Isnin, 27 Februari 2017

AJK PAS Perak, Ahli UMNO Ditahan Reman 3 Hari Kerana Mempersoalkan Isu Kemalangan Maut 8 Geng Basikal.

Polis pada semalam telah menahan dua individu di dua lokasi yang berbeza berikutan individu-individu tersebut mengeluarkan kenyataan berhubung isu kemalangan yang membabitkan pemandu Nissan Almera dan 8 geng basikal di laman sosial. 

Kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai jelik dan fitnah oleh polis dan mereka berdua akan direman selama 3 hari dan disiasat dibawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia juga dibawah seksyen 500 Kanun Keseksaan. Seksyen 500 Kanun Keseksaan ialah kesalahan yang dikaitkan dengan perbuatan fitnah jenayah.

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung penahanan tersebut;


Dalam pada itu, kami menerima maklumat berhubung identiti kedua-dua individu yang ditahan itu. Salah seorang daripadanya ialah Zaharin Mohd Yasin, pemimpin UMNO di Bandar Tun Razak.



Yang pihak kami percaya ada kaitan dengan status yang ditulisnya seperti dibawah ini;



Manakala salah seorang yang lain pula dikenalpasti sebagai Tuan Haji Surur, AJK PAS Kawasan Tambun Perak berdasarkan sebaran berikut;



Tuan Haji Surur disiasat kerana telah berkongsikan satu post oleh individu yang mengajak kepada perhimpunan di Istana Johor bagi merayu kepada pihak istana untuk campurtangan isu kemalangan maut 8 geng basikal yang merasakan mereka teraniaya dengan siasatan insiden tersebut.

Dalam pada itu, pihak kami menerima maklumat kononnya pemandu wanita tersebut bukanlah anak VVIP seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya hanyalah seorang jurujual namun kesahihan maklumat tersebut tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini Tengku Temenggung Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim, telah mengkritik penganjuran perhimpunan oleh sekumpulan geng remaja tersebut dan menegur sesetengah pihak yang cuba menimbulkan elemen perkauman dalam kejadian malang itu.

Menurut anakanda ketiga Sultan Johor itu, pemandu kereta terbabit "lebih berhak berada di lebuh raya berkenaan" berbanding remaja berbasikal yang tidak mengenakan sebarang alat perlindungan diri. 

"Saya secara peribadi pernah berdepan dengan kanak-kanak begitu yang melintas secara berbahaya di depan kereta saya sebelum ini," katanya. 

Beliau juga menegaskan rasa simpati dan dukacita kepada keluarga mangsa kemalangan itu dan berdoa mereka tabah menghadapi ujian berkenaan. 

Namun Tunku Idris mengingatkan supaya jangan ada mana-mana pihak saling menyalahkan orang lain. 

Perhimpunan yang dianjurkan oleh sekumpulan remaja tersebut juga berakhir dengan penahanan 7 individu oleh polis trafik kira-kira jam 10 pagi semalam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...