelbagai pangkat, hari ini.

Terdahulu, Papagomo ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak, kira-kira pukul 3 petang Ahad, selepas dipercayai terbabit dalam insiden serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang.

Dia ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Syed Saddiq, bahawa beliau dicekak oleh Papagomo dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way selepas insiden itu.

Bagi membalas dakwaan Syed Saddiq itu, jentera media UMNO di sosmed turut menyebarkan rakaman video yang didakwa mereka sebagai bukti yang Syed Saddiq tidak dicekak oleh Papa Gomo bagi mempertahankan tuduhan ke atas blogger itu. - 20 Februari 2019.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...