Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Februari 2019

Peruntukan Untuk Sekolah Cina, Menjawab Hujah Ahli Majlis DAP.

KHAIRUL AZRI | LAYAK KAH?

Saya tak nak komen dari sudut peribadi YB Teo Nie Ching sama ada dia layak atau tidak untuk menjadi TMP.

Sebab saya tak kenal beliau, walaupun sejujurnya saya ada beberapa reservation bila mengenangkan beliau sebut perkataan 'terbulu-bulu','kokulikulum' ataupun mengenangkan nyanyian beliau bertajuk 'ABCDGST' yang telah mengegarkan dewan rakyat tidak berapa lama dulu.

Cumanya berdasarkan CERTOT cik Marina Ibrahim ni, saya rasa ada beberapa kejanggalan yang perlu di'address'kan untuk pengetahuan pihak awam.

 





Berikut adalah beberapa kejanggalan dalam penulisan beliau.

1. Sebab pemberian dana SPMC/ SMPC ditentang.
Harus diketahui, masyarakat menentang pemberian dana kepada Sekolah Persendirian Menengah Cina/Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC/SMPC) bukanlah kerana ianya sekolah Cina.

Buktinya kalau kerana ianya adalah semata kerana ianya sekolah cina, sudah pastilah pemberian dana kepada SJKC/SMKJC akan ditentang juga.

Akan tetapi masyarakat menentang kerana SPMC/SMPC ini bercanggah dengan dasar pendidikan negara.

Hal ini kerana umum tahu bahawa hampir kesemua SMPC adalah tidak menggunakan silibus kebangsaan, sebaliknya menggunakan sistem UEC yang datangnya dari Taiwan.

Jadinya secara terus terang SMPC adalah bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Bahkan Menteri Pendidikan, YB Maszlee sendiri pernah berkata bahawa KPM tidak akan menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional. [1]

Tapi akhirnya u-turn sebab didesak oleh pemuda DAP [2],
dahlah tu, siap sembang bahawa peruntukan yang diberikan nak guna perbelanjaan pembangunan,/developement expenditure (DEVEX) dari MOF yang berada dibawah YB LGE, sebab masa tu panas Mybrain dibatalkan.

Tapi bila masuk bajet 2019, masuk bawah MOE jugak. [3]

Mybrain tetap tak ada. Ke ada? (UPDATE : Ada)

Maka janganlah ingat kami tak nampak. 😉

2. TARC dan UTAR dapat, kenapa New Era tak boleh?

Ya benar, TARC dan UTAR dapat masa zaman BN. Tidak dinafikan.

Cumanya, dulu masa zaman BN, sebelum TARC dan UTAR dapat apa-apa dana, pemberian tersebut dicatatkan di dalam bajet rasmi dan dibahaskan diparlimen sebelum diturunkan kepada institusi-institusi tersebut.

Dalam kes New Era ni, tidak ada langsung perbincangan dibuat, tidak ada dalam bajet, tidak ada dalam perbahasan parlimen, tiba-tiba umum dah bagi.

Lepas tu sempoi guna dana pembangunan MOF.

Malah bukan New Era saja dapat, Kolej Universiti Selatan iaitu sebuah lagi niversiti swasta Cina pun dapat

YB LGE, LKS announce dan bagi guna duit perbelanjaan pembangunan/developement expenditure(DEVEX) dari MOF ni macam duit tok nenek depa. Walhal kita tahu bahawa DEVEX ni guna untuk pembangunan.

Dan acap tahun, DEVEX nilah akan jadi sumber defisit negara. Eh bukan kata Malaysia banyak hutang? 🤭

3. Perbandingan dengan UIM.

Hello, ada ke patut nak banding UIM dengan kolej New Era yang baru setahun jagung ni.

UIM ini asalnya adalah Kolej Islam Malaya (KIM) atau lebih dikenali sebagai “Muslim College” established pada 8 April 1955.

UIM ni adalah institusi pengajian tinggi yang pertama ditubuhkan di Malaysia hasil buah fikiran majlis raja-raja pada tahun 1948, iaitu sebelum merdeka lagi.

Punya susah orang Melayu yang kutip duit donate masa tu untuk bukak KIM ni.

