Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 Februari 2019

Kerajaan Nekad Mansuhkan Hukuman Mati Tanpa Dengar Pandangan Pelbagai Pihak Dakwa MP Ayer Hitam.

Wee Ka Siong | Menurut Lim Kit Siang, Pakatan Harapan belum lagi mencapai kata sepakat berhubung pemansuhan hukuman mati secara total. PH hanya bersepakat untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.

Tetapi pada 10 Oktober 2018, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong mengatakan bahawa Kabinet sudah membuat keputusan berhubung pemansuhkan hukuman mati ini. Rang Undang-Undang (RUU) pemansuhan hukuman mati bagi 32 kesalahan itu juga akan dibentangkan ke Parlimen yang akan bersidang pada Mac ini.




Di Parlimen tahun lepas, saya telah mencadangkan supaya memansuhkan hukuman mati mandatori tetapi dalam masa sama masih mengekalkan hukuman mati, biarlah hakim mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk menjatuh hukum berdasarkan merit kes. 


Saya juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Parlimen ditubuhkan bagi meneliti perkara ini secara mendalam. Namun yang demikian, Liew berkeras mengatakan bahawa Kabinet kekal dengan pendirian mereka memansuhkan hukuman mati ini. Katanya, hukuman mati berkenaan meliputi 32 kesalahan di bawah 8 akta, 12 daripadanya adalah hukuman mati mandatori manakala selebihnya akan ditentukan oleh hakim melalui budi bicara sama ada dijatuhi hukuman penjara atau hukuman mati.

Liew mengatakan RUU pemansuhan hukuman mati bagi 32 kesalahan akan dibentangkan pada persidangan Parlimen Mac ini. Nampaknya kerajaan Tun Dr Mahathir bertekad untuk melaksanakan pemansuhan hukuman mati ini. Saya tidak faham kenapa kerajaan enggan menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi mendengar pandangan pelbagai pihak berhubung polisi yang mustahak seperti ini.

Sedia maklum, Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh pemimpin kerajaan dan pembangkang biasanya ditubuhkan bagi meneliti isu-isu penting secara mendalam.

Kerajaan kelihatan tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa mengambil kira suara kebanyakan rakyat yang membantah. Tetapi tidak pula mengotakan janji mereka untuk menghapuskan tol.

Sejak awal, DAP dilihat terus membisu tentang isu ini. Ketika ditanya semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sebelum ini, pemimpin mereka sekadar menjawab, "Gong Xi Fa Cai!".

Sehingga kini, Lim kata Pakatan Harapan masih belum mencapai kata sepakat berhubung pemansuhan hukuman mati. Adakah beliau berpura-pura menjadi bodoh atau lidahnya kelu di atas keputusan Kabinet?

Atau sebenarnya Lim tidak layak untuk bercakap mewakili Pakatan Harapan? Begitu juga dengan kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) akan diiktiraf dalam masa 5 tahun? Adakah ia juga sekadar kata-kata kosong? - 19 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...