Terdahulu, Azwan Ali berjumpa dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dengan membawa bahan bukti penyelewengan Azmin namun Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menolak untuk melihatnya kerana berpendirian ianya perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Viral video dia nak jumpa saya, sebagai pemimpin kita jumpa ramai orang, jadi bila ada kenyataan daripada rakyat nak jumpa, saya tiada masalah nak jumpa dan mendengar apa yang nak disampaikan.
“Akhirnya kita dapat jumpa hari ini. Saya beritahu kalau urusan hal keluarga saya tidak dapat bantu, dia pun faham.
“Cuma dia kata ada perkara yang lebih mustahak yang mahu dikongsi. Jadi saya beritahu dia, saya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga SPRM tetapi bukan agensi yang menyiasat. Jadi saya cadangkan kepada dia untuk mengemukakan apa juga bukti yang dia ada kepada SPRM.
“Jadi dia bersetuju, saya tidak tengok. Saya tidak mahu tengok bahan bukti yang dia ada sebab saya bukan agensi yang menyiasat tetapi bila saya cadangkan dia bersetuju,” katanya kepada pemberita ketika ditanyakan tentang hal itu.
Konflik Azwan-Azmin-Ummi Hafilda kembali hangat selepas anak saudara kepada ketiga-tiga adik beradik itu ditahan SPRM disebabkan siasatan kes perlombongan pasir di Selangor.