Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 September 2017

Mimpi Nabi Ibrahim Bisikan Syaitan, PAS Nafi Kenyataan Siti Kasim.

Oleh : HarakahDaily

DEWAN Muslimat PAS Kedah menyelar keceluparan dan kebiadapan peguam Siti Kassim yang dianggap menghina Nabi dan Rasul dengan memberi gambaran Nabi yang bersifat maksum sebagai pembohong.
Ketuanya, Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, kenyataan itu bukan sahaja mempamerkan kebodohan serta kejahilan dirinya sendiri malah membawa kepada kerosakan aqidah sebagai seorang Islam.
Gambar - Harakahdaily
"Sirah Nabi Ibrahim yang diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail bukan cerita rekaan, malah ia dirakamkan oleh Allah Taala dalam Al-Quran.
"Kalau peguam terbabit tidak mahu mempercayai Al-Quran, itu dia punya pasal tapi jangan mengeluarkan kenyataan mengheret kesesatan kepada orang lain," katanya di Alor Setar.
Siti Kassim dalam kenyataannya yang ditularkan di media sosial hari ini mendakwa mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail bukannya dari Tuhan sebaliknya bisikan syaitan.
Malah beliau juga menganggap ibadat korban yang dilakukan umat Islam pada Aidiladha merupakan perbuatan yang boleh merosakkan alam sekitar dan bukannya dari Al-Quran

Kenapa Harga Minyak Malaysia Naik Walaupun Harga Minyak Dunia Turun? Ini Penjelasan Dari Pro Najib.

Oleh : Syahir

HARGA MINYAK DUNIA TURUN, HARGA MINYAK MALAYSIA NAIK

Selepas harga RON95 meningkat sejumlah 4 sen daripada RM2.16 kepada RM2.20 liter bermula tengah malam semalam saya ada terbaca status dan tweet di Facebook dan Twitter seperti di bawah.


Di pasaran minyak antarabangsa, harga minyak mentah Brent "merosot" 19 cent kepada AS$53.19 setong, tapi di Malaysia?

Status seperti ini menunjukkan betapa rendahnya pemahaman rakyat Malaysia tentang kaedah pengiraan harga minyak runcit di sini.

Mereka membaca berita tentang harga minyak antarabangsa yang jatuh sedikit untuk satu hari kemudian membuat kesimpulan harga minyak minggu ini perlu turun.


Sudah 5 bulan harga runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan. Sepatutnya semua sudah tahu bagaimana harga runcit ini ditetapkan setiap minggu. Saya pernah tulis bagaimana harga minyak Malaysia ditetapkan di bawah Automatic Pricing Mechanism semasa harga ditetapkan secara bulanan.

Mungkin sudah tiba masanya saya terangkan bagaimana harga minyak ditetapkan secara mingguan walaupun formulanya tetap sama, untuk mengelakkan kekeliruan saya tunjuk cara pengiraannya. 


Harga runcit petrol dan diesel di Malaysia ditetapkan melalui ditetapkan secara apungan terkawal mingguan sejak 30 Mac 2017.
Harga runcit petrol ditetapkan berdasarkan komponen-komponen iaitu:

1. Produk Petroleum

Untuk RON95, MOPS95 digunakan sebagai penanda aras harga produk minyak yang telah diproses. Ianya berbeza dengan harga minyak mentah yang belum diproses. Produk petroleum seperti MOPS95 adalah lebih mahal daripada harga minyak mentah seperti minyak mentah Brent.

Data harga MOPS95 adalah data yang hanya tersedia untuk mereka yang melanggan data tersebut, bermakna orang awam tiada akses kepada data tersebut. 


Walaubagaimanapun laman web seperti Australian Institute of Petroleum ada menunjukkan secara kasar pergerakan harga MOPS95. Dengan itu anggaran sama ada harga MOPS95 naik atau turun boleh dibuat dengan melihat carta yang disediakan.

2. Tukaran Matawang

Harga MOPS95 adalah dalam US Dollar. Untuk mendapatkan harga runcit dalam Ringgit, ianya perlu ditukarkan kepada Ringgit. Saya gunakan tukaran USD/MYR yang diambil di laman web Bank Negara Malaysia setiap hari pukul 5 petang.

