Khamis, 7 September 2017

Saksi Mungkin Ditembak Sebagai Amaran Agar Tidak Bekerjasama Dalam Isu 1MDB Dakwa FBI.

Minggu lepas media melaporkan pemandu kepada bekas Peguam Negara cedera akibat ditembak oleh dua lelaki di halaman rumahnya sendiri di sebuah rumah teres 2 tingkat di Taman Putra Ampang pada jam 8:30 pagi hari selasa.
Mangsa yang berusia 40 tahun bernama Mustafa, dilaporkan baru diambil bekerja sebagai pemandu persendirian Gani sejak bulan Januari lalu.
 


Mangsa dilaporkan ditembak ketika membuka pintu pagar rumahnya untuk keluar.  Mangsa mendakwa 2 penembak yang menaiki sebuah motosikal itu tiba-tiba masuk ke halaman rumah mangsa dan berpura-pura bertanyakan tentang arah sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak peha mangsa dan kemudiannya bertindak melarikan diri.

Ramai percaya ia mungkin adalah sebagai amaran kepada pihak tertentu memandangkan tembakan dilakukan secara dekat dan jika mahu membunuh mangsa sudah tentu das tembakan dilepaskan ke arah kepala. 

Kes itu yang mendapat liputan media dalam negara turut mendapat perhatian dari Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) yang mendakwa kes tembakan itu adalah 
sebagai amaran kepada bekas peguam negara itu supaya tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam siasatan skandal 1MDB.
Gambar : Milo Suam

Kenyataan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) itu dipetik oleh sumber berita Bloomberg, dalam laporan berita bertajuk "1MDB Stolen Funds Witnesses are scared to talk, FBI says" (Saksi-saksi kecurian dana 1MDB takut untuk bercakap, kata FBI).


FBI turut memetik laporan-laporan berita Malaysia berkenaan pegawai-pegawai tempatan yang telah ditangkap kerana berperanan di dalam menyiasat penyelewengan dana 1MDB, dan baru-baru ini pada 30 Ogos lalu, pemandu kepada bekas Peguam Negara, telah ditembak dan cedera kemungkinan sebagai amaran kepada bekas pendakwaraya itu agar tidak bekerjasama dengan Amerika Syarikat kata FBI.

 
Sebelum ini pelbagai media tempatan pernah melaporkan bahawanya Abdul Ghani telah membuka siasatan awal terhadap 1MDB menurut fail FBI, namun beliau secara tiba-tibanya telah digantikan dengan peguam negara yang baru dalam tahun 2015, yakni Apandi Ali. 

Penamatan khidmat Ghani Patail itu turut mendapat perhatian orang ramai namun Ghani memilih untuk mengunci mulutnya dari mengulas perkara berkenaan.

Kertas pendakwaan ke atas Najib juga pernah tular di laman sosial suatu ketika dahulu namun kesahihannya tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Selain dari Ghani Patail, beberapa pemimpin kanan SPRM dan bekas Gabenor Bank Negara juga tidak disambung khidmat yang dipercayai ada kaitan dengan isu 1MDB.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...