Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 25 Oktober 2016

Tahniah, PAS Setuju Tidak Akan Kafir Mengkafir Dan Melabelkan Yang Bukan2 Kepada Yang Tak Setuju #RUU355 - Penyokong PAS Sila Take Note.

Jangan sudu lebih kuah.

Oleh kerana PAS sudah cukup open-minded membahaskan perkara berkenaan akta #RUU355 dan bersedia untuk bersetuju bahawa budaya kafir mengkafir dan sama sewaktu dengannya ialah budaya tidak sihat di kalangan umat Islam dan rakyat Malaysia, sudah sampai masanya penyokong2 PAS samada ahli mahupun bukan, wala kepada prinsip parti korang. Bukan ke korang jenis, follow ulama, follow parti, follow pemimpin?

So, pastikan dalam isu ini, follow sebagaimana yang parti kau semua aspirasikan.

Aku tak sokong akta #RUU355. Saja-saja taknak sokong sebab benda neh dah menjadi isu politik bagi BN untuk memecahkan (menjauhkan) PAS dari pembangkang. Lagipun benda belum bahas. So lantakla aku nak sokong atau taknak kan. Lepas dah bahas baru la boleh fikir benda neh patut ke tak patut untuk disokong. Jadi korang jangan pula nak mengkafirkan aku. Pemimpin kau steady. Kau semua jangan nak lebih-lebih pula.

Nah baca ;



Alhamdulillah kami dapat simpulkan beberapa perkara yg penting dari pertemuan bersama Setiausaha Agung PAS, Ketua Penerangan PAS Pusat dan Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS:

1- semua pihak tiada masalah berbeza pandangan dengan PAS dalam isu usul RUU 355 berdasarkan ijtihad masing-masing dan isu ini tidak boleh membawa kepada kafir mengkafir. 

2- Setiausaha Agung PAS dan pimpinan PAS Pusat yang lain sangat mengambil berat fenomena tidak sihat kafir mengkafir, maki memaki, labelan buruk dan hinaan kepada asatizah dan pihak yang tidak atau belum bersetuju atau belum sepenuhnya yakin dengan usul RUU 355. Ada komitmen yang sangat baik diberikan oleh Setiausaha Agung dalam hal ini.

Terima kasih kepada rombongan wakil PAS Pusat untuk pertemuan yang sangat baik, mesra dan berjaya.
Alhamdulillah.

Dr Rozaimi Ramle, Ustaz Abu Hafiz Sallehuddin, Ustaz Khairil Anwar, Saudara Ilham Ramli.

--------------------

Tahniah PAS. Kerana terbuka. Walaupun agak lambat. Tetapi masih belum terlewat. At least pendirian PAS pada isu neh boleh dijadikan rujukan bagi kami untuk sampaikan kepada penyokong2 PAS yang sesuka ahti kafirkan orang. Terima kasih ya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...