Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Oktober 2016

Ini Penulisan JUHAM Yang Menyebabkan Pro PAS VS Pro Rozaimi Vs Pro PAN Bergaduh Atas Isu Akta #RUU355.

Babak i.

Semalam ada satu pertemuan antara beberapa pihak yang sering membahaskan isu RUU355 dengan wakil-wakil dari parti PAS.

Babak ii.

Selepas habis pertemuan, masing-masing pulang dengan membawa mesej dan aura yang sangat positif. Ini kita boleh lihat dan baca menerusi respon Ustaz Rozaimi dan Zulhazmi yang dipetik menerusi FB rasmi masing-masing. Rujuk sini dan sini.

Babak iii.

Lewat malam. Deruan mesej wassap membanjiri. Selepas tinjau 5,6 minit aku mendapati beberapa pro PAN menyebarkan penulisan Zulhazmi dengan niat yang sangat serong dan bersikap provokasi. Aku sebelum ini telah membaca di wall Zulhazmi. Dirinya menulis dengan ikhlas. Kerana seruan perdamaian telah disambut dengan baik oleh pihak sebelah sana. Dan aku tak faham kenapa pro PAN nak ejek-ejek pro PAS atas penulisan tersebut. Aku ada terfikir juga. Kejap lagi gaduh la balik atas masalah sama. Perangai masing-masing macam sohai. Taknak mengalah dan ego tak tentu pasal satu hal. Masing2 claim Islam versi masing2 adalah ajaran sebenarnya satu hal lagi. Tetapi yang paling meluat kat bebudak PAS dan PAN neh ialah dalam dok gaduh tulis sapa lebih Islam dari sapa, sempat pula depa main maki-maki, fitnah-fitnah, cakap kotor, lucah, menghina dan sebar gambar mengaibkan. WTF beb. Aku macam.. 'dorang neh sedar diri ke tak'?

Babak iv.

Aura geram dah tersebar. Ini point JUHAM.

Pertemuan Antara Dr Rozaimi dan pimpinan PAS

Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud
Pengarah JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia
26/10/2016 @ 10.15am

1. Suatu pertemuan santai antara Dr Rozaimi, YB Dr Juanda dan rakan - rakannya seramai 7 atau 8  orang bersama 3 orang pimpinan PAS iaitu YB Dato' Takiyudin, YB Ustaz Nasrudin dan YB Datuk Dr Khairudin Aman Razali telah berlangsung di Hotel Seri Pacific, 25/10/2016 jam 5.00 petang. Pertemuan berlangsung dalam keadaan baik, mesra dan harmonis. Saya turut dijemput hadir sebagai pemerhati.

2. Konteks pertemuan adalah berkisar kepada isu yang tercetus daripada video ucapan Dr Rozaimi yang dilaporkan mendapat kritikan ramai apabila beliau bercakap mengenai isu RUU355.

3. Dialog pertemuan itu lebih menjelaskan mengenai kenapa dan bagaimana PAS membawa RUU355 ke Parlimen. Apakah langkah yang diambil oleh PAS dan apakah sikap PAS terhadap pihak yang tidak bersetuju.

4. Segalanya dijelaskan dengan baik dan terang oleh YB Dato' Takiyudin selaku Setiausaha Agung PAS dan YB Datuk Dr Khairudin At Takiri mengenai isu RUU355. Beliau menjawab dgn tegas bahawa pendirian PAS yang sentiasa diulang-ulang bahawa PAS tidak menghukum, tetapi menerangkan hukum. PAS tidak pernah mengkafirkan sesiapa bahkan bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli atau pimpinan yg mengkafirkan muslim yang lain.

5. Dalam perbincangan yang melewati isu Hudud, YB Khairudin turut mengingatkan sekelian yang hadir bahawa Hudud itu milik Allah, Hak Allah! Sikap dan prinsip PAS bahawa setakat yang mampu dalam kerangka undang-undang yang sedia ada, memberikan Hak Allah dgn cara berusaha melaksanakan syariat dan hukum Allah adalah WAJIB. Berusaha ke arahnya adalah WAJIB. Menyokongnya adalah juga WAJIB bagi org Islam. Ini sikap PAS. Namun PAS tidak menghukum terhadap sesiapa jua yang mempunyai pandangan, ijtihad yang berbeza!

6. Satu persoalan menarik yang dilontarkan YB Khairudin bahawa "Jika Hudud itu Hak Allah, maka bukankah memberikan Hak Allah dgn berusaha melaksanakan perintah dan Hukum Allah adalah WAJIB bagi ummat Islam? Dalam kerangka undang-undang sedia ada, bukankah ia adalah wajib diusahakan? Sekurang-kurangnya bagi 3 kesalahan yang boleh dihukum dengan pindaan Akta 355". Semua terkesima dengan soalan ini!

