Isnin, 4 September 2017

Jumlah Sebenar Jemaah Haji Malaysia - Blok Pembangkang VS Blok Kerajaan.

Ketika ini di laman sosial, netizens pro pembangkang dan kerajaan bercakaran isu jumlah sebenar kuota haji Malaysia pada tahun 2017. 
Semua ini bermula dengan laporan dari portal Berita Harian/Bernama yang memetik kenyataan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kononnya jemaah haji Malaysia pada tahun ini ialah 42,200 orang bagaimanapun hasil semakan di laman ilmfeed mendapati Malaysia tidak tersenarai dalam top ten negara jumlah jemaah haji terbanyak.

Gambar - Suara Rakyat

Lantas satu poster dibuat oleh blok pembangkang bagi mempersoalkan kebenaran di sebalik kenyataan oleh
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim itu. Dalam pada itu, blok kerajaan tampil menjawab persoalan tersebut dengan mengatakan blok pembangkang menyebarkan fitnah.

Berikut dibawah ialah jawapan dari blok kerajaan;
Menjawab Fitnah SR: Kenapa Malaysia Tidak Tersenarai 10 Negara Jumlah Haji Terbanyak?

Penjelasan:

1. Jumlah yang dipetik oleh SR adalah dari Al Jazeera. Bukan dari sumber terkini yang berautoriti Arab Saudi atau Malaysia.

2. Kuota Haji Malaysia 2013 hingga 2016 adalah 22,230 orang setahun.

3. Jumlah 42,200 adalah last min punya approval. Pada saat akhir, Raja Salman memberi kuota tambahan haji sejumlah 12,000 kepada Malaysia menjadikan total 42,200. Pertambahan sebanyak 19,920 tempat! Hampir 100 peratus dari kuota tahun - tahun sebelumnya!

4. Berita Al Jazeera bertarikh 30 Ogos 2017 manakala kenyataan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Berita Harian pula bertarikh 1 September 2017. Jadi, bagaimana Al Jazeera mahu masukkan info esok kepada poster hari ini?

5. SR tahu akan perkara ini namun mereka memilih memfitnah Tabung Haji dan sengaja memburukkan pemimpin Islam.

- Abu Aqif Al Aman -

#Khawarij
#KhawarijQadiyah
#JanganJadiKhawarij
#KhawarijAnjingNeraka
Bagaimanapun semakan kami di laman berita Astro Awani pula mendapati Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah membuat kenyataan bahawanya jumlah jemaah haji Malaysia di Mekah kini ialah 31,300 orang. Tidak seperti laporan dari Bernama dan lain-lain portal. Mengapa wujudnya perbezaan dari segi angka-angka ini?

Lihat berita yang kami baca di bawah ini;


Sebenarnya ia adalah perkara biasa jika mana-mana media tersalah quote nombor atau ada mana-mana pihak tersalah melaporkan info. 
Dalam membincangkan hal mengenai kuota jemaah Tabung Haji ia bukanlah isu yang perlu diberikan penekanan oleh masyarakat kerana ia bukan isu korupsi pun sampai nak perbesarkan hal remeh tetapi oleh kerana ada sesetengah pihak sedang mempolitikkan perkara ini.

Ahhh, jemaah haji tahun ini ramai sebab jasa pemimpin blablabla.. maka ia memberikan bayangan kau patut undi blablablabla..

Ahhh lihatlah kita berjumpa dengan pemimpin Arab blablablab hasilnya bertambahlah kuota jemaah haji blablablabla maka kau (rakyat) dah patut faham-faham sendirilah apa yang perlu dipangkah nanti blablalabla..

Laporan-laporan media oleh pihak tertentu sedang membayangkan ataupun mendorong ataupun sedang menyerap persepsi tertentu secara politik..

Jadi tak aneh la kalau sesetengahnya merasakan kita perlu jelas dengan jumlah sebenar kuota jemaah haji pada tahun ini. Tak perlu la serapkan propaganda terutamanya berbaur agama. 
Setakat ini, secara rasminya dari kenyataan oleh Pengerusi Tabung Haji sendiri, jumlah jemaah haji Malaysia ialah 31,300 orang sepertimana yang dilaporkan oleh Awani. Dan 42,200 oleh Bernama. Mana satu yang benar? Tunggu tuan punya badan yang keluarkan nombor tu bagi kenyataan.
Sekian. 

Rujukan ; 



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...