Selasa, 6 Disember 2016

Najib Sibuk Isu Rohingya Sebab Nak Tutup Skandal Korupsi, 1MDB Lapor Portal Myammar. - Memalukan!

Suu Kyi hadapi cabaran getir dalam menyelesaikan masalah di Arakan. Lapor portal Myammar - The Irrawaddy.

Aung San Suu Kyi dalam usaha menyelesaikan konflik di wilayah Arakan. Dengan kuasa yang terhad, dia perlukan masa bagi menyelesaikan masalah, dia bukan malaikat, dia manusia dan buat kesilapan.

Suu Kyi sebelum ini mengumumkan masalah di Arakan menjadi keutamaan dan melantik Kofi Annan bagi mengetuai Jawatankuasa Penasihat antara langkah yang dilakukan bagi menyelesaikan konflik di wilayah berkenaan meskipun mendapat tentangan dari Tentera Myammar dan pengubal undang-undang di negara berkenaan kerana melantik orang luar bagi menyelesaikan isu.

Suu Kyi perlu kekal bertenang kerana sebaik sahaja dia buka mulut (bertegas) sudah tentu dia tidak akan mendapat apa-apa kemenangan dari tindakan tersebut.

Sebelum ini ahli-ahli politik di Myammar berulang kali menolak cara Kaunselor Negara menguruskan masalah di Arakan. 

Sekurang-kurangnya Suu Kyi mengakui wujudnya masalah di wilayah bergolak itu berbanding rejim terdahulu yang langsung tidak mengambil peduli, lapor portal itu lagi.

Dalam membela Suu Kyi, penulis juga mengkritik Najib. Dengan cara yang kita sebagai rakyat Malaysia langsung tak mampu nak buka mulut untuk membela Najib. Ya, itulah yang berlaku. Mereka kutuk-kutuk, sindir-sindir, perlekehkan dan mengejek PM Malaysia dalam keadaan kita langsung tak mampu nak membalas kritikan tersebut sebab kritikan mereka itu benar dan ada asasnya.

Portal itu menyebut, Najib seperti ramainya pemimpin-pemimpin Asia yang lain bukanlah pejuang hak asasi kemanusiaan sebaliknya ada seseorang yang tercemar dengan krisis korupsi dan rasuah.

Mungkin sebagai muslim dia mempunyai rasa simpati terhadap apa yang berlaku di wilayah Arakan namun ia lebih disyaki Najib sebenarnya mempunyai agenda peribadi (disyaki? well The Irrawaddy, Najib memang berpropaganda okay, bukan disyaki lagi dah!).

Najib berhadapan dengan krisis politik di negaranya dalam pertuduhan bahawa dia mungkin telah menyeleweng dana sebanyak USD1b termasuklah dana pelaburan 1MDB.

Adakah PM Najib yang terpalit dengan skandal korupsi sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan sokongan dan kepercayaan umum sekaligus mengalihkan perhatian rakyat ke atas skandal rasuahnya? Itulah antara point penting laporan The Irrawaddy.

Too bad.

Irrawaddy tak kenal rakyat Malaysia. Kita orang tak boleh dialihminda sebegitu. Satu dua hari je paling lama tak cakap tentang 1MDB. Lepas tu mesti mengungkit lagi dan lagi dan lagi.

Apa pun persepsi media lain tentang corak pentadbiran Najib. Sangat memalukan negara. Dan dia tu PM Malaysia. PM kita. Dan paling teruk kita langsung tak boleh nak angkat muka untuk defend dia kat hadapan pengkritik-pengkritik yang datang dari luar negara.

Terpaksa redha sebab kita sendiri pun mengakui Najib memang PM yang teruk. Nak buat macam mana. Layankan aje dia dan kita kena kekah dengan Myammarians. Jahanam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...