Selasa, 6 Disember 2016

Rizal, Kalau Kurang IQ, Tak Faham Kenyataan Jangan Sibuk Fitnah Mahathir - Peguam Sound Pegawai Rosmah Kaw-Kaw.

Ditulis oleh Hanif Khatri.

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera.

RIZAL MANSOR - JANGAN TABUR FITNAH JAHAT DAN PENYELEWENGAN FAKTA KALAU OTAK AWAK KURANG I.Q. UNTUK FAHAM KENYATAAN TUN DR MAHATHIR YANG SEBENAR !!! 

1. Pada 03.12.2016 TUN DR MAHATHIR telah hadzir untuk julung kalinya di Persidangan Tahunan DAP 2016, dan telah membuat Ucapan sebagai Tetamu Kehormat dalam persidangan itu. 

Video kenyataan berhubung Ucapan TUN DR MAHATHIR adalah seperti yang dimuatnaik di sini, dan bahagian yang menjadi isu tulisan saya di sini, adalah seperti berikut : " ... and i am very well assured, kerana Yang Berhormat Guan Eng juga memberi penjelasan tentang liberalisme DAP. Dia tak berapa liberal lah. 


Dia patuh kepada adat istiadat orang-orang Malaysia ... they stick to the Malaysian values system, not to become liberal like the U.S. We are not going to have Guan Eng marrying another man, and i am not going to marry another man either. 

So these are all the false things that are being spread by Datuk Seri Najib particularly, and of course BY HIS HENCHMAN, who speaks, WHO REGARDS NAJIB AS BEING CREATED BY GOD ... WOW !!! ... , AND NOW HE IS COMPARING HIMSELF TO THE PROPHET OF ISLAM, BUT THE PROPHET OF ISLAM AS YOU KNOW, DID NOT HAVE 1MDB ... HE DID NOT HAVE 2.6 BILLION RINGGIT IN HIS ACCOUNT, that is why we look up to him ... but Najib, he should be placed in a court of law to answer for all the things that he has done ... (Tempoh 7:23 - 9:01

2. Namun agak MALANG dan SEDIH apabila ada pihak yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB sama- sekali seperti Pegawai Khas Perdana Menteri RIZAL MANSOR, dengan JAHAT dan MENYELEWENG, cuba memutarbelitkan bahagian ucapan TUN DR MAHATHIR itu sebagai kononnya " menghina Nabi Muhammad dengan mengatakan nabi orang Islam itu tidak pernah ada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau terima derma RM2.6 bilion." !!! ( Laporan lengkap kenyataan RIZAL MANSOR dalam FREEMALAYSIATODAY.COM 05.12.2016 : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/05/pegawai-pm-tuduh-dr-m-hina-nabi

3. Wahai RIZAL MANSOR, janganlah menabur FITNAH dan cuba secara FROD tampilkan ISU KEAGAMAAN, sekiranya OTAK AWAK TAK CUKUP I.Q. untuk faham, ataupun sengaja tidak mahu faham, apa yang jelas dan nyata yang diucapkan oleh TUN DR MAHATHIR, yang sememangnya TIDAK LANGSUNG HINA NABI !!! 

4. Yang sebenarnya, seperti yang anda tahu, namun sengaja tidak mahu tahu, ucapan TUN DR MAHATHIR adalah untuk SINDIR DENGAN TEGAS Perdana Menteri NAJIB RAZAK, iaitu BOSS awak, RIZAL MANSOR !!!, ... kerana ianya adalah parti awak, UMNO dan Naib Presiden (menggalas kerja Timbalan Presiden) UMNO sendiri, yang telah SALAHGUNA HUKUM dan AYAT AL-QURAN untuk menyamakan NAJIB RAZAK dengan "PEMIMPIN ISLAM yang diletakkan ALLAH", sepertimana ZAHID HAMIDI semasa Ucapannya di PAU 2016 pada 29.11.2016 telah dipetik oleh MALAYSIADATELINE.COM sebagai berkata : "Dan ingatlah semua bahawa sekarang ialah waktu di mana Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden kita.", "Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu. 

Justeru, saya menyeru kepada seluruh perwakilan agar jangan sesekali berwala' hanya di bibir.", dan "Wala' saudara saudari sekalian haruslah juga pada perbuatan kerana itulah sebenarnya tuntutan dalam agama kita." (Sila lihat Siri : 561 di 'facebook' saya) 

(Laporan lengkap kenyataan ZAHID HAMIDI dalam MALAYSIADATELINE.COM 29.11.2016 : https://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/16-berita-utama/5924-ada-komuniti-kepembangkangan-jejas-parti-kata-ahmad-zahid

5. JUSTERU, Wahai RIZAL MANSOR, Siapakah yang sebenarnya PERGUNAKAN ISLAM dan SALAHGUNAKAN HUKUM ISLAM serta AYAT AL-QURAN, kalaulah bukan pucuk pimpinan UMNO ?? !!! 

Hentikanlah FITNAH AKHIR ZAMAN ini, Wahai RIZAL MANSOR, agar tidak ditambah bala lagi di bumi Malaysia yang disayangi ini !!! 

6. Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, silalah tontoni Video yang dimuatnaik di sini, untuk anda membuat penilaian jujur dan ikhlas secara sendiri, tentang PENYELEWENGAN FAKTA dan FITNAH JAHAT oleh RIZAL MANSOR itu !!! DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!! 


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...