3. Kos dan Margin

Kerajaan menetapkan kos tetap seperti kos operasi yang terdiri daripada kos pengangkutan (hantar minyak ke stesen) dan kos pemasaran sejumlah 9.54 sen seliter. Kerajaan juga menetapkan margin kepada stesen minyak sejumlah 5 sen seliter dan kepada pengusaha stesen minyak sejumlah 12.19 sen seliter. Terdapat juga kos Alpha sejumlah 5 sen iaitu kos perbezaan di antara harga sebenar produk petroleum dan harga MOPS95 yang diterbitkan.

Jumlah kos tetap = Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat Minyak (5 sen) + Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73 sen setiap liter = 32 sen (selepas dibundarkan).

Contoh Pengiraan Harga Runcit

Saya ambil contoh harga semalam 6 September 2017. Harga MOPS95 adalah AS$71.070, tukaran USD/MYR = 4.2415.

Pertama untuk menukar harga setong kepada seliter, 71.070 perlu dibahagi dengan 158.99 (1 tong minyak = 158.99 liter minyak).

1 liter MOPS95 = 71.070/158.99 = AS$0.447

Kemudian untuk menentukan 1 liter MOPS95 dalam Ringgit perlulah didarabkan dengan tukaran matawang semalam 4.2415

1 liter MOPS95 (dalam RM) = AS$0.447 x 4.2415 = RM1.90

Untuk mendapatkan harga runcit RON95, kita tambah dengan kos tetap yang saya sebut di atas berjumlah 32 sen.

Harga Runcit RON95 pada 7 September 2017 = RM1.90 + RM0.32 = RM2.22 seliter.

RM2.22 adalah harga untuk semalam atau sehari sahaja. Di dalam penetapan harga minyak secara mingguan harga RON95 perlu dikira untuk tempoh 5 hari daripada hari Khamis sehingga hari Rabu minggu depannya (hari bekerja sahaja) kemudian dikira secara purata untuk 5 hari tersebut.

Dibawah adalah pengiraan harga minyak 2 minggu lepas dan minggu lepas.


Minggu sebelum Merdeka iaitu 24 Ogos sehingga 30 Ogos, purata harga RON95 adalah RM2.16 berbanding harga yang ditetapkan pada minggu sebelumnya iaitu RM2.15. Maka harga RON95 pun dinaikkan 1 sen. Minggu lepas (31 Ogos - 6 September) purata harga RON95 adalah RM2.22 dan harga yang ditetapkan adalah RM2.20.

Sebagai rumusan, harga runcit petrol ditetapkan dengan harga purata 5 hari sebelumnya bukan ditetapkan mengikut pergerakan harga minyak harian atau satu hari sahaja. Katakan harga minyak pada hari Rabu turun, belum tentu purata harga 5 hari lebih rendah daripada minggu sebelumnya. Kata kuncinya, harga purata.


Dan sememangnya harga runcit petrol di Malaysia mengikut trend pergerakan harga minyak antarabangsa seperti carta di atas.

Berbalik kepada isu harga minyak antarabangsa turun, harga minyak Malaysia naik. Sekali lagi kita kena ambil harga purata minggu sebelumnya (5 hari sebelumnya). Yang dilaporkan Berita Harian sebagai merosot adalah harga satu hari bukannya harga purata 5 hari.

Benar harga minyak mentah Brent "merosot" 19 sen kepada AS$53.19 setong tetapi banyak yang tak sedar harga minyak mentah Brent pada awal minggu adalah sekitar AS$52.38 bermakna hari sebelum Brent merosot 19 sen, ianya meningkat hampir 1 dollar.


Kalau harga minyak mentah turun 1 sen pun, berita akan melaporkan ia sebagai "merosot" tanpa mengambil kira harga yang meningkat lebih banyak pada hari hari sebelumnya. Ambil contoh di atas, harga Brent "merosot" 0.78% pada 4 September, tetapi hari-hari sebelumnya iaitu 31 Ogos dan 1 September ianya telah pun meningkat 2.99% dan 0.71%.

Janganlah berita melaporkan harga minyak mentah turun sehari, kita terus anggap harga runcit petrol yang ditetapkan secara mingguan kena turun. Mesti ambil kira harga purata minggu tersebut. Ini perkara asas.

