Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Mac 2017

Siapa Kata Mahathir Buat Pembangunan Tidak Menyusahkan Rakyat, Yang Bayar 2 Billion Setahun Sewa Putrajaya Tu Apa Soal Portal UMNO

Oleh : Ab Jalil Backer (Mykmu)

Kenapa Mahathir Boleh Bangunkan Negara Tanpa GST dan Hutang Tinggi? 

Najib Razak bina infrastruktur seperti MRT, Lebuh Raya Pan Borneo, keretapi pantai timur dan sambungan LRT melalui pinjaman langsung kerajaan. Tiada lagi perjanjian konsesi yang menindas rakyat dan menguntungkan kapitalis secara berleluasa. Maka hutang kerajaan pun meningkat. 

Mahathir
Gambar Google : Mahathir.
Tapi kita tahu berapa perlu bayar dan tidak terdedah dengan ancaman kapitalis mahu menaikkan harga menjelang pilihan raya atau perjanjian konsesi berat sebelah. Ya, atas kertas kerajaan Zaman Mahathir tidak banyak berhutang secara langsung. 

Mahathir bina semua Lebuh Raya, Putrajaya, LRT, ERL melalui "public–private partnerships" atau "private finance initiative" (PFI). Jadi kerajaan tidak ada apa-apa hutang. Sebaliknya, syarikat konsesi dibenarkan memerah rakyat sesuka hati. 

Jika mereka gagal perah rakyat melalui kenaikan tambang dan tol, mereka boleh perah duit kerajaan. Kerajaan mesti bayar kepada mereka. 

Mahathir reka perjanjian yang akan meningkatkan jumlah pampasan pada masa hadapan. Itulah yang terjadi sekarang. Mahathir benarkan tuntutan kenaikan yang tidak munasabah kepada kemampuan rakyat. 

Apabila menjadi isu politik maka kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada pemilik konsesi. Kerajaan telah membayar RM 4 bilion pampasan kepada syarikat konsesi tol sahaja sejak 15 tahun lalu. 

Sistem LRT projek Star dan Putra LRT diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), masing-masing dengan kos RM3.3 bilion dan RM4.5 billion. 

RM 7.8 bilion ini kerajaan beli tunai? Ini kena hutang yang hanya muncul selepas Mahathir bersara. Jadi hutang makin bertambah kerana Mahathir terlampau cerdik tidak mahu kerajaan berhutang tetapi membenarkan swasta berhutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi. 

Bila rugi atau lingkup kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang lebih besar dari kos pembinaan untuk menyelamatkan projek-projek infra ini. 

Jadi di mana logiknya Mahathir buat pembangunan tidak menyusahkan rakyat, tidak perlu kutip GST dan tidak berhutang? 

Sekarang juga Kerajaan Persekutuan perlu membayar sewa Putrajaya hampir RM 2 bilion setahun. Kerajaan sekarang menanggung kos pampasan RM 2.9 bilion apabila menghalang ERL milik kroni Mahathir, YTL menaikkan kadar tambang. 

Tahukah anda selain itu ERL juga mendapat RM 5 setiap kali pengguna KLIA membayar cukai lapangan terbang? 

Ya memang Mahathir boleh bangunkan negara ini tanpa GST kerana beliau bangunkan negara dengan cara kita sekarang kena bayar pampasan berbilion ringgit. 

Dia bukan peduli apa hendak jadi pada masa depan. Janji dia boleh kaut dan nampak hebat dalam sejarah.

(Ini adalah respon saya kepada jawapan melalut penyokong Mahathir dalam entri sebelum ini: https://www.facebook.com/Jalil.backer/posts/10212359107153154)

Jumaat, 3 Mac 2017

Keterbukaan MAZA Terima Kunjungan Ustaz Khairuddin Terima Pujian Ramai Namun Debat Perlu Diteruskan Kata Netizens.

Pagi tadi facebook Ustaz Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis yang juga dikenali sebagai MAZA menarik perhatian ramai pihak terutamanya golongan muslim.

Ini berikutan MAZA berkongsikan beberapa gambar yang memaparkan kunjungan Ustaz Khairuddin At Takiri ke rumahnya di Kangar.

MAZA turut menulis, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Khairuddin atas ziarah ukhuwwah tersebut dan berbincang selama 2 jam secara hormoni dan cuba memahami sudut pandangan masing-masing.

