Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 September 2016

Azmin Dikritik Kerana 'Mengedik' Dengan Penjual Nasi Lemak Anak Dara - Ini Penjelasannya.





Siang tadi heboh gambar MB Selangor, Azmin Ali bersama penjual nasi lemak - anak dara berlegar-legar di media sosial. Azmin dikritik dan dikecam oleh pengguna media sosial kerana mengamalkan sikap dwi-standard dalam menyelesaikan masalah berbangkit yang melibatkan rakyat.


Menurut laporan, perkara itu mula mendapat perhatian Azmin Ali selepas penjual nasi lemak anak dara yang dikenali dengan nama Siti Hajar meluahkan kekecewaan di Facebook berikutan dilarang meniaga dan disaman MBSA kerana meniaga ditepi jalan tanpa memiliki lesen perniagaan yang sah. 

Siti Hajar kemudiannya meneruskan operasi perniagaan seperti biasa namun terpaksa berulang turun naik tangga menghantar 'order' pelanggan kerana tidak dibenarkan membuka premis perniagaan berdekatan tempat tinggalnya. Nasi lemak anak dara yang dijual oleh Siti Hajar agak popular kerana pernah muncul di kaca tv. Siti Hajar dikatakan mahasiswa contoh yang tidak memilih kerja walaupun belajar dalam bidang kejuruteraan namun tidak kisah meniaga di tepi jalan demi mencari rezeki halal. Susulan dari luahan berkenaan yang viral di laman Facebook, Azmin Ali kemudiannya turun padang ke lokasi perniagaan dan memberikan sokongan kepada perniagaan Siti Hajar. Tindakan Azmin Ali itu kemudiannya ditanggapi secara negatif oleh netizens. 

Lihat pada gambar ;  







** Antara pihak-pihak yang melakukan kritikan terhadap Azmin Ali.

Selepas dikritik dan dipersoalkan bertalu2 oleh netizens, Najwan Halimi pegawai kepada Azmin Ali menjelaskan beberapa salah faham yang timbul menerusi laman Twitternya. 


Menurut Najwan, MB tidak sama sekali meluluskan permohonan lesen secara express sebaliknya hanya menyerahkan borang ketika melakukan lawatan. Siti Hajar tetap perlu melalui SOP yang ditetapkan bagi memohon lesen perniagaan. Ada juga pihak yang mempersoalkan jika Azmin Ali membatalkan saman PBT. Pun begitu perkara tersebut tidak pula diperjelaskan oleh Najwan Halimi. Sebenarnya tindakan turun padang, peka pada permasalahan rakyat ialah perkara betul dilakukan oleh Azmin Ali. 

Dan perbandingan dengan isu air boleh jadi tepat atau boleh jadi tidak tepat merujuk kepada posisi politik kita. Jika kita berada di posisi rakyat, maka sewajarnya juga Azmin turun dan menghadapi secara berdepan mereka2 yang protes demo air. Rakyat perlu penjelasan dan Azmin perlu menjelaskan. 

Jika kita berada di posisi kepartian, maka isu neh telah dipropagandakan secara keterlaluan. Oleh itu jika Azmin bersikap defensif (enggan bertemu pendemo2), mungkin kerana dia malas melayan. Umum tahu penutupan loji air berlaku kerana air-air yang tercemar itu perlu dirawat. 

Tindakan menutup loji berkenaan dilakukan demi menjaga kesihatan rakyat jelata. Ia tidak dibuat secara suka-suka. Kawasan yang terlibat dengan pembuangan sisa toksik lebih luas daripada jangkauan awal. Pendemo sepatutnya berasa marah kepada syarikat yang membuang sisa toksik di sungai. Sungai tercemar, bekalan air bersih rakyat pun turut terjejas. Apabila kerajaan negeri perlu merawat air tercemar, kos tertentu perlu dikeluarkan dan ini membabitkan wang pembayar cukai. Dan selepas dirawat sekalipun entah siapa boleh jamin ketulenannya 100% bersih dan selamat. Sudah tentu syarikat yