Selasa, 28 Februari 2017

Petronas Jual 50% Saham Rapid Pengerang Kepada Aramco Saudi.

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Saudi Aramco hari ini menandatangani Perjanjian Pembelian Saham (SPA) bagi penyertaan ekuiti syarikat minyak Arab Saudi itu dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, lapor Utusan Online.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin

Laporan itu menyebut, menerusi transaksi jual beli saham itu, kedua-dua syarikat akan memiliki pegangan ekuiti sama rata ke atas beberapa projek dan aset penapisan minyak, loji perekah dan kemudahan petrokimia RAPID dalam Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dengan sejumlah AS$7 bilion (RM31 bilion) bakal dijana menerusi kerjasama berkenaan.

Menurut  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, PIC merupakan salah satu projek terbesar di Asia Tenggara dan pelaburan terbesar Petronas bagi sektor hiliran.

“Perjanjian ini merupakan peristiwa bersejarah bagi industri minyak dan gas kerana dua syarikat minyak terkemuka berkongsi dalam membangunkan projek baharu bertaraf dunia.

“Perkongsian ini bakal mengukuhkan lagi kedudukan, pengalaman operasi serta prestasi kedua-dua syarikat dalam membangunkan projek-projek mega serta rangkaian komersial dalam pelbagai pasaran global,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian berakhir. 


Petikan Status Netizen Di FB
Dalam pada itu, terdapat cakap-cakap di laman sosial yang mempertikaikan perjanjian jual-beli tersebut dengan menyifatkan ia sebagai satu lagi aset negara tergadai kepada pihak luar. 

Antaranya Jamzuri Ardani yang menyatakan penjualan 50% saham Petronas kepada Saudi Aramco merupakan satu lagi episod sedih yang berlaku di negara ini apabila satu demi satu harta negara tergadai.

Semua ini berlaku kerana nak memuaskan nafsu seorang kleptorat yang tidak pernah puas katanya seperti yang dipetik di Facebooknya.

Menurutnya, jika Aramco melabur membina loji baru, ambil kontraktor tempatan, pekerja tempatan barulah boleh dianggap sedang melakukan pelaburan. Jika tidak ia merupakan satu lagi bentuk pengadaian yang membabitkan aset negara.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...