Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 September 2017

Kerugian Forex, Ia Pengakhiran Yang Menyedihkan Dalam Khidmat Saya Kata Bekas Penasihat BNM.

Oleh : Bernama

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menurut Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, 70,  bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM), dalam tempoh antara tahun 1986 sehingga 1993, memang berlaku kerugian dalam urus niaga mata wang.

Ujarnya lagi, BNM telah mempelajari dari kesilapan yang berlaku itu. Pengajaran yang pahit itu akhirnya terbukti penting dalam membantu BNM menggubal dasar-dasar untuk melindungi negara ketika Krisis Kewangan Asia 1997/1998 daripada serangan terhadap mata wang. Akhirnya negara berjaya menyelamatkan ratusan ringgit daripada krisis tersebut.

Nor Mohamed dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Jabatan Perbankan selepas dua tahun menyertai BNM pada September 1968. Katanya lagi, beliau tidak pernah pada bila-bila masa di antara tahun1986 dan 1993 ada berbincang dengan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri mengenai transaksi tukaran asing Bank Negara.

Menurutnya, beliau tidak dapat mengingati jumlah keuntungan dan kerugian dalam transaksi urus niaga mata wang pada tahun berkenaan.

“Memang tidak dinafikan. Juga tidak boleh dinafikan saya turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang. Saya terima hakikat saya turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang dan telah meletakkan jawatan daripada Bank Negara Malaysia.

“Pada ketika itu, pada saya ia merupakan pengakhiran yang menyedihkan dalam khidmat saya selama 25 tahun kepada negara, menerusi Bank Negara Malaysia,” katanya.

Kenyataan tersebut dibuat ketika beliau hadir memberi kenyataan saksi pada hari kelima prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang atau Forex ditanggung Bank Negara pada 1990-an.

Ujarnya lagi, pengalaman bertahun-tahun di unit Forex adalah perkara paling penting dan kejayaan Malaysia mengelak dari mengalami kesan krisis kewangan pada 1997/1998 adalah buktinya. Jika tidak, Malaysia mungkin menanggung kerugian bernilai berbilion ringgit.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...