Ahad, 4 Disember 2016

Hadi, Bisikkan Pada Telinga Najib "Orang Berdemo Kerana Tiada Kuasa, Kalau Ada Kuasa Orang Tak Demo!".

Badut.

Baik ketua baik pengikut semuanya taraf badut.

Najib faham ke maksud berhimpun, berdemo apa bagai neh? Ini bukan berhimpun untuk berpesta atau tengok konsert tau. Ini bukan berhimpun untuk tunjuk sokongan juga. Ini berhimpun untuk memberikan satu mesej kepada kerajaan Myammar bahawanya Malaysia tidak suka langsung apa yang dia buat terhadap etnik Rohingya tau.

Malaysia tak suka, tak suka, tak suka!

Jadi Suu Kyi sila hentikan, hentikan, hentikan!

Ini sesuatu yang rakyat Malaysia mampu, boleh dan layak buat. Nak buat lebih dari ini? Boleh. Jika rakyat Malaysia ada kuasa la. Setakat taknak beri pekerjaan kepada warga Myammar, boikot kedai Myammar tu pun di bawah kemampuan rakyat Malaysia juga. Tapi sebagai rakyat kita takan boleh pergi lebih jauh dari ini sebab kemampuan kita sangat terbatas.

Pagi tadi, berlangsungnya satu himpunan. Atas tajuk membela keganasan yang dilakukan oleh Myammar terhadap etnik Rohingya.

Matlamat perhimpunan tu okay.
Tetapi pelik bin ajaib bila perhimpunan itu turut disertai oleh Najib Razak. Bahkan sebelum hari perhimpunan itu berlangsung beberapa sebaran poster turut memaparkan Najib Razak akan hadiri perhimpunan itu. Seolah-olah macam dia yang lead himpunan tersebut bersama watak pembantu Hadi Awang.

Kejap lagi kita sembang bab TGHH.
Kita focus bab Najib dulu.



** Mimik muka Tuan Ibrahim Tuan Man yang nampak semacam blur semacam berfikir. Kenapa aku berada disini? Disebelah pemimpin UMNO? Kenapa mesti aku hadir? Adakah nak mengelakkan tanggapan umum yang PAS berpecah kepada dua fraction? 

Siapakah Najib?

Najib ialah Perdana Menteri Malaysia - Adakah sesiapa di Malaysia tidak tahu tentang ini? Nope, mustahil. Okey fine, jadi semua jelas bahawanya Najib = PM, kan?

Adakah sesiapa di Myammar tidak tahu yang Najib ialah PM Malaysia? Fine, mungkin. Ada kebarangkalian sesetengah warga Myammar mungkin tidak mengetahui siapa PM Malaysia.

Itu tidak mustahil. At least, geng-geng sami yang pro penghapusan etnik Rohingya tidakla terlalu buta politik.



**Protes oleh geng sami di hadapan kedutaan Malaysia di Myammar yang membidas Najib agar jangan menyibuk dalam urusan kerajaan Myammar tanggani isu etnik Rohingya.

Oleh kerana Najib ialah PM maka semua tahu yang Najib ada kuasa dalam pentadbiran kerajaan. Ya, kuasa. Kuasa yang mana dia boleh gunakan untuk mendesak kerajaan Myammar agar selesaikan isu dalaman negara mereka tanpa menyusahkan Malaysia sebagai negara jiran.

Apa yang Najib boleh buat antaranya?

Tubuhkan satu jawatankuasa. Separuh dari ahlinya ialah kerajaan Myammar. Kenapa jawatankuasa neh? Kenapa, kenapa?

Kita nak bagi Myammar tahu bahawanya konflik dalaman mereka telah menyusahkan rakyat Malaysia dan negara Malaysia samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Sebab tu kita panggil dorang. Kau lai lai lai. Mari kita buka satu siasatan dan kajian. Kau sebahagian dari team neh so ko jangan nak tuduh aku tipu dan propa pula ek.

Tengoklah macam mana kebanjiran warga kau di Malaysia memberikan effect kepada kerajaan kami.

Secara langsungnya kerajaan kena keluarkan peruntukan untuk tanggani, tanggung dan selesaikan masalah pelarian dan PATI.

Malaysia memang ada banyak duit. Tetapi tak bermaksud kami perlu belanjakan ke atas kamu. Dengan rakyat kami pun kami kedekut, apetah lagi dengan kamu yang bukan wahai Myammarians.

Secara tak langsung, rakyat Malaysia terjejas. Ada banyak PATI. PADI. Kerajaan mahsuhkan subsidi itu subsidi ini. Bukan orang Malaysia je beli gula, tepung, minyak dan sebagainya. 

Dorang pun beli. Dapat dengan harga subsidi sebab subsidi pukal. Jumlah yang perlu kerajaan keluarkan setiap tahun semakin banyak. Akhirnya kami pukul rata. Miskin tak miskin, warga tak warga, aku mahsuhkan subsidi. Padan muka korang.

Nampak?

