Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Mei 2017

Bila Lebai-Lebai Yang Sokong #RUU355 Merosakkan Alam Sekitar..

Oleh : KUASA
CONTENGAN DI GUA: SATU PERBUATAN VANDALISME YANG TIDAK BERMORAL & MENCEMARKAN ALAM SEKITAR
Mungkin perbuatan conteng-menconteng ketika aktiviti mengembara ini masih ramai yang sedang praktikkan kerana kurang pengetahuan dan kesedaran kita terhadap alam. Namun tulisan ini adalah untuk mengingatkan kita sesama sendiri agar selepas ini jagalah hubungan kita dengan alam dan jangan berbuat sesuka hati kita kerana ia adalah milik kita semua.
Gambar ini kami sempat tangkap sewaktu aktiviti kembara alam #teamKUASA ke Gua Ular, Gua Angin, Gua Berlian & Gua Intan di Kampar, Perak dengan dibawa oleh pasukan ‘guide’ tempatan, iaitu orang kampung sendiri. Sesungguhnya kawasan ini amatlah indah dan tenang kerana gua-gua ini mempunyai tarikan istimewa, suasana yang cukup tenang dan cerita hikayat sejarah yang unik sekali.
Namun, ketika masuk ke dalamnya, contengan-contengan yang memaparkan nama-nama pengunjung ini cukuplah menyakitkan mata dan hati. Bak kata orang, hilang ‘feel’ dan keseronokan bila masuk tempat yang telah dicemari sebegini. Lagi mengharukan, yang terbaru ini geng-geng Surau dan pejuang agama yang sepatutnya menjadi juara akhlak & adab pula yang menconteng, lagi dahsyat daripada contengan-contengan yang lain.
Lalu bagaimana ini? Pening kepala kita. Apa yang kita hendak tunjukkan? Kemegahan atau apa? Seharusnya kembara kita menyelusuri alam adalah untuk mencari ketenangan, menginsafi kekerdilan diri serta memerhati makhluk ciptaan Ilahi yang maha Indah. Bukannya menjadikan diri kita lebih besar & agung daripadanya.
Kami harapkan kumpulan yang menconteng ini segeralah bertanggungjawab memadamkan kembali contengan anda ini. Ini terpakai juga kepada semua yang berada di tempat lain. Mungkin boleh berpakat-pakat gotong-royong, bawa waterjet (beserta generator) dan cecair peluntur yang mesra alam untuk menghilangkannya.
KUASA juga telah berbincang dgn kumpulan ‘guide’ tempatan, suatu hari nanti akan menjalankan aktiviti gotong-royong pembersihan gua ini secara berkala bersama pasukan sukarelawan & meletakkan papan tanda peraturan supaya kawasan ini terus dipelihara dan dimanfaatkan untuk semua lebih-lebih lagi untuk orang tempatan yang mampu mendapat manfaat sosioekonomi daripada eko-pelancongan di sini.
Kami mengalu-alukan sumbangan dan penyertaan anda untuk projek ini.
“LEAVE NOTHING BUT A FOOTSTEP”

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...