Rabu, 17 Mei 2017

Sepatutnya Riza Disiasat Polis Tetapi Dibawa Ke China Pula - Adakah Riza Kebal?

Pada 21 Julai 2016, portal Free Malaysia Today melaporkan bahawanya Ketua Polis Negara beri jaminan akan berusaha menjejaki Riza bagi tujuan penyiasatan yang berkaitan dengan skandal 1MDB. 


Status siasatan tentang 1MDB sebenarnya masih mengelirukan rakyat meskipun Najib dilepaskan dari sebarang pendakwaan. Oleh kerana tiada kata muktamad, maka kebanyakkannya beranggapan ia masih dalam siasatan pihak polis.

Oleh kerana itu, adalah menjadi kemusykilan rakyat apabila Riza diperlihatkan mengikuti Najib ke China yang menunjukkan Riza ada membuat 'direct contact' dengan Najib namun PDRM masih lagi belum mampu untuk memanggil Riza bagi membantu siasatan. Sedangkan dalam waktu yang sama menunjukkan Najib dan Riza ada membuat perhubungan.

Selain itu, membawa Riza ke China untuk kali kedua juga menimbulkan persoalan orang ramai. Kenapa Riza, apa peranannya dalam kerajaan, siapa tanggung kos perjalanan Riza dan kenapa dia mesti berada dalam lawatan ke China?

Riza juga dipersoalkan mengikuti rombongan itu dari mana? Adakah bermula dari Malaysia, jika dia berada di Malaysia selama ini apakah sudah dipanggil oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan? Atau sekurang-kurangnya memanggil untuk beri keterangan berkaitan siasatan DOJ ke atas aset-aset yang dimiliki oleh beliau dan kaitannya dengan Jho Low. Rakyat mahu tahu tentang hal ini.

Selain Riza, Ashman juga dibawa oleh Najib dalam rombongan kali kedua ke China.

Sumber - Ashman
Ianya jelas tertera di Instagram Ashman apabila berkongsikan satu gambar ketika beliau memakai tali tag yang tertera 'Belt & Road Forum', yang dianjurkan di Beijing, China pada Mei 2017.


Timbul persoalan tentang peranan Ashman dan Riza di dalam kerajaan Malaysia kerana selain dibawa ke Beijing, kedua-dua mereka juga dilihat hadir dalam program rasmi kerajaan Malaysia di China.


Perkara ini didedahkan oleh Khairuddin Abu Hassan, bekas pemimpin UMNO Batu Kawan yang juga orang kuat Mahathir. 

Menurut Khairuddin, Ashman dan Riza tidak sepatutnya berada di dalam taklimat kerajaan dengan kerajaan kerana mereka bukanlah pegawai kerajaan ataupun mewakili kerajaan.

Anak-anak perdana menteri tidak seharusnya berada dalam mesyuarat atau taklimat di antara kerajaan dengan kerajaan kerana mereka bukan pegawai kerajaan,” katanya.

Khairuddin turut mempersoalkan siapakah yang menanggung kos lawatan untuk membawa Riza dan Ashman menyertai rombongan Najib ke China.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...