Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 September 2016

3 Ditahan, Sekatan Berjaya Dimusnahkan Polis, Syarikat Pembalakan - PAS Kelantan Masih Buat Bodoh Sampai Sekarang, Kenapa?

Hentikan pembalakan. Ianya terlalu berlebihan sehingga menjejaskan penempatan dan kediaman mereka. Itulah yang disuarakan oleh Mustafa, Setiausaha kepada Jaringan Kampung Asli Kelantan Orang (JKOAK).

Menurut laporan yang pernah tersiar di portal Free Malaysia Today pada 27 September yang lepas (laporan versi English rujuk sini), pembalakan secara keterlaluan berlaku di antara kawasan Pos Simpur dan Kuala Bering, berdekatan Kuala Betis, Gua Musang, dan pembalakan itu juga dikatakan menjadi punca kepada berlakunya pencemaran teruk di kawasan sekitarnya. 

Kawasan-kawasan hutan telah ditarah sehingga mengangu tanah adat yang didiami oleh kumpulan orang asli itu juga. Sekaligus menjejaskan kehidupan sekumpulan orang asli yang mendiami kawasan sekitarnya. Pernah menyuarakan notis bantahan menerusi beberapa surat sebelum ini namun ianya seakan diabaikan. Untuk makluman, tanah yang terlibat dalam pembalakan tersebut ialah tanah yang diluluskan oleh kerajaan negeri. 

Syarikat yang melakukan kegiatan pembalakan bukanlah syarikat haram. Mereka telah menerima lesen yang sah dari kerajaan negeri. Persoalannya, disitu wujudnya kawasan penempatan orang asli. Tidak kah kerajaan negeri menyedari hakikat tersebut? Banjir yang sebelumnya tidak cukup teruk untuk mendidik kerajaan PAS Kelantan? Lesen pembalakan dihentikan? Kenapa apa yang terjadi tak sama seperti apa yang pernah diucapkan?

Disebabkan tidak mendapat respon balas yang sepatutnya, kumpulan orang asli itu nekad melakukan protes dengan membuat sekatan bagi melarang syarikat pembalakan meneruskan operasi pembalakan mereka. Protes itu dijadualkan berlangsung pada hari ini. 

Dan tadi menerusi kemaskini peguam kepada kumpulan orang asli tersebut, Siti Kassim, kami mendapat maklumat, dengan kerjasama pihak polis, syarikat pembalakan berjaya 'memusnahkan' sekatan tersebut bagi memasuki kawasan pembalakan.

Berikut apa yang dikongsikan oleh Siti Kassim sebentar tadi.



3 ditahan kerana membantah demi melarang pembalakan yang menyebabkan terjadinya pencemaran.

Polis juga membawa senjata bagi membantu syarikat pembalakan mengalihkan sekatan tersebut. 

Sebelum itu Siti Kassim telah didatangi oleh beberapa wakil dari syarikat pembalakan agar jangan masuk campur dalam permasalahan di antara orang asli dengan syarikat pembalakan tersebut.

Dalam rakaman tersebut, Siti Kassim memarahi dan menegur kelakuan wakil2 syarikat tersebut yang pada anggapannya sedang melakukan ugutan terhadap dirinya sebagai seorang peguam untuk membela hak asasi masyarakat orang asli yang sedang ditindas.

Wakil2 syarikat tersebut juga menjelaskan mereka bukannya pembalakan haram kerana telah mendapat lesen dari kerajaan negeri, sepatutnya hak mereka untuk membalak dibenarkan dan tidak patut menerima sekatan seperti ini.

Selepas bercakap selama beberapa minit, kumpulan yang mendatangi Siti Kassim kemudiannya meninggalkannya namun sempat memberikan amaran agar jangan 'tambah api dalam bara' dan "you berani masuklah, sama-sama cakap". Siti Kassim juga disuruh agar "jangan buat hal". Intimidasi yang dilakukan terhadap Siti Kassim ini sebenarnya menyalahi undang-undang dan diharapkan polis menjalankan siasatan seadilnya.

Rujuk rakaman video ;

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...