Saya harap sedikit sebanyak boleh fahamkan kekeliruan harga minyak dunia turun, harga minyak Malaysia naik. Kepada yang malas membaca tulisan panjang, boleh tonton video dibawah tentang cara pengiraan harga runcit minyak di Malaysia mengikut mekanisme APM.

 


Kita kena banyak membaca supaya tidak mudah tertipu, terpedaya dan terikut-ikut dengan apa yang orang lain cakap. Tidak salah jadi skeptik sebelum hadam berita atau post yang kita baca. Biar otak lebih laju daripada jari jangan jari lebih laju daripada otak.

Selamat membaca.

Terlalu Bodohkah Ronnie Sampai Tak Tahu Beza Kuliah Agama Dengan Ceramah Politik Soal Penyokong PAS.

Oleh : Iman Asyraf
PEMIMPIN DAP KURANG AJAR GANGGU DENGAN KOMEN JELIK KULIAH TG ABDUL HADI AWANG DI MASJID RUSILA
Gambar - Penyokong PAS
1. Saya tak faham mengapa pimpinan DAP, Ronnie Liu bertindak begitu biadap sehinggakan sanggup memberikan komen jelik ketika sesi Live kuliah Dhuha TG Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila pagi semalam.
2. Pemimpin DAP sudah sampai ke tahap begitu mahukan Islam di Malaysia di rendah dan di hinakan kedudukannya. Tidak bolehkah beliau menghormati kedudukan Agama Islam yang di iktiraf di sisi Perlembagaan Persekutuan?
3. Terlalu bodoh sangatkah Ronnie Liu ini sampaikan tidak dapat di bezakan ceramah politik dan kuliah agama? Jika inilah isyarat yang di tunjukkan DAP, maka tidak hairanlah DAP kekal sebagai sebuah parti yang rasis dan anti Islam.
4. Umat Islam perlu tolak DAP, parti yang bersekongkol dengannya dan Pakatan Harapan. Satu undi untuk Pakatan Harapan, satu undi untuk penghinaan demi penghinaan terhadap umat dan Agama Islam di Malaysia.
5. Ketepikan dahulu sentimen kepartian, dahulukan kesucian Agama Islam. Satukan tekad kita bersama untuk tolak DAP dan Pakatan Harapan!

Jumaat, 8 September 2017

Dedah Rahsia, Itulah Bermulanya Hubungan Tegang Antara PAS Dan Rafizi Kata Latheefa Koya.

Oleh : Latheefa Koya

Saya cuba menahan diri dari bercakap tentang isu ini supaya tidak menjadi perhatian orang ramai namun nampaknya gaya saya tidak lagi boleh menahan sabar.

Budak lelaki itu (dipercayai ditujukan kepada Rafizi Ramli) nampaknya semakin lama semakin berpegang kepada taktikal Ponorogo dengan mengeluarkan satu demi satu kenyataan di media; yang mana secara berterusan melanggar arahan parti yang membabitkan isu disiplin dan tata tertib.


Gambar - Free Malaysia Today
Tiada mana-mana parti yang boleh bertolenrasi dengan percubaan seseorang yang sedang merosakkan imej parti dari dalam. Disebabkan itu saya kini telah pun memutuskan untuk mendedahkan beberapa perkara tentang lelaki itu yang mana kebanyakkan dari rakyat Malaysia tidak mengetahui tentang perkara tersebut. 

Episode pertama - Kajang Move (Opss, saya tidak terfikirkan pula hal itu!)

Budak lelaki geng Ponorogo ini sebenarnya seorang yang penipu! (yang suka memperdayakan orang). Ya, dia lah arkitek sebenar kepada Kajang Move yang mana cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu Ambiga sedangkan Ambiga la pihak yang menentang idea Kajang Move pada ketika itu.

Dia tidak boleh memperbodohkan saya, kerana saya berada disitu sejak dari mula lagi di sepanjang keseluruhan cerita ini.

Kenapa Kajang Move itu berlaku? Kerana dia mahu menghalang Azmin Ali yang juga seorang ADUN dari menjadi Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Kita sepatutnya boleh mengelak dari kekacauan yang maha dahsyat ini jika bukan kerana ideanya itu. Anwar juga mungkin masih bersama kita jika bukan kerana Kajang Movenya itu.