Kesan tu. Kesan bila Myammar tak selesaikan masalah dia dengan betul, efektif dan tepat, dia menyusahkan jiran dia. Dia mengheret jiran dia. Habis kajian, bentang, cari solusi, bentuk persefahaman dengan Myammar, kau nak selesaikan macam mana, supaya tak mengheret Malaysia dalam konflik dalaman korang, dalam pada itu jangan mempromosikan kekerasan dan keganasan sebagai cara penyelesaian masalah. Kerana kami bangsa bertamadun. Gunakan otak, selesaikan masalah.

Ini, Najib boleh buat. Sebab apa? Sebab dia ada kuasa.

Taknak cara neh?
Hantar memo la.
Bukan suruh hantar tentera dan berperang.
Bukan nak tambah kusut masalah pun.
Relax la.
  
Buat surat rasmi ke kerajaan Myammar.
Bagitau kenapa Malaysia perlu menyuarakan bantahan. Perkataan bantahan terlalu keras? Tukarkan kepada pandangan. Nyatakan. Konflik di sana mengheret kami langsung dan tak langsung. Bukan kami nak menyemak sangat.

Jika kami bunuh semua penganut buddha disini, adakah Myammar akan berdiam diri?

Tahukah Myammar bahawanya berlakunya beberapa pembunuhan membabitkan warga Myammar di Malaysia kerana konflik dalaman di negara Myammar?

Nampak tak macam mana masalah negara korang tu menyemak dalam negara aku? 

Cakap la macam tu Najib. Dengan Suu Kyi. Guna telefon. Dia pompuan kot. Kau anak lelaki. Ada batang. Sorry dengan bahasa aku. Tetapi betul la kan.

Aku tak faham. Kenapa penyokong-penyokong Najib masih mempertahankan tindakan Najib turun himpunan hari ini. Langsung tak masuk akal beb. 

Dan Hadi. Yes. Tuan Guru kita yang satu neh pun masalah juga. Masa dalam parlimen kau taknak sokong usul. Okey mungkin tak patut gunakan perkataan kau tetapi PAS. Kot-kot TGHH tak hadir sidang ke hari tu. Aku rasa dia keluar kot lepas bentang usul nak tangguh bahas #RUU355. Tak silap aku pada hari yang sama sebab aku tengok sidang dewan tu beb.

PAS tak sokong.
PAS tak sokong.
PAS tak sokong.

Aku pun macam.. hmm.. whatever.

Sebab apa macam pelik sikit benda neh ialah. PAS pun walaupun takde kuasa yang amat power macam Najib tetapi masih boleh gunakan sesuatu yang lebih best daripada setakat berhimpun. PAS masih boleh berhimpun. Yang berhimpun tu, solidariti dan desakan pimpinan PAS bersama-sama penyokongnya ke atas Myammar. Manakala dalam dewan, gunakan usul atau sokong usul untuk desak kerajaan do something.

Nampak?

So bila PAS berdiam dalam dewan, bukan kita tuduh tetapi pendirian tu sama macam pendirian UMNO/BN. Iaitu dorang tak amek port bab usul tentang Rohingya tu.

You know diam diri. Bila you boleh buat sesuatu, you pilih untuk berdiam diri. Agak binggung je fikir kenapa macam tu.

Tak salah pun berdemo tetapi PAS boleh gunakan dua kaedah dalam satu masa yang sama, kan?

Musuh politik? Sebab tu taknak sokong? Ikut tajuk takmo? Pukul rata?

Fine.

UMNO pun musuh politik PAS kan. Tak pukul rata pun? Reti plak ikut tajuk, why?

Lalalalala..

Bukan nak cari gaduh. Relax. Aku sebenarnya taknak mencari gaduh pun dengan mana-mana penganut politik neh. Cuma nak menyatakan bahawanya permainan propaganda pemimpin atasan dalam partisan tu kalau boleh jangan ikut.

Bukan semua tindakan dorang tu betul dan tepat mengikut keadaan. Hanya kerana dia pemimpin, itu tak menjadikan kesemua keputusan dan tindakan mereka betul.

Ada masa-masanya mereka akan tersalah. Dan ketika tersalah itulah, korang sebagai penyokong setia kononnya, betulkan.

Bila korang membela dan sokong secara taksub. Ingat, korang bukannya membantu tetapi merosakkan pemimpin korang. Sepatutnya masa ini adalah masa penyokong2 PAS pegang Hadi kuat-kuat, erat-erat, rapat-rapat, tarik jauh-jauh dari perangkap yang UMNO sediakan supaya dia tak membawa PAS tenggelam bersama, tetapi sayangnya, penyokong-penyokong Hadi tolong tolak dia ke depan dan ke depan supaya dia terlajak dan jauh. 

Selama mana kau semua fikir Tuan Ibrahim Tuan Man boleh bertahan? Dia pun ada limitnya. Kuasa dia bukan begitu kuat. Dia pun tak mampu kawal semua. Penyokong PAS, dengar nasihat aku. Korang tak perlu bersama PH pun untuk menjadi pembangkang yang baik. Cukup, jangan bersama UMNO. Fahamila.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...