Khamis, 8 Disember 2016

Maaflah, Saya Tak Tahu Pun Istana Negara Tu Najib Punya Kata Mahathir - Adakah Kerana Najib Risau Sebumbung Dengan Mahathir?

Tak mungkin Mahathir dinafikan hak untuk menghadiri majlis perlantikan Agung baru disebabkan Mahathir kini telah menjadi pembangkang.

Ia adalah perkara biasa bagi wakil-wakil rakyat pembangkang mahupun kerajaan, bekas pemimpin negara, pemimpin negara dan sebagainya dijemput dalam majlis besar-besar yang melibatkan pihak istana.

Dalam event yang sama, ia sudah semestinya akan dihadiri oleh Najib dan Rosmah juga. Mereka tetamu kehormat kot.

Buat aku terfikir sejenak. Pembatalan kehadiran Mahathir neh bukan disebabkan ketiadaan kerusi (jadah apanya Istana Negara tak cukup kerusi?).

Adakah mungkin kerana Najib rasa tak selesa jika berada satu tempat dengan Mahathir dalam masa yang sama? Mahathir kan dah lama nak 'jumpa face to face' dengan Najib. Adakah Najib bimbang jika Mahathir cari peluang untuk mendekati dirinya dan seterusnya mengajak 'berborak'? Melihat kepada Mahathir, ini sesuatu yang dia berani buat dan lakukan tau.

Aku tak dapat fikir sebab lain. Aku nampak sebab ini je. Everthing to hide episode II ek? Ke Run Najib Run, Again?

Kah Kah Kah!
Kah Kah Kah Kah!
Kah Kah Kah Kah Kah!

Dan berikut di bawah respon Mahathir seperti yang dipetik menerusi blog Chedet.CC

Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.


Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:

“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.

Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”

Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.

Sekian.
Terima Kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...