Khamis, 7 September 2017

Hei Jamal, Serbu Judi Haram Itu Kerja Polis Bukannya PBT Kata Pemimpin UMNO,

"Jikalau hendak menyerang kerajaan negeri Selangor gunalah akal dan lebih bijak.
"Premis judi tanpa lesen yang beroperasi ini sebenarnya tidak pernah diberikan lesen oleh mana-mana pihak pun. Kebanyakan premis judi ini beroperasi secara haram.
"Pihak PBT tidak mempunyai kuasa seorang diri dalam pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga atau pun kafe siber, pihak polis juga ada di dalam jawatankuasa kelulusan lesen.
"Ini kerana pihak PDRM juga mahu memantau premis hiburan ini,” kata Ketua Penerangan Umno Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dalam satu kenyataan pada semalam. 

Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
Beliau berkata demikian kerana menyelar tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berterusan menyalahkan kerajaan Selangor dalam isu pusat judi.
Menurut Syed Rosli Syed Harman Jamalullail itu lagi, untuk melakukan serbuan terhadap sesebuah premis judi ia perlu dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bukannya PBT.
Oleh itu kata Syed Rosli, tindakan Jamal yang berterusan meletakkan kesalahan ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan lambakan pusat judi di Selangor tidak adil dan tidak tepat.
Kuasa untuk memantau atau menyerbu premis judi bukan ada pada PBT sebaliknya hanya PDRM sahaja yang boleh lakukan serbuan, siasatan dan tindakan di bawah Akta Polis kata lagi.




Sebelum ini, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah mengadakan satu sidang media bagi meluahkan perasaan marah berikutan lambakan premis judi haram yang beroperasi di sekitar Selangor.

Dalam sidang media itu juga, Jamal telah melakukan gimik pecah meja untuk menyuarakan rasa geram dan protes terhadap isu tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...