Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 November 2017

Gara-Gara Mengunci Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Lando Disiasat Polis.

Gara-gara mengunci pagar Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling, Lando Zawawi ataupun nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi hari ini dipanggil untuk memberikan keterangan di IPD Sungai Buloh bersama beberapa rakan Brotherhood yang lain bagi membantu siasatan.

"Doakan kami bertiga dibenarkan pulang ke rumah malam ni. Wa no hal. Bini wa yang penting. Dia tengah hamil. Selebihnya kita beri kerjasama sebaiknya pada PDRM Ipd Sungai Buloh. For Our Fallen Brothers," katanya dalam kemaskini terbaru di Facebook.


Petang tadi, aktivis rakyat yang memperjuangkan masalah jalan berlubang seluruh Malaysia itu memaklumkan beliau perlu hadir untuk memberikan keterangan di IPD Sungai Buloh berikutan terdapat laporan polis yang dibuat terhadapnya. 

Laporan polis itu dibuat susulan dari tindakan Lando yang mengunci pagar pejabat Daerah dan Tanah Petaling yang terletak di Persiaran Atmosfera pada rabu lepas.

"Eleh.. sikit-sikit report polis. Sikit-sikit report polis. Ajak wa jumpa tak berani? Apasal lu tak saman wa terus? Boleh wa bukak citer apakejadahnya 6 Tahun Laluan Atmospera tu bunuh, tumbangkan, rosakkan hartabenda awam. Wa rasa polis pun boring dapat aduan lu. No hal. Wa turun bagi statement. Takyah reramai. Doakan wa dah cukup. For Our Fallen Brothers," katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Rakaman mengenai tindakan mengunci pagar pejabat Daerah Petaling itu juga disiarkan di halaman facebook Lando.



"Sebab dah 2 kali BROTHERHOOD terpaksa tutup jalan LALUAN DEPAN PEJABAT-PEJABAT TANAH DAN DAERAH PETALING (pejabat JKR & YB-YB semua dalam ni). 

Tapi korang masih tidak mampu buat tindakan positif yang pantas sampai bebankan pembayar cukai jalan. Baik takyah datang pejabat. Pi coceng puas puas. Pepandai la bukak sendiri. For Our Fallen Brothers," katanya ketika bertindak mengunci pagar tersebut. 

Aksinya itu turut mendapat sokongan netizens di laman sosial meskipun terdapat beberapa pihak yang kurang menyenangi perbuatan tersebut. 


Lando Zawawi bersama team Brotherhood yang ditubuhkan untuk memperjuangkan masalah jalanraya di Malaysia mempunyai beberapa cawangan di sekitar semenanjung.

Kumpulan ini seringkali dipuji kerana bersikap lantang dalam memperjuangkan masalah jalan berlubang sehingga memalukan pihak penguatkuasa terutamanya sekali JKR apabila pihak itu gagal menyediakan jalanraya yang selamat untuk pengguna.

Kumpulan Brotherhood ini semakin dikenali ramai apabila media dalam dan luar negara melaporkan tindakan kumpulan itu yang menurap jalanraya sendiri bagi memerli pihak kerajaan (JKR, Majlis,) dan menyelamatkan nyawa pengguna. Mereka juga membiayai sendiri kos-kos yang diperlukan tanpa menerima tajaan sesiapa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...