Dia dan orang kuatnya merancang keseluruhan idea Kajang Move secara rahsia tanpa penglibatan dan ataupun kelulusan dari parti. Malahan Biro Politik juga tidak mengetahui tentang hal tersebut (ketika dalam perancangan). Mereka (Rafizi dan orang-orangnya) berjaya menyakinkan Anwar dengan mempengaruhi beliau bahawanya DAP dan PAS juga bersetuju dengan keseluruhan idea Kajang Move. Sedangkan pada hakikatnya, PAS langsung tidak pernah bersetuju dengan ideanya (Kajang Move).

Orang kuatnya (dipercayai Saifuddin Nasution) telah ke Kelantan dan mengatakan telah pun mendapat persetujuan (restu) daripada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (Al Fatihah) tentang perancangannya itu - sedangkan hakikatnya apa yang Tuan Guru Nik Aziz katakan pada ketika itu ialah berikan kesemua bukti dokumentasi (salahlaku) kepada beliau untuk diteliti bagi mewajarkan tindakan memecat (buang) Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. 

Sebaliknya apa yang si pelawak (joker) dan orang kuatnya buat ialah mengadakan roadshow satu Malaysia dengan membawa dalil-dalil kenapa Tan Sri Khalid Ibrahim patut dipecat sebagai Menteri Besar Selangor. Disebabkan dalil-dalil (dokumen) itu lah akhirnya orang kuatnya disaman dan dengan tebal mukanya terpaksa memohon maaf di mahkamah.

Satu perkara yang memang pasti lagi sahih dan fakta ialah Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS tidak pernah bersetuju dengan idea itu. Apa yang budak-budak ini (sebagai balasan) buat sebaliknya mendedahkan pada PRU ke 13 dulu, Tuan Guru Hadi Awang tidak pernah bersetuju untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sebaliknya beliau mahukan Ku Li (calon) sebagai Perdana Menteri Malaysia (wakil Pakatan Rakyat). Sedangkan membocorkan rahsia seperti ini adalah tidak perlu, dan inilah permulaannya rasa kemarahan yang teramat di antara PAS (Hadi) dengan Rafizi.

Satu forum kecil diadakan di UBU - pro Kajang Move dan anti Kajang Move seperti PSM berada di dalam forum tersebut. Walaupun kami semua tidak bersetuju tetapi atas nama solidariti rakan separti, rakan seperjuangan kami kesemua hadir ke situ untuk menyokongnya (idea Rafizi). Dia tidak mampu menyakinkan hampir kesemua orang yang hadir ke forum tersebut dan mengalirkan air matanya. Selepas itu kami ke Bangsar untuk minum teh di Dev's Corner. Saya kemudiannya mengajukan soalan kepadanya (Rafizi). 

"Hey, apa yang akan berlaku jika Anwar didapati bersalah dalam kes rayuannya (perbicaraan liwat II)?".

Dia (Rafizi) kemudiannya membalas, "Opss maaf, saya tidak terfikir sampai ke situ pula," jawabnya kepada saya. Adakah beliau sekarang akan menafikan bahawanya beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada saya suatu ketika dahulu??

Pada ketika itu juga, Ambiga secara terbukanya mula mengecam idea Kajang Move, malahan bersungguh-sungguh menentangnya. Rafizi kemudiannya berpura-pura meminta maaf secara terbuka dan berjanji akan membuat penjelasan kepada orang ramai (terutamanya kepada penyokong pembangkang). 

Namun kini, semua nadanya berubah. Dia mendakwa kononnya Ambigalah yang memberikannya beberapa dokumen, seperti cuba membayangkan seolah-olah Ambiga juga terbabit dalam perancangan Kajang Movenya itu, sedangkan hakikatnya Rafizi lebih dari tahu bahawanya Ambiga bukan sahaja tidak pernah terlibat dalam idea Kajang Move bahkan langsung tidak pernah terlibat dalam sebarang urusan dalaman (PKR) ataupun ada kaitan dengan sebarang agenda parti (PKR).

Nota : Penulisan ini dialihbahasa oleh Amenoworld untuk tujuan sebaran di blog. Penulisan asal adalah dalam bahasa inggeris di facebook Latheefa Koya, peguam dan pengasas bersama LFL.

Hina Pak Jabit, Facebooker Tutup Account, Pro PH Mahu Cari & 'Ajar'.

