Sabtu, 29 Oktober 2016

Budak Tahfiz Ini Melawat Najib, Alih-Alih Disuruh Pegang Placard - Tak Pasal-Pasal Kena Buli!

Najib. Najib. Apa nak jadi dengan kau neh.

Kot ye pun terdesak jangan la tunjuk sangat beb. Kau tu piem. Setiap tindakan kau menjadi perhatian kami. Pantang di mata aku kalau ko buat benda-benda takde faedah neh. Pantang tau. Pantang.

Aku perhatikan apa yang kau update semalam ;


Dan aku terpaksa laju-laju menjadikan ianya satu isu yang patut aku bincangkan dengan kau.

Seperti yang kau sendiri laporkan. Bebudak neh mai melawat aka mengunjungi kau. So mereka neh tetamu-tetamu kau. Punyalah susah nak jumpa kau. Datang dari jauh pula tu. Ada ke patut kau membuli bebudak neh dengan menyuruh mereka memegang placard yang menunjukkan mereka sokong kau?

Najib?
Mereka tetamu kau kot.
Bagi la something yang seronok sikit.
Kenapa mesti pegang placard sokong kau?
Bebudak neh kalau tak sokong kau pun tak boleh nak menolak bagai sebab depan orang ramai. Lagipun kau tu piem. Memang la seram sejuk budak-budak ini dibuatnya.

Kau tengok muka adik-adik ini.


3 orang muka blur-blur disuruh pegang placard.
Sorang tak faham kenapa disuruh pegang dan bergambar.
Sorang pula senyum macam sedang berangan something.
Dan kau pula, berdiri kat tengah-tengah tu dengan muka penuh bangga kembang semangkuk.

Bangga la tu dapat buli budak-budak tu.
Suruh pegang placard sokong kau.
Then bergambar.
Lepas tu sebar kat efbi.
Hmmm.

Dengan melihat kepada placard yang cantik-cantik bercorak bagai. Aku syak program neh dah dirancang awal-awal.
Buang duit.
Jemput bebudak tu mai pejabat.
Sediakan placard bagai.
Bergambar.
Alahai. Dedikasi sungguh rancang idea nak tunjuk sokongan kepada big boss. Cuba la kau gunakan usaha dan ketekunan yang sama mendepani masalah rakyat. Lagi ada faedah kot.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...