"Beliau datang sendirian dari jauh atas persahabatan antara kami. 

Selama 2 jam kami berbincang penuh harmoni dan cuba sering memahami sudut pandang masing-masing. Selepas ziarah beliau terus berangkat pulang ke Trengganu. 

Semoga Allah memberikan keselamatan untuk perjalanannya", kata MAZA dalam status berkenaan.


Gambar Oleh MAZA.
Kunjungan itu susulan dari 'pertengkaran kecil' antara kedua-dua tokoh agamawan itu berhubung isu RUU355. 

Sebelum ini pakar hadith, Ustaz Rozaimi telah menyebarkan satu kandungan video ceramah Ustaz Khairuddin yang dikatakan mahu menyekeh kepala mufti yang tidak bersetuju dengan pindaan RUU355. 

Ramai percaya ia ditujukan kepada MAZA berikutan MAZA sebelum ini telah memperjelaskan pandangannya secara panjang lebar tentang pindaan akta RUU355.

Baca : Pros dan Cons RUU355 Oleh MAZA.

Lalu anjuran debat disarankan bagi tujuan meraikan perbezaan pendapat secara matang.

Dalam pada itu, tinjauan kami di status berkenaan mendapati ramai pihak menyatakan pujian kepada kedua-dua individu tersebut. Menurut netizens, penyokong kedua-dua pihak cuba bersikap batu api dan melaga-lagakan Ustaz Asri dan Ustaz Khairuddin apabila dengan sengaja memperbesarkan hal remeh.

Respon Netizens

"Syabas Dr. MAZA dan Ustaz Khairuddin, saling meraikan walau berbeza pandangan. Moga menjadi contoh kepada para agamawan yang lain", respon Duone Matdin.

Abu Zafirah pula berkata, "Aku dah kata, Dr. MAZA ini bagus orangnya. Satu-satunya mufti yang berani dan berterus-terang. Mufti yang lain tu lebih menjaga perut je".

"Bagus sifat YB sanggup pergi jauh beratus kilometer berukhwah demi Islam, bukannya menggunakan media untuk menjatuhkan maruah", kata Awe Pyean pula.

Namun bukan semua pihak bersetuju dengan pandangan majoriti netizens. Ada yang memberikan respon yang berbeza terhadap tindakan Ustaz Khairuddin juga. 

"Tindakan terdesak. Kerana tahu tak mampu melawan dan tidak boleh menang maka jalan selamat adalah cuba berdamai. Walaupun belum debat, PAS dah kalah 1 - 0, cubaan damai untuk menyelamatkan Hadi dari dimalukan", kata Eidesman Amrie.

"Alhamdullilah, harap-harap Dr.MAZA tidak kena sekeh", sindir Afyan Mat Rawi pula.


Meskipun kunjungan tersebut berakhir dengan perdamaian namun terdapat sesetengah pihak berpandangan perdebatan tentang RUU355 patut diteruskan bagi membentuk pembudayaan ilmu secara matang, perbezaan pendapat secara sihat. 

Bagi mereka, adalah lebih baik pihak yang menentang dan menyokong pindaan RUU355 dapat duduk sepentas dan menyuarakan pandangan masing-masing untuk dinilai masyarakat awam. Anda, bagaimana pula? Setuju atau tidak wancana tentang RUU355 diteruskan?

Khamis, 2 Mac 2017

Gambar-Gambar Nik Amar Rasmi OBJ Trading - Nik Amar Nafi Terlibat Soalnya Kenapa TMB Pun Boleh Kena Tipu?

Lebih dari 1,000 orang telah ditipu.

Perniagaan OBJ Trading dan Nik Amar menjadi kontroversi dalam 3,4 hari ini berikutan tentang satu kes penipuan yang membabitkan wang pelaburan dari orang ramai.

Kenapa kecoh-kecoh?

Kes ini bermula apabila perniagaan OBJ Trading menutup operasi perniagaannya secara tiba-tiba tanpa sebarang makluman kepada kakitangan syarikat (pekerja) dan juga para pelanggannya.

Rentetan dari sikap tidak bertanggungjawab pemilik perniagaan tersebut, orang ramai mula menyerang premis perniagaan itu pada akhir Februari lepas.

