Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 Februari 2019

Lantikan Politik Di Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Dipertikaikan.

LAPORAN | Pengarah Eksekutif NGO pemerhati C4, Cynthia Gabriel mempertikaikan lantikan politik di Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Menurutnya Khalid Samad tidak sepatutnya melantik ahli politik ke jawatan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Wilayah Persekutuan sebaliknya jawatan seperti itu harus diisi oleh individu yang aktif dengan kemasyarakatan.

Cynthia mengingatkan dimana Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik ketika zaman BN dahulu terpalit dengan pelbagai urusan tanah yang meragukan.

"Ia membuka peluang kepada pegawai untuk memintas matlamat sebenar yayasan dengan (berkemungkinan) membuat pemilihan pemaju yang cenderung kepada amalan kronisme, nepotisme dan korupsi," katanya dalam kenyataan itu.

Selain itu Cynthia juga mendesak YWP untuk mendedahkan maklumat akaun dan perbelanjaan tahunannya.

"Kami menyeru semua yayasan perlu bebas dari tangan politik jika kerajaan Pakatan Harapan serius mengenai langkah reformasinya," katanya lagi. 

Berikut adalah perlantikan politik dalam Yayasan Wilayah Persekutuan;


Menteri Wilayah Persekutuan ketika ini ialah Khalid Abdul Samad merangkap Pengerusi yayasan.

Hayatul Kamil Termudi
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Khalid Abdul Samad.

Mohamad Riadz Mohamad Hashim
Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Onn Abu Bakar
Penyelaras PKR di Parlimen Sembrong

Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara Wilayah Persekutuan

Muhammad Khairil Khalid, Muhammad Khairil Khalid
Naib Pengerusi Penaja DAP cawangan USJ Taipan.

Sumber : http://yayasanwp.wixsite.com/ywp-web/ahli-lembaga-pemegang-amanah
- 19 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...