Kemuncaknya Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Almuadzam Shah, (Sultan Pahang) dan Almarhum Tuanku Sultan Hisamuddin (Sultan Selangor) masa tu propose kepada majlis raja-raja untuk buka KIM.

Dan tahukah anda, tapak pertama kampus UIM(KIM) ini adalah asalnya istana lama Almarhum Tuanku Sultan Hisamuddin Alam Shah di jalan Kampung Jawa, tahun 1966 baru pindah ke jalan universiti di PJ.

Tahun 1968, arwah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sendiri umumkan diparlimen Kolej Islam Malaya akan naik taraf jadi Universiti dan jadi universiti Islam pertama di Asia Tenggara, tapi sayangnya kena tangguhkan sebab nak bagi jalan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970 yang mana KIM akan diserabkan ke dalam UKM sebagai Fakulti Penyelidikan Islam.

Tapi pada persidangan kali ke 222 MRR beberapa tahun lepas, MRR telah berkenan untuk keluarkan KIM dari UKM dan bukak UIM di Cyberjaya. [4]

Now, looking at KIM/UIM rich history dan hubungannya dengan Majlis Raja-raja dan orang Melayu itu sendiri, nak banding dengan New Era College dengan Southern UC yang dengarnya kalau nak sambung ke peringkat ijazah wajib dilakukan di universiti-universiti di negara Taiwan dan China..

Jauh sekali.

4. Sekolah Melayu vs Sekolah Cina.

Hairan bin ajaib, lepas 62 tahun merdeka, baru hari ini saya tahu bahawa, Sekolah Kebangsaan, dan Sekolah Menengah Kebangsaan adalah 'Sekolah Melayu'.

Mungkin boleh tukarlah nama Sekolah Kebangsaan kepada Sekolah Melayu dan Sekolah Menengah Melayu. 🤭

Dan sekali lagi saya ingin ulang, kita tidak ada masalah dengan peruntukan kepada sekolah cina mahupun tamil jika ianya menggunakan silibus Kebangsaan yang selari dengan dasar pendidikan negara.

Buktinya ada tak masyarakat bising bila sekolah jenis kebangsaan cina/tamil ataupun SMKJ dapat dana dari kerajaan?

Tak pernah.

Dan memang bajet sekolah-sekolah ini telah diberi sejak zaman BN lagi, boleh banding bajet 2018 vs 2019 seperti dibawah [3] [5]:

Bajet 2018
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina - RM50 juta
• Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil - RM50 juta

Bajet 2019
•Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RM50 juta;
•Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta;
•Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) -RM15 juta

Oh btw, kalau cik Marina nak kata Ibu bapa 'Sekolah Melayu' berkira, saya setujulah.

Cuma cik Marina harus ingat yang bersekolah di 'Sekolah Melayu' ni bukan orang Melayu sahaja, ada India, ada Sikh, ada Iban, ada Kadazandusun, ada Murut ada macam-macam lah, oh Cina pun ada tau 😉.

Nak buat macamana rakyat Malaysia dah lama di didik, "Pendidikan itu percuma", jadi tak boleh lah salahkan diorang ni 100% jugak. haha.

Sebagai kesimpulannya,

Berdasarkan kejanggalan-kejanggalan di atas, marilah kita sama-sama lah tanya diri kita adakah YB TNC ini sebenarnya TMP untuk rakyat Malaysia, ataupun untuk sesuatu kaum sahaja.

Tepuk dada, tanya akal.

Sekian.

Rujukan:


[1] Kini Maszlee kata SMPC boleh dapat peruntukan
https://www.malaysiakini.com/news/436107

In another twist, Maszlee now says SPMC will get allocation
https://www.malaysiakini.com/news/436082

[2] DAP bidas Maszlee tak beri peruntukan pada sekolah persendirian Cina
https://malaysiakini.com/news/436007
No allocation for SPMC schools – DAP reps drub education minister
https://www.malaysiakini.com/news/435991

[3]Teks Ucapan Belanjawan 2019
http://www.treasury.gov.my/pdf/ucapan/ub19.pdf

[4]History of UIM https://www.uim.edu.my/…/about…/uim-at-glance/history-of-uim

[5]Ucapan Bajet Tahun 2018
http://www.bnm.gov.my/files/2017/Ucapan_Bajet_2018.pdf

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...