Info yang kami terima dari PSM Kelantan, seramai 40 orang pekerja OBJ Trading telah membuat laporan secara beramai-ramai di Jabatan Buruh Tenaga Kerja Kelantan pada 27 Februari yang lepas.

Ini kerana OBJ Trading tidak menjelaskan baki gaji tertunggak selepas operasi perniagaan ditamatkan. Pekerja yang menuntut bayaran gaji termasuk upah lebih masa melibatkan seramai 150 orang. Turut dimaklumkan kebanyakan dari mereka tidak menerima gaji bermula Januari 2017 yang lepas.

Dalam pada itu, wakil Jawatankuasa Bertindak Pekerja OBJ Teraniaya, Encik Muhd Basri Aziz berkata, tindakan pemilik yang menutup operasi perniagaan secara tiba-tiba menyebabkan pekerja terpaksa berhadapan dengan kemarahan pelanggan apabila dituduh bersubahat dengan pemilik syarikat bagi menipu wang pelanggan. Sedangkan pekerja turut sama menjadi mangsa penipuan pemilik syarikat. Oleh itu Jawatankuasa berharap agar pelanggan tidak menyalahkan pekerja dalam hal ini memandangkan kedua-dua kumpulan adalah mangsa keadaan.

Pemilik OBJ Trading ahli PAS tetapi tiada kaitan dengan PAS.

Turut tersebar dakwaan yang mengatakan OBJ Trading dimiliki oleh ahli PAS namun hasil semakan kami perniagaan tersebut sama sekali tiada kaitan dengan parti Islam itu. 

Bagaimana nama Nik Amar boleh dikaitkan dengan OBJ Trading?

Berikut dibawah adalah gambar-gambar perasmian dan pembukaan pejabat urusan OBJ Trading yang diadakan pada 31 December 2016 yang lepas.






Gambar-gambar ini diperolehi oleh pihak kami ketika meninjau laman FB OBJ Trading. Merasmikan pejabat urusan pada akhir december 2016, menutup premis perniagaan pada hujung februari 2017. Beroperasi tak sampai pun 2 bulan ye?

Individu dakwa melabur kerana program dirasmikan oleh Nik Amar




Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan. Apabila satu-satu syarikat dirasmikan oleh orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan sudah tentu la secara tidak langsung akan menambat kepercayaan orang ramai untuk menyakini reputasi syarikat tersebut.

Dan ini adalah respon segera Nik Amar dalam menjawab dakwaan yang timbul di laman sosial.

Sila Klik Imej Untuk Paparan Yang Lebih Jelas

Selepas membaca respon Nik Amar, harus kami kata kami kurang gemar dengan jawapan yang diberikan kepada pihak media. Bagi pihak kami, Nik Amar mendedahkan kelemahan diri dan kerajaan yang diwakilinya. Adakah Nik Amar seseorang yang mudah diperdayakan? Inila yang kami fikirkan selepas membaca respon di atas.

Nik Amar bukanlah orang biasa yang sesiapa sahaja boleh menjemputnya menghadiri satu-satu program. Bukannya kita boleh secara biasanya membuat panggilan telefon dan dapat menjemputnya terus untuk hadir!

Untuk menjemput Nik Amar menghadiri satu-satu program, sudah tentu ada protokol rasmi yang perlu dilalui memandangkan Nik Amar membawa title Timbalan Menteri Besar Kelantan. 



Oleh kerana Nik Amar menafikan mempunyai kaitan dengan OBJ Trading sudah tentu kita fikir, bagaimana orang biasa-biasa seperti pemilik OBJ Trading ini mampu mempengaruhi Nik Amar sehingga beliau menghadiri program perasmian syarikat yang menipu orang ramai. Pelik tak, pelik bukan?

Program perasmian pun biasa-biasa je tapi tak sangka sampai TMB pun kena tipu bro!
 


Berani awak jual nama Nik Amar ya, tak pasal-pasal ada yang terpedaya.

Boss OBJ Trading
Satu lagi respon Nik Amar yang membuatkan usus kami hampir terburai ialah apabila Nik Amar menasihati orang ramai jangan mempercayai sindiket penipuan seperti itu dan berhati-hati dalam membuat sebarang pekerjaan dalam mencari rezeki yang halal.


