Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 Februari 2019

Kenyataan Calon PH "Menang 2hb, 3hb Selesai Masalah," Ditarikbalik.

PRK SEMENYIH | Kenyataan calon PRK Semenyih, Muhammad Aiman akan menyelesaikan masalah di Semenyih sehari selepas menang ditarikbalik. 



"Jadi dalam beberapa hari ini saya dah bertemu dengan penghulu, banyak aduan dan keluhan. Tentang jalanraya yang sempit. Jalanraya yang berlubang. Lampu jalan yang tidak menyala. Sampah sarap dan pendatang asing.

Jadi 2 haribulan kita menang, 3 haribulan saya selesaikan semua masalah," katanya dalam ceramah itu.   

Sejurus selepas membuat janji berani itu, Aiman dikecam bertubi-tubi kerana sewenang-wenang taburkan janji apatah lagi Pakatan Harapan masih gagal melaksanakan janji manifestonya.

Tindakan terlepas cakap Aiman itu kemudiannya dibetulkan oleh Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui calon mereka terlepas cakap berhubung janji menyelesaikan masalah penduduk sehari selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Beliau berkata, ini kerana Muhammad Aiman begitu bersemangat dan ghairah untuk membantu rakyat.

Katanya, beliau sendiri sudah pun menasihatkan calon PH berkenaan mengenai terlajak kata tersebut selain boleh diperbetulkan.

“Ini menunjukkan anak muda ini bukan main ghairah sekali. Sampaikan hari ini bawa, esok selesai. Jadi, saya kata tak apa lah, itu sebagai terlanjur kata, boleh kita perbetulkan.

“Apa yang penting, beliau menunjukkan minat untuk membantu rakyat Semenyih dengan isu-isu yang telah saya sebutkan semalam dengan panjang lebar yg menjadi perhatian penduduk di sini,”
jelasnya.


Selain dikritik kerana membuat janji palsu, Aiman juga dipersoalkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah pada 3 Mac memandangkan hari ahad adalah hari cuti umum di Selangor. - 23 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...