Semalam, seorang pelakon dan pelawak veteran tanahair, Abdul Rahman Kadir atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit melalui filem komedi terkenal Hantu Kak Limah Balik Kampung disahkan meninggal dunia pada jam 7.10 pagi di sebuah klinik yang bertempat di Lanchang.

Arwah dipercayai meninggal dunia selepas mengadu sakit dada dan dibawa untuk menerima rawatan di sebuah klinik di Lanchang bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir beliau ketika menerima rawatan. Laporan juga mengatakan arwah sememangnya mempunyai masalah di jantung. 

Dikala ramai artis tanahair, peminat dan orang awam mengucapkan takziah di atas pemergian arwah, ada di antara mereka yang memilih untuk menyindir kematian tersebut.

Ianya bermula dengan sebuah account fb yang dikenali dengan nama Uwais Al Qarni yang menulis, "Khadumb pandap rupanya Pak Jabit neh, eloklah mampos," dan kemudiannya menjadi tular di laman sosial dan menimbulkan kemarahan ramai orang yang membacanya.



Individu itu kemudiannya menjadi sasaran serangan di laman sosial dan PAS turut terpalit dengan insiden berkenaan apabila ramai pihak tampil mendedahkan individu itu ialah penyokong tegar kepada parti Islam itu.


Bagaimanapun dikalangan penyokong PAS, mereka menafikan sekeras-kerasnya menyokong amalan menghina mana-mana individu yang telah meninggal dunia dan menyifatkan kemungkinan pemilik account facebook tersebut ialah account fake yang menyamar bagi mencemarkan kredibliti dan imej penyokong-penyokong PAS. 

Menulis di laman facebooknya, Penyokong PAS Kedah menyifatkan tindakan Uwais Al Qarni ialah tindakan peribadi dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan PAS. 

Akaun itu juga katanya telah pun ditutup selepas perkara berkenaan menjadi kontroversi di laman sosial.

"Alhamdulillah, akaun bernama "Uwais Al-Qarni" yang mengeji Allahyarham Pak Jabit telah ditutup.... Kepada semua rakan-rakan fb aku....mulai hari ini, kita ambik perhatian kepada mana-mana akaun yang dok buat posting yang nampak sokong PAS, tapi merosakkan PAS....perjuangan kita tak sama macam perjuangan puak2 lain.... Banyak contoh dah ditunjukkan oleh sejarah," katanya.

"Islam dikeji dan dihina bukan sebab ia agama yang hina, tapi kerana contoh yang ditunjukkan oleh pengikutnya....dunia tidak pernah kaitkan agama seseorang penjenayah jika dia bukan seorang beragama Islam, tapi seseorang pejuang yang berjuang mempertahankan diri sekalipun akan dilabelkan sebagai penjenayah, terroris dsb hanya kerana dia seorang Islam...itu sudah menjadi sunnah perjuangan," katanya lagi di status berkenaan.

"Maka begitulah halnya dengan ahli dan penyokong PAS....orang tidak akan kaitkan seorang pemaki hamun tegar dgn parti yang disokongnya kerana dia bukan seorang penyokong PAS....tapi semua orang akan kaitkan dia dgn PAS walaupun kesalahan dibuat itu bersifat individu kerana dia itu adalah sorang penyokong PAS.... 

Maka berhati-hati lah dalam sebarang tindak tanduk dan kelakuan...walaupun kita berada di pihak yang benar, ia bukan tiket utk kita bebas berbuat apa sahaja seperti memaki hamun, menghina atau mencaci sesiapa....malah dgn kebenaran yg kita pegang lah sepatutnya lebih memandu kita untuk menjadi seorang yang benar juga. Wallahua'lam....," tulisnya di akhir status.

Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati ada pihak-pihak di kalangan penyokong Pakatan Harapan mahu mencari Uwais Al Qarni disebabkan tindakan biadapnya menghina kematian Pak Jabit.


Namun tidak semua pihak bersetuju dengan tindakan mencari Uwais. Ada yang berpendapat agar tidak dipanjangkan hal ini kerana bimbang ia akan meleret kepada hal yang lain.

Individu itu juga sebenarnya menggunakan identiti palsu dengan mencuri gambar milik orang lain untuk dijadikan DP profilenya di Facebook.


