Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 18 September 2018

Shafee Abdullah Tergamak Tinggalkan Anak Guam Kerana Tak Cukup RM200,000, Namun Sanggup Bela BN Walaupun Tak Dibayar Bertahun-Tahun..

SUZANA NORLIHAN UJEN | TAN SRI SHAFEE : What goes around comes around.

Saya berada di Federal Court semasa kejadian ini berlaku. Sedih yang amat sangat...

Perayu merupakan anak muda yang telah dijatuhkan hukuman gantung bagi kesalahan di bawah s.302 Kanun Keseksaan. Lebih berat lagi apabila peguambelanya menarik diri di saat rayuannya ingin didengar oleh para hakim di Federal Court.




Ketika itu Tan Sri Shafee (TSS) tanpa rasa segan, malu dan berperikemanusian telah memaklumkan mahkamah bahawa beliau menarik diri dari mengendalikan rayuan Perayu.

Saya dimaklumkan bahawa fee beliau adalah RM1Juta. Bapa Perayu hanya mampu membayar RM800Ribu. Baki RM200 ribu masih belum mampu dijelaskan. Atas sebab itu TSS menarik diri.

Lebih malang lagi, saya dimaklumkan TSS telah menghantar ugutan melalui pesanan ringkas di telefon bimbit bapa Perayu ingin menyaman beliau bagi baki fee RM200 ribu itu.

Dari makluman, beliau juga akhirnya menghantar surat saman kepada bapa Perayu.

Apa pun Perayu masih di penjara menghadapi reality menunggu hukuman gantung yang dijatuhkan dengan harapan ada pengampunan oleh Sultan.

Juga pernah berlaku kepada keluarga seorang pesalah bagi kes s.302 Kanun Keseksaan di mana TSS memaklumkan kakak pesalah agar melantik beliau kerana beliau boleh menguruskan hakim yang mengendalikan kes itu. Ia berlaku diluar mahkamah tinggi.


Tetapi atas sebab pegangan agama yang kuat dan percaya dengan qada qadar dari Allah, kakak pesalah hanya mampu menolak dengan kata-kata di dalam hati pasti suatu hari kamu akan mendapat kafarahnya. 

Juga diugutnya dengan ugutan pesalah pasti akan kalah dan dijatuhkan hukuman gantung! Saya rasa TSS pasti ingat kata-katanya jika muka ini datang mengadap beliau ketika beliau berada di kandang OKT kan???

Apa pun tahniah pihak pendakwaan kerana berjaya membawa seorang yang zalim ke muka pengadilan. Semoga roh bapa dan nenek saya aman di sana.

Ps : Hanya peguambela yang pernah mengalami situasi mereka yang menderita sahaja akan faham. Saya bersyukur kepada Allah memberikan saya dugaan yang bukan calang-calang orang mampu menghadapinya setiap hari! - 18 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...