Ehsan Google
Nasihat yang baik sudah tentu kami sokong. Malangnya secara tidak langsung tindakan kita sebenar lah yang mendorong orang lain menyakini syarikat tersebut dalam menjayakan penipuannya tau. Takan ini pun orang lain nak suarakan baru Nik Amar faham, betul tak?

Bagi meredakan ketegangan, adalah lebih baik jika kita bersemuka dengan pihak yang teraniaya dan mendengar masalah dan melantik seorang wakil kerajaan negeri bagi memantau perjalanan siasatan. Dalam pada itu harus juga Nik Amar menjalankan siasatan dalaman siapakah individu yang bertanggungjawab mempengaruhi beliau untuk merasmikan satu program yang menipu wang orang ramai.

Pihak kami faham kenapa program tersebut boleh menarik perhatian kerajaan negeri. Kerana inisiatif yang ditawarkan adalah baik untuk mereka yang duduk di rumah seperti suri rumah, pelajar atau mereka yang sakit dan tidak boleh keluar bekerja malangnya kerajaan negeri harus melakukan siasatan terperinci sebelum melibatkan diri dalam program seumpamanya. 

Jika Nik Amar begitu mudah diperdayakan oleh orang awam walaupun dirinya berstatus Timbalan Menteri Besar, bagaimana pula dengan permainan penipuan kolar putih, mampukah Nik Amar menghindari dari ditipu oleh golongan korporat yang lebih licik dalam melakukan penipuan? Kami percaya rakyat Kelantan kini sudah mula memikirkan tentang persoalan tersebut.

PAS Mampu Tawan Malaysia Kata Nik Amar : Sudahkah PAS Ukur Baju Di Badannya Sendiri Soal Blogger Pro Mahathir.


Dulu Pas hanya mahu bertanding 70 kerusi Parlimen sahaja dan menyasarkan menang sekurang-kurangnya 40 daripadanya. Mereka berkeras jumlah 70 kerusi itu tidak boleh dikacau oleh sesiapa.

Dengan kemampuan menang 40 kerusi, matlamat Pas sekadar memadai mahu jadi "king maker"  atau kuasa penentu di antara BN dan Pakatan Harapan.

Itu cita-cita dulu. Sekarang cita-cita Pas jauh lebih besar lagi daripafa sekadar menjadi kuasa penentu.

Menurut Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, berdasarkan kajian, Pas kini bukan saja cerah untuk mengekalkan pemerintahan di Kelantan, bahkan tidak mustahil mampu menawan Putrajaya.

Bagi tujuan itu, Pas katanya, akan bertanding di semua kawasan Parlimen dalam PRU 14 akan datang, selain sedia bergerak sendirian serta menghadapi pertandingan lebih daripada dua penjuru.

Melalui kajian dibuat, peluang PAS cerah untuk menang bukan hanya di Kelantan, malah tidak mustahil kita akan rampas Malaysia, tambah Timbalan Menteri Besar Kelantan itu lagi.
Daripada "king maker", Pas kini ada cita-cita baru iaitu bertanding sendirian untuk menawan Putrajaya. 

Makanya, Bersatu yang masih ghairah mahu bekerjasama dengan Pas, baiklah lupakan saja hasrat itu.

Besornya cita-cita dan banyaknya modal kewangan Pas untuk bertanding di semua 222 kawasan Parlimen kali ini.

Tetapi, sebelum itu apa kata kita lihat fakta sejarah mengenai jumlah kemenangan yang mampu diraih Pas sama ada ketika bertanding sendirian atau bergabung dengan lain-lain parti.

- Pilihanraya 1974 (bergabung dengan UMNO) - 14 kerusi.

- Pilihanraya 1978 (bersendirian) - 5 kerusi.

- Pilihanraya 1982 (bersendirian) - 5 kerusi.

- Pilihanraya 1986 (bersendirian) - 1 kerusi.

- Pilihanraya 1990 (bergabung dengan Semangat 46) - 7 kerusi.

- Pilihanraya 1995 (bergabung dengan Semangat 46) - 7 kerusi.

- Pilihanraya 1999 (bergabung dalam Barisan Alternatif iaitu Pas, PKR dan DAP) - 27 kerusi.

- Pilihanraya 2004 (bergabung dalam Barisan Alternatif iaitu Pas dan PKR) - 7 kerusi.