Ia disahkan sendiri oleh tuan punya gambar yang bernama Ahmad Shari. Menurut Ahmad Shari, Uwais sebenarnya adalah orang Perak dan telah menggunakan gambar beliau di profilenya. Ahmad Shari adalah orang Kelantan dan mengaitkan tindakan Uwais dengan parti Amanah atau yang dipanggilnya sebagai PAN.

Sebenarnya, adalah menjadi kebiasaan ataupun trend di kalangan penyokong parti politik untuk memperlekehkan kematian musuh-musuh politik mereka di laman sosial. Ia bukan satu perkara yang baru pun. 

Tidak menyukai seseorang dan merasa 'aman' kerana seseorang itu mati bukanlah kesalahan jenayah, walaupun moralnya layak dipertikaikan namun siapa kata 'kegembiraan' meraikan kematian seseorang perlu dikongsikan di laman Facebook ataupun di media sosial? 

Pandai makan, pandailah simpan, jika 'pandai' rasa 'seronok' kerana seseorang meninggal dunia, patut pandaila juga berpura-pura sekurang-kurangnya di hadapan orang ramai. Raikan 'kegembiraan' tersebut, dalam hati. Anda selamat dari kecaman, orang pun tak mengeji-ngeji. Kan mudah.

Khamis, 7 September 2017

Saksi Mungkin Ditembak Sebagai Amaran Agar Tidak Bekerjasama Dalam Isu 1MDB Dakwa FBI.

Minggu lepas media melaporkan pemandu kepada bekas Peguam Negara cedera akibat ditembak oleh dua lelaki di halaman rumahnya sendiri di sebuah rumah teres 2 tingkat di Taman Putra Ampang pada jam 8:30 pagi hari selasa.
Mangsa yang berusia 40 tahun bernama Mustafa, dilaporkan baru diambil bekerja sebagai pemandu persendirian Gani sejak bulan Januari lalu.
 


Mangsa dilaporkan ditembak ketika membuka pintu pagar rumahnya untuk keluar.  Mangsa mendakwa 2 penembak yang menaiki sebuah motosikal itu tiba-tiba masuk ke halaman rumah mangsa dan berpura-pura bertanyakan tentang arah sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak peha mangsa dan kemudiannya bertindak melarikan diri.

Ramai percaya ia mungkin adalah sebagai amaran kepada pihak tertentu memandangkan tembakan dilakukan secara dekat dan jika mahu membunuh mangsa sudah tentu das tembakan dilepaskan ke arah kepala. 

Kes itu yang mendapat liputan media dalam negara turut mendapat perhatian dari Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) yang mendakwa kes tembakan itu adalah 
sebagai amaran kepada bekas peguam negara itu supaya tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam siasatan skandal 1MDB.
Gambar : Milo Suam

Kenyataan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) itu dipetik oleh sumber berita Bloomberg, dalam laporan berita bertajuk "1MDB Stolen Funds Witnesses are scared to talk, FBI says" (Saksi-saksi kecurian dana 1MDB takut untuk bercakap, kata FBI).


FBI turut memetik laporan-laporan berita Malaysia berkenaan pegawai-pegawai tempatan yang telah ditangkap kerana berperanan di dalam menyiasat penyelewengan dana 1MDB, dan baru-baru ini pada 30 Ogos lalu, pemandu kepada bekas Peguam Negara, telah ditembak dan cedera kemungkinan sebagai amaran kepada bekas pendakwaraya itu agar tidak bekerjasama dengan Amerika Syarikat kata FBI.

 
Sebelum ini pelbagai media tempatan pernah melaporkan bahawanya Abdul Ghani telah membuka siasatan awal terhadap 1MDB menurut fail FBI, namun beliau secara tiba-tibanya telah digantikan dengan peguam negara yang baru dalam tahun 2015, yakni Apandi Ali. 

Penamatan khidmat Ghani Patail itu turut mendapat perhatian orang ramai namun Ghani memilih untuk mengunci mulutnya dari mengulas perkara berkenaan.

Kertas pendakwaan ke atas Najib juga pernah tular di laman sosial suatu ketika dahulu namun kesahihannya tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Selain dari Ghani Patail, beberapa pemimpin kanan SPRM dan bekas Gabenor Bank Negara juga tidak disambung khidmat yang dipercayai ada kaitan dengan isu 1MDB.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...