Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 27 September 2016

Muhyidin PM Jika Pembangkang Menang Kata Mahathir, Tony Pua Kata Kami Mahu Anwar.

Mahathir berada di London ketika membuat kenyataan tersebut. Mahathir mengatakan jika pembangkang menang dalam PRU mendatang, Muhyiddin Yasin akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sungguhpun begitu, Mahathir turut mengeluarkan kenyataan bahawanya tindakan mengumumkan nama bakal Perdana Menteri (bagi mewakili pembangkang) sebenarnya akan mengundang perpecahan dan menyebabkan sebahagiannya (penyokong) berasa marah.

Selepas kenyataan itu dilaporkan menerusi portal Malaysiakini, netizens tampil dengan pelbagai respon. Ada yang bersetuju ada yang tidak bersetuju. Ada yang mempersendakan Muhyiddin tak kurang juga yang menyindir pembangkang. 

Sebelum ini, Muhyiddin ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan banyak kali mengkritik pembangkang ketika berada dalam kerajaan. Muhyiddin juga beberapa kali menyelar Anwar Ibrahim dan pernah mengatakan PAS parti sesat. Perkara itu berlaku tidak beberapa lama dahulu, tidak aneh jika ianya masih berbekas di kalangan penyokong2 pembangkang.

Dengan mengangkat Muhyiddin sebagai PM Malaysia mewakili pembangkang, ianya seolah2 membuktikan percakapan orang ramai bahawanya Mahathir hanya menjadikan DAP, PKR, PAS dan AMANAH sebagai batu loncatan (keldai, kuli batak) demi mencapai hasrat peribadinya. Ini menyebabkan penyokong2 pembangkang menjadi marah. Tidak hanya UMNO/BN berpecah disebabkan tindakan Mahathir, Mahathir telah/cuba memecahkan lagi kesatuan pembangkang. Untuk pengetahuan umum, parti baru Shafie telah pun berjaya mencuri adun PKR dan dijangka akan mencuri beberapa adun dari PKR dan DAP dalam masa terdekat. PKR dilihat bersetuju dengan tindakan Shafie namun penyokong2 mereka memberikan reaksi yang sebaliknya. PKR diperlihatkan seperti lembu yang diperbodohkan oleh bekas-bekas pemimpin ternama UMNO. Shafie sepatutnya menarik pemimpin2 ternama UMNO dan bukannya mencuri adun dari DAP dan PKR. Itu keluhan penyokong2 parti pembangkang.

Muhyiddin juga dijangka akan berucap di atas pentas PAS dalam satu program yang diadakan di Terengganu kelak. Sebelum ini spekulasi tersebar mengatakan BERSATU sedang berurusan secara sulit dengan Pakatan Harapan dan PAS agar tidak bertembung sesama sendiri di kerusi PRU. Langkah ini diambil bagi membolehkan BERSATU mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi-kerusi di kawasan yang mereka bakal bertanding pada PRU ke 14 kelak. 


Dalam satu tinjaun yang dijalankan oleh IDE Malaysia, kedudukan Muhyiddin agak memberangsangkan kerana berada di no 3 sebagai Perdana Menteri Pilihan, di belakang Anwar sebanyak 30% dan Mahathir 24%. Muhyiddin mendapat sokongan sebanyak 17%. Hadi dan Lim Kit Siang yang turut berada dalam senarai survey itu agak ketinggalan dari segi sokongan di Selangor.

Tony Pua dalam satu kenyataan berasingan menegaskan bahawanya Pakatan Harapan tegas mempertahankan hanya Anwar sebagai PM Malaysia jika pembangkang menang kelak.

Rujukan artikel : 

http://www.malaysiakini.com/news/357066
http://www.malaysiakini.com/news/357024
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/09/27/anwar-best-person-to-lead-country-survey-shows/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...