- Pilihanraya 2008 (bergabung dalam Pakatan Rakyat iaitu Pas,PKR, DAP) - 23 kerusi.

- Pilihanraya 2013 (bergabung dalam Pakatan Rakyat  iaitu Pas,PKR, DAP) - 21 kerusi.

Berdasarkan fakta sejarah di atas, adakah Pas kuat dan menang banyak kerusi Parlimen ketika bersendirian atau sewaktu bergabung dengan parti-parti lain?

Keajaiban bagaimana yang Pas harapkan untuknya menang sekurang-kurangnya 112 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen untuk membolehkan Putrajaya dapat ditawan?

Sudahkah Pas mengukur baju di badannya sendiri?

Walaupun Dah Bagi No Akaun, Penerima BRIM Masih Diberi Baucar - Nak Kempen Politik Ya?

"Kami dah bagi no akaun bank ketika mengisi borang permohonan BRIM 2017, namun hari ini kami menerima baucar untuk hadir ke lokasi tertentu bagi mengambil BRIM".

Itulah aduan yang diterima oleh wakil rakyat pembangkang dari parti DAP, Thomas Su. Thomas Su ialah ahli parlimen bagi kawasan Ipoh Timur.

Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen berkenaan di facebooknya dengan berkongsikan gambar surat undangan ke satu majlis penyampaian baucar BRIM 2017 kepada penerima-penerima yang layak.


Dalam surat jemputan tersebut jelas tertera cop yang mewakili parti MCA di bahagian Ipoh Timur. Ia diterima oleh individu yang menyatakan dia telah mengisi borang dengan meletakkan no akaun bank jadi merasa pelik kenapa dirinya menerima surat jemputan bagi tujuan penyerahan baucar BRIM.

Selain dari individu di atas, terdapat aduan yang sama diterima oleh beberapa pihak yang lain, kata wakil rakyat itu lagi.

Menurut Thomas Su, ia mungkin satu petanda bahawanya pilihanraya semakin menghampiri.

Rabu, 1 Mac 2017

Cabaran Debat #RUU355 Telah Dihantar, Walaupun Dah Baca Mesej WhatsApp Ustaz Khairuddin Tak Respon Kenapa Agaknya?

Kenyataan Media.

Sebaran Umum & Rasmi


Sebentar tadi, saya sempat menziarahi Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut bagi menyerahkan surat Penerimaan Tawaran Dialog RUU 355 seperti yang dicabar oleh YB Dato' Dr Khairuddin al-Takiri, MP Kuala Nerus.

Setelah saya menghubungi beliau melalui aplikasi Whatsapp sebanyak dua kali, walaupun telah diterima dan dibaca (blue tick), beliau tetap tidak memberikan sebarang respon.

Bagi meneruskan usaha baik dialog ini, saya berkunjung ke Pejabat Dewan Ulama' PAS Pusat di tingkat 2 Pejabat Agung PAS.

Alhamdulillah, layanan baik dan mesra di tingkat 2 dan diterima oleh wakil pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat kerana pegawai Pejabat Dewan Ulama' PAS Pusat dimaklumkan mempunyai tugasan luar ketika kami tiba.

Inshaallah, kami menunggu jawapan YB Dato' Dr Khairuddin dalam jangka masa 5 hari dari tarikh surat ini dan kita mendoakan dialog ini akan berjaya.

Abu Hafiz Salleh Hudin
Setiausaha Agung
Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia
1 Mac 2017, Rabu

Bermula 1 Mac Tambang Teksi Johor Bharu Singapura Kini Beroperasi Menggunakan Dollar Singapore.

Terdapat satu notis yang tular di laman sosial yang kononnya dikeluarkan oleh Terminal Teksi Johor Bahru ke Singapura. 

Notis itu adalah satu makluman tentang perubahan yang akan dilakukan berhubung isu penggunaan matawang yang perlu digunakan sebagai transaksi urusniaga.


Menurut maklumat yang terpapar di notis tersebut, bermula 1 Mac 2017, tambang teksi Johor Bharu Singapura ke Rochor Singpura akan menggunakan dollar singapura iaitu nilainya SGD 12 bagi bayaran per individu ataupun penumpang akan dicaj sebanyak SGD 48 per teksi.

Baca : Jepun taknak terima penukaran duit Malaysia lah!

Pelaksanaan itu dibuat untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan perkhidmatan Teksi Johor Bharu Singapura, seperti yang dipetik dari notis tersebut. Tindakan itu juga telah dipersetujui oleh semua pemandu teksi yang berjumlah seramai 195 orang. Perkara itu juga dilaporkan di dalam pengetahuan SPAD. 

Pihak kami cuba menghubungi no yang tertera di notis tersebut untuk mendapatkan kepastian namun panggilan tidak berjawab.

Susulan dari penyebaran tersebut, ada di kalangan netizens yang membuat spekulasi tindakan tersebut berkait-rapat dengan kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia. Ada juga yang mempersoalkan rasionalnya urusniaga dalam Dollar Singapura memandangkan perkhidmatan bermula di Malaysia meskipun berakhir di Singapura.

Namun tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut atas alasan memberikan pulangan yang lebih baik kepada pemandu teksi ketika menukarkan Dollar Singapura kepada matawang Malaysia.

Baca  ini juga : Kami dilayan bagaikan pendatang.

Kemusnahan Hutan Di Kelantan Kini Dalam Bentuk Dokumentari Global.

Kisah kemusnahan hutan yang teruk di Kelantan kini dalam bentuk dokumentari yang boleh diakses oleh masyarakat global.

Rakaman Dokumentari - Sumber Channel Asia News
Laporan itu telah disediakan oleh Channel News Asia bagi memahami perjuangan Orang Asli dari Suku Temiar dan kenapa mereka melawan aktiviti pembalakan yang berlaku secara besar-besaran di Kelantan terutamanya untuk 5 tahun yang kebelakangan ini.

Dokumentari yang diberi nama Fighting For My Home (Malaysia) sepanjang 42 minit itu disiarkan dalam bahasa inggeris dan turut melaporkan Jabatan Perhutanan Kelantan tidak mengendahkan tuntutan mereka untuk melakukan temubual bagi mendapatkan respon balas pihak kerajaan negeri. 

Gua Musang Kawasan Paling Tinggi Di Kelantan - Zulhazman
Preview tentang laporan itu mula disiarkan pada 27 Februari lepas dan telah ditonton lebih dari seratus ribu kali dan sehingga artikel ini ditulis lebih dari 2,000 facebookers telah berkongsikan preview berkenaan.

Ia memaparkan kesusahan Orang Asli Temiar yang terpaksa melawan syarikat pembalak dan kerajaan negeri apabila kawasan yang terlibat dalam aktiviti pembalakan semakin meluas.

Cakap Ladang Rakyat Tapi Apa Rakyat Dapat - Rosli
Salah seorang yang ditemubual turut menyebut, aktiviti pembalakan di Kelantan bukan seperti dulu lagi. Jika dahulunya pokok ditebang akan digantikan dengan pokok baru sebelum membuka kawasan pembalakan di tempat lain namun sekarang selepas habis menebang di satu kawasan mereka menebang di kawasan yang baru pula.

Haiwan dan tumbuhan liar yang menjadi punca rezeki Orang Asli Temiar turut musnah dalam proses pembalakan tersebut. 


Mangsa Bah Kuning 2014
Dalam pada itu, terdapat pihak yang mempertikaikan kenapa kumpulan Orang Asli Temiar yang ditemubual itu bercakap elok dalam bahasa Malaysia dan tidak berpakaian. 

Dalam respon segera kepada individu yang bertanyakan soalan tersebut, Jules Ong, pengarah kepada dokumentari tersebut memaklumkan, krew produksi meminta Orang Asli Temiar bercakap dalam bahasa Malaysia kerana mereka tidak memahami jika kumpulan tersebut bercakap dalam bahasa Kelantan. 

Pakaian adat pula bertujuan untuk rakaman dokumentari. Namun masih terdapat sesetengah Orang Asli Temiar yang berpakaian adat ketika berburu meskipun tabiat berkenaan semakin kurang diamalkan kini.

Untuk menonton dokumentari penuh tentang isu berkenaan anda boleh mengaksesnya disini.

Kemusnahan Tasik Chini : Apa Yang Anda Patut Tahu Dan Kenapa Kerajaan Pahang Buat Tidak Tahu.

5 hari lepas, dalam satu laporan khas, Harian Metro ada mendedahkan kemusnahan alam sekitar yang berlaku di Tasik Chini dan kawasan persekitarannya.

Kawasan Pembalakan Di Tasik Chini
Laporan Oleh Harian Metro
Tasik Chini ialah tasik semulajadi kedua terbesar dalam negara ini selepas Tasik Bera. Ini menunjukkan betapa pentingnya ia sebagai khazanah alam yang patut dipelihara.

Dalam laporan itu, ia menyebut saiz Tasik Chini semakin mengecil dan sedang menunggu masa untuk menjadi kering jika pemendapan dasar tasik terus berlaku. Sebelum ini Tasik Chini berhadapan dengan masalah air yang keruh dan kemusnahan habitat teratai yang sering tumbuh mekar di sekitar tasik itu berikutan kegiatan pembalakan dan perlombongan yang tidak terkawal.

Berikut ialah kronologi bagaimana aduan demi aduan, desakan demi desakan dibuat kepada pihak berkuasa dan kerajaan negeri namun ianya tidak dipedulikan sehingga sekarang walaupun keadaan Tasik Chini semakin memburuk. 

Siapakah dibelakang aktiviti pembalakan dan perlombongan sehingga tiada satu pun pihak berani mengambil tindakan tegas? Anda fikirkan.

1. Kajian Mendedahkan Ancaman Kemusnahan Tasik Chini

Pada Ogos 2012, satu laporan diterbitkan bagi memberi peringatan kepada kerajaan tentang ancaman yang dihadapi oleh Tasik Chini kesan daripada aktiviti perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal.

Peringatan itu disusuli dengan amaran bahaya yang dihadapi oleh Tasik Chini iaitu ia akan mengalami kemusnahan dan lenyap menjelang tahun 2030.

2. PAS Mohon Kawal Kemusnahan Tasik Chini

Pada Ogos 2012, Harakah melaporkan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesakan satu langkah pengawalan diambil bagi menghalang aktiviti pembalakan dan perlombongan memusnahkan kawasan Tasik Chini.

Selain dari kawasan pelancongan, Tasik Chini juga kawasan tempat tinggal bagi 1,000 penduduk Orang Asli. Berikutan aktiviti pembalakan, sumber air mereka tercemar.

Rujuk : http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2012/8/44319/tasik-chini-mungkin-musnah-lebih-cepat-lagi.html

3. MB Pahang kata komited nak pelihara Tasik Chini

Pada tahun yang sama, kerajaan negeri Pahang dilaporkan komited bagi memelihara Tasik Chini dari kesan pencemaran. Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob juga dilaporkan berkata keadaan di Tasik Chini tidaklah seteruk seperti yang dilaporkan. Kepekatan logam yang didapati dari air tasik berkenaan adalah kerana faktor semulajadi dan bukan kesan daripada aktiviti perlombongan.

Rujuk : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/532-2012-08/13843-16-ogos-pahang-komited-mahu-tasik-chini-terus-dipulihara.html

4. Tinjauan mendapati kawasan sekitar Tasik Chini teruk tercemar - 2014

Pada tahun 2014, sekitar bulan November satu lagi laporan khas berkaitan kemusnahan alam di Tasik Chini dilaporkan. Kali ini kajian disiarkan menerusi laporan edisi khas Utusan Malaysia. 
Anak-Anak Orang Asli - Tasik Chini, Gambar Bernama

Kajian itu menyebut, kerosakan alam sekitar di kawasan Tasik Chini semakin teruk. Bukit-bukit banyak yang gondol kesan dari aktiviti pembalakan. Air tasik yang kebiruan juga bertukar menjadi keruh dengan perubahan warna. Keadaan itu akan semakin memburuk apabila tiba musim tengkujuh. Penduduk juga bimbang dengan hakisan yang berlaku di tebing tasik. Hampir keseluruhan ekosistemnya telah berubah berikutan kesan pencemaran.

Antara kandungan laporan oleh Utusan Malaysia pada 24 November 2014.



