Rabu, 1 Mac 2017

Kemusnahan Hutan Di Kelantan Kini Dalam Bentuk Dokumentari Global.

Kisah kemusnahan hutan yang teruk di Kelantan kini dalam bentuk dokumentari yang boleh diakses oleh masyarakat global.

Rakaman Dokumentari - Sumber Channel Asia News
Laporan itu telah disediakan oleh Channel News Asia bagi memahami perjuangan Orang Asli dari Suku Temiar dan kenapa mereka melawan aktiviti pembalakan yang berlaku secara besar-besaran di Kelantan terutamanya untuk 5 tahun yang kebelakangan ini.

Dokumentari yang diberi nama Fighting For My Home (Malaysia) sepanjang 42 minit itu disiarkan dalam bahasa inggeris dan turut melaporkan Jabatan Perhutanan Kelantan tidak mengendahkan tuntutan mereka untuk melakukan temubual bagi mendapatkan respon balas pihak kerajaan negeri. 

Gua Musang Kawasan Paling Tinggi Di Kelantan - Zulhazman
Preview tentang laporan itu mula disiarkan pada 27 Februari lepas dan telah ditonton lebih dari seratus ribu kali dan sehingga artikel ini ditulis lebih dari 2,000 facebookers telah berkongsikan preview berkenaan.

Ia memaparkan kesusahan Orang Asli Temiar yang terpaksa melawan syarikat pembalak dan kerajaan negeri apabila kawasan yang terlibat dalam aktiviti pembalakan semakin meluas.

Cakap Ladang Rakyat Tapi Apa Rakyat Dapat - Rosli
Salah seorang yang ditemubual turut menyebut, aktiviti pembalakan di Kelantan bukan seperti dulu lagi. Jika dahulunya pokok ditebang akan digantikan dengan pokok baru sebelum membuka kawasan pembalakan di tempat lain namun sekarang selepas habis menebang di satu kawasan mereka menebang di kawasan yang baru pula.

Haiwan dan tumbuhan liar yang menjadi punca rezeki Orang Asli Temiar turut musnah dalam proses pembalakan tersebut. 


Mangsa Bah Kuning 2014
Dalam pada itu, terdapat pihak yang mempertikaikan kenapa kumpulan Orang Asli Temiar yang ditemubual itu bercakap elok dalam bahasa Malaysia dan tidak berpakaian. 

Dalam respon segera kepada individu yang bertanyakan soalan tersebut, Jules Ong, pengarah kepada dokumentari tersebut memaklumkan, krew produksi meminta Orang Asli Temiar bercakap dalam bahasa Malaysia kerana mereka tidak memahami jika kumpulan tersebut bercakap dalam bahasa Kelantan. 

Pakaian adat pula bertujuan untuk rakaman dokumentari. Namun masih terdapat sesetengah Orang Asli Temiar yang berpakaian adat ketika berburu meskipun tabiat berkenaan semakin kurang diamalkan kini.

Untuk menonton dokumentari penuh tentang isu berkenaan anda boleh mengaksesnya disini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...