Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 27 September 2016

Kisah Video XXX Nadia Nordin Dan Janganlah Kita Menjadi Pembangkang Yang Sohai..

Aku setuju dengan apa yang dikatakan Cursing Malay.



Hari neh aku rasa kotor sangat. Satu badan kotor. Hati kotor dan segala-galanya kotor. Ini semuanya gara-gara aku terpengaruh menonton satu video yang sangat kelucahan melampau. Me to be blamed pun kan.

Yang pertama. Aku tak kenal siapa Nadia Nordin. Tetapi sejak dari pagi aku melihat nama itu sangat popular. Aku on social media, update nampak orang sembang bab Nadia Nordin. Mula buat bodoh juga. Layan isu semasa. Dorang bercakap tentang video. Tetap buat bodoh. 5,6 kali on off social media dari pagi bawa petang bawa ke malam last-last aku surrender juga. Ehh meluat aih dorang sembang bab Nadia. Aku dah la tak faham hapa.

Yang kedua. Gatal tangan p buka video. Ada dua video. Aku buka satu je. Ada babak perempuan yang tak berbaju kena bantai. What the f*ck man. Ini ke masyarakat kita hebohkan sangat pada saat ini? Hamboi. Punya la tak laku artikel aku bab gula mungkin akan dinaikkan walaupun benda neh bakal pengaruhi dan beri impak kepada kehidupan mereka. Kisah video tak berbaju juga yang dorang kesahkan. K.e.c.e.w.a.

Ketiga. So, orang share laju2 video tu bukan kerana kes kecurangan sang suami dengan kawan baik Nadia Nordin sebaliknya kerana wanita yang dibantai itu tidak berbaju. Itu yang aku nampak. Tak payah korang sembang macam bajet suci. Bullshit ja korang semua neh. Yang share tak kira laki pompuan semua sakit mental. Ini kerana disebalik aksi bantai membantai, ada aksi lucah. Yakni korang tu tadinya dah bersatu ahti beramai2 p sebarkan video lucah. Bodoh.

Keempat. Masyarakat tak reti nak pilih isu yang beri nilai tambah pada kehidupan mereka. Inilah mereka. Lepas tu melalak itu salah ini salah, kenapa itu naik, kenapa ini mahal. Tetapi bila ada masa pergi layan citer2 bodoh lagi membodohkan umat. Bergosip cukup pandai. Kalau nak gosip sangat kita layan citer Rosmah dan Najib sudah la. 100 hari 100 malam pun takan habis. Macam2 cerita aku ada. Ini barula gosip yang membangun kerana ia babitkan kehidupan kita secara langsung.

Kelima. Lepas tertengok walaupun tak habis aku dapat rasakan masyarakat kita neh bukan tahap sakit mental lagi dah. Ini dah masuk tahap kronik overdose. Tinggal nak mampos masuk kubur ja lagi neh. Insafnya tak reti pula tu.

Keenam. Aku imbas kembali sewaktu sebaran video lucah yang babitkan pemimpin pembangkang. Kononnya la. Masa tu aku cukup benci dan marah dengan portal2 UMNO. Blog2 UMNO. TV3. Berita Harian. Utusan. Semuanya sakit mental kerana bersatu sebarkan kelucahan. Manusia nak menang politik pun jangan kau sebar benda karut2 di hadapan kaca tv. Anak2 melihat. Generasi muda yang kecik2 yang masih suci tak faham apa kau pergi jaja citer2 seks liwat di dada akhbar dan kaca tv. Aku cukup tak suka. Masa tu aku betul2 tak suka (in fact masih tak suka sampai sekarang).

Ketujuh. Dan situasi ini sama macam apa yang pernah berlaku pada suatu ketika dahulu. Di kalangan mereka ada masyarakat pembangkang pula tu. Mereka bersatu share kelucahan tanpa rasa malu. What the fack man. 

Kelapan. Jangan guna alasan nak sekolahkan pompuan berzina bagai. Nak bagi pengajaran atau apa. Alasan korang semuanya alasan sampah mampah. Ini kelucahan dan korang sebarkan kelucahan. Itu yang sebenarnya. Yang mampu mengajar perempuan tu ialah undang2. Biarlah undang2 jalankan tugasnya. Yang korang kalau nak sebarkan pun ikutlah tajuk. Bukan semua benda yang asal orang share aje korang mesti perlu sebarkan. Macam takde otak nak pilih baik buruk.

Kesembilan. Bayangkan video2 tu tersave dalam henpon, tersebar di facebook, anak2 muda yang tipu usia register facebook pun dapat tertengok sama jika mereka klik. Tak malu ke share content karut marut di laman sosial?

Kesepuluh. Dan bayangkan lagi, kau sebagai pembangkang yang sepatutnya melawan penyebaran kelucahan pergi sebarkan kelucahan pula, tak malu ke? Masyarakat bagaimana yang kau mahu bentuk sebenarnya neh? Andai satu hari geng UMNO sebarkan kelucahan pemimpin2 kau, pandai pula nak marah, pandai pula nak sound agar hentikan politik serangan peribadi, tetapi kau sebarkan kelucahan orang lain yang mana masalah rumahtangga si Nadia Nordin tu satu haram takde kaitan dengan hidup aku dan kau, boleh pula kau beria sebarkan? Cakap tak serupa bikin, tak malu ke? Dalam pada kita nak membentuk masyarakat yang berakhlak mulia dan berintergriti, kita sendiri tak bermoral. Sakai.

Kesebelas. Sila padamkan. Sepertimana kau semua bersatu sebarkan kelucahan yang tak perlu seperti itu juga la korang kena berpakat padamkan apa yang telah disebarkan. Jika upload dalam efbi, padamkan. Jika upload di Twitter, padamkan. Jika sebar di WhatsApp, padamkan. Yang share, padamkan. Yang like, padamkan. Pendek kata, hilangkan jejak korang dalam penyebaran video berkenaan. Ianya sangat memalukan. Ini lucah neh. Orang 'takde baju' korang sebar. Masyarakat, jangan kita rosakkan diri kita sampai macam neh. Walau kita neh takde la baik mane, tetapi jangan pergi jauh, jangan jadi lagi teruk.

Keduabelas. Jangan tipu diri sendiri share kononnya nak beri pengajaran. Kalau nak beri pengajaran kita tak sebar kelucahan. Seperti filem dakwah yang rakamkan babak pelakon2 sedang melakukan kegiatan maksiat. Aksi peluk2 itu tetap ada. Aksi dedah aurat itu tetap wujud. Dakwah melalui filem? Dakwah yang bagaimana ini? Dalam berdakwah dalam menyebarkan juga kegiatan maksiat. Seperti itulah kita ini sekarang.

Kepada rakan-rakan pembangkang, pembetulan itu perlu dilakukan oleh diri sendiri terlebih dahulu. Sila hentikan sebarang penyebaran video tak sepatutnya hal Nadia Nordin. Jangan kita jadi macam geng sebelah sana. Benda lucah ke tak lucah ke main sebar aje tanpa memikirkan tentang sentimen dan kesan berbangkit. Esok lusa benda neh akan berbalik ke kita semula. Apa yang kita dapat adalah hasil dari apa yang pernah kita buat. Jalan-jalan perjuangan tu memang rumit. Diri sendiri kena lawan nafsu sendiri dulu. Jangan tahu bercakap besar bab nafsu pemimpin tamak ja tanpa sedar nafsu sendiri pun lebih kurang serupa. Renungkanlah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...