Rujuk : http://m.utusan.com.my/berita/nasional/persekitaran-tasik-rakus-diteroka-aktiviti-lombong-balak-ladang-1.28601

5. ADUN kata Tasik Chini perlu diperbadankan untuk kawal kerosakannya.

Susulan dari pendedahan yang dibuat oleh wartawan Utusan Malaysia, Datuk Abu Bakar Harun, ADUN Chini dalam respon segeranya berkata Tasik Chini perlu diperbadankan bagi memudahkan proses pemuliharaan.

Cadangan yang dibuat pada tahun 2014 ini menyatakan, Tasik Chini akan kembali pulih dengan kerjasama semua pihak dan beberapa penambahbaikan akan dilakukan selepas ini.

Rujuk : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tasik-chini-perlu-diperbadankan-1.29307

6. Air Tasik Chini berlumpur, kawasan bukit bergondol

Pada awal tahun 2015, Presiden Sahabat Alam Sekitar, Datuk Abdul Malek Yusof berkata air Tasik Chini kini mulai berlumpur. Ianya berpunca dari aktiviti pembalakan di kawasan berdekatan.

Empangan Tasik Chini
Air Ke Empangan Chini Kini Keruh, Gambar Sinar Harian

Dalam satu lawatan yang dilakukan bagi meninjau sendiri keadaan pencemaran di Tasik Chini, Datuk Abdul Malek berkata, terdapat kawasan bukit yang gondol kerana tiadanya aktiviti penanaman semula. Malahan katanya, ada risiko tinggi berlakunya banjir jika lumpur berterusan memenuhi dasar tasik.

Rujuk :  http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/pahang/ngo-kemusnahan-alam-punca-bencana-banjir-1.349864

7. Selepas hampir 2 tahun, janji tinggal janji

Sekali lagi pada awal tahun 2017, aktivis alam sekitar terpaksa membangkitkan masalah yang sama tentang Tasik Chini.

Ini berlaku kerana kegagalan kerajaan menanggani isu pencemaran dan aktiviti pembalakan di kawasan sekitar Tasik Chini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PEKA, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil, terdapat aktiviti pembalakan yang berlaku di Tasik Chini meskipun telah dinafikan oleh pihak kerajaan.

Semasa melakukan tinjauan, PEKA melihat tidak kurang dari 3 lori yang sarat membawa muatan kayu kayan yang mengesahkan wujudnya aktiviti pembalakan. Malahan terdapat sebuah lombong besi yang masih beroperasi.

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/selamatkan-tasik-chini-1.635312

8. Menteri kata tiada aktiviti pembalakan di Tasik Chini la!

Sebelum ini semasa portal Harian Metro mendedahkan kemusnahan teruk yang berlaku di Tasik Chini, Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar menafikan berlakunya aktiviti pembalakan di kawasan berhampiran Tasik Chini. Pendedahan portal Harian Metro juga tidak mencerminkan keadaan sebenar di Tasik Chini.

Rujuk :  http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1332839

Untuk itu, kami melakukan semakan di Google Earth bagi merungkai kebenaran kenyataan menteri berkenaan.


Kelihatan wujudnya aktiviti pembalakan di kawasan utara Tasik Chini. Kami tidak pasti kenapa menteri menafikan laporan tersebut.

Gambar ini juga menjawab tuduhan sesetengah pihak bahawanya kemusnahan alam di Tasik Chini bukanlah andaian semata-mata. Sesetengah pelancong tidak pergi ke kawasan yang terjejas dengan aktiviti pembalakan dan beranggapan aktiviti pembalakan tidak wujud di kawasan berhampiran Tasik Chini.

Pada pandangan kami, menteri seharusnya turun padang dan meninjau lokasi yang terjejas dengan lebih dekat. Dan memperluaskan lagi kawasan perhutanan yang diwartakan sebagai hutan simpan bagi melindungi kepentingan Tasik Chini. 

Kami akhiri laporan ini dengan harapan agar pihak kerajaan lakukan sesuatu sebelum ia benar-benar hilang dari pandangan kita.  

Tasik Chini ada potensi yang sangat hebat sebagai produk pelancongan bertaraf dunia jika kita pandai memanfaatkan kelebihan yang terdapat padanya. Hutan, sungai, tasik semulajadi bukanlah sesuatu yang mampu kita ganti sama seperti mana yang Tuhan ciptakan. Jangan biar kecuaian dan ketidakpedulian kita membunuh satu lagi nyawa 'alam semulajadi'. Fikirkan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...