7.  Sehingga ke hujung pertemuan, Dr Rozaimi tetap dengan pendirian tidak bersetuju dengan RUU355. Satu-satunya alasan Dr Rozaimi ialah kerana katanya "tiada keadilan apabila dalam kes yg melibatkan org Islam dan bukan Islam (zina sebagai contoh) hanya org Islam yg dihukum sedangkan bukan Islam terlepas". Dr Rozaimi menyandarkan pendapatnya kepada mazhab syafie bahawa tidak boleh dikecualikan Islam dan bukan Islam. Katanya ia tiada keadilan dan tidak dilihat adil.

8.  Hujahan ini kemudiannya disambut oleh YB Khairudin,  yang meminta Dr Rozaimi melihat konteks perlembagaan. Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 2 Akta 355 sedia ada, secara jelas memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa ke atas org Islam sahaja. Apa yang dicadangkan oleh Dr Rozaimi  perlu melibatkan pindaan Perlembagaan atau Usul yg lain di bawah Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan. Ringkasnya RUU355 tiada kaitan dengan perluasan bidangkuasa ke atas orang bukan Islam.

9. YB Khairudin juga menjawab khilaf mazhab berkaitan pemakaian Hudud ke atas orang bukan Islam, dengan menegaskam bahawa dalam keadaan wujudnya khilaf, maka Pemerintah berhak menjadi kuasa pemutus lantas mengambil proses untuk mentaqninkan pendapat mazhab yang dipilih.

10. YB Ustaz Nasrudin pula dipenghujung pertemuan selama sekitar sejam setengah itu telah menegaskan prinsip dan pendekatan yang diambil oleh PAS. Apa yang boleh saya rumuskan adalah berkaitan 2 perkara berikut:

(a) PAS berusaha untuk meyakinkan Ahli Parlimen supaya menyokong usul pindaan Akta 355 dan juga kepada orang ramai supaya memahami isu pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang ini. Bagi pihak PAS ia satu kewajipan dan satu tanggungjawab syarie yang perlu dan wajib diperjuangkan demi meletakkan syariat Islam dapat dilaksanakan semampu yang boleh.

(b) Namun kepada mereka yang menolaknya, maka PAS mengambil sikap untuk terus memberi penerangan dan berusaha meyakinkan mereka  betapa usaha meminda Akta 355 ini wajib disokong tanpa mengambil pendekatan menjatuhkan hukum kafir dan sebagainya kepada mereka yang masih belum bersetuju. Pendekatan PAS ialah menerang dan berdakwah bukan menyerang dan menghukum.

Sekian.

Babak v.

Respon Ustaz Rozaimi kerana sepertinya disalah-tanggap.


Maka bermulanya insiden meleret-leret ke perkara yang tak sepatutnya berbangkit. Babak pertahankan diri. 


Dan JUHAM menjawab untuk bela diri JUHAM pula.


Apa yang dikatakan telah viral macam-macam itu? Teruk sangat ke viral tu sehingga terasa seperti PAS disalah-anggap? Antaranya ;



Teruk ke? Okay je. Sebenarnya nak mendamaikan. Dan nak memahamkan.  Nak bagitau pada geng-geng PAS. Awak janganle cop kami bukan-bukan sebab berbeza dalam soal undang-undang dunia. Awak sokong takde masalah. Awak ada hujah awak. Yang tak sokong awak jangan la dimarah-marah dituduh-tuduh. Bagi je hujah dah cukup. Kenapa patut disokong. Ini tidak, asal kritik, dah kata masuk neraka. Perbincangan apa macam neh? Macam nak mengajak gaduh. Suka agaknya kot bila masyarakat kita jadi tak ketahuan bergaduh sesama sendiri kerana pertahankan individu, entiti tertentu.

Contohnya :





 
Tora-Tora la, Lebai PAS la, Loya 7 undi la, perangai yahudi la, jawab dengan Allah la, semua cukup. Macam neh punya perangai nak merintis jalan perdamaian ke? Sapa sanggup selepas suka suki melabel dengan niat nak mempersenda atau menyindir. Kita neh pun. Reti la belajar cakap elok-elok. Bagi hujah betul-betul.

Pertemuan yang berniat baik pada semalam hancur sekelip mata. Menurut aku JUHAM mungkin terkesan apabila ada pihak menyatakan RUU355 bukan hudud. Mungkin je la. Kenapa JUHAM menulis seperti macam "nak serang" balas kenyataan-kenyataan yang tersebar, hanya diri mereka je yang tahu sebab sebenar. Di pihak aku, konsisten menyatakan samada nak sokong atau tolak RUU355 hak masing-masing. Jangan paranoid tak tentu pasal macam Siti Kassim. Atau paranoid nak menghukum macam perangai sesetengah ahli PAS/PAN (pun ada tau). Aku harap pimpinan PAS yang hadir semalam akan terus cool meskipun api provokasi dah mula dimainkan oleh pelbagai pihak yang bergelar penyokong-penyokongsan neh. Sebenarnya sudah nak mendamaikan pihak-piham yang bertelagah. Sebab penyokong2 neh pun ada pemikiran masing-masing. Sampai sudahla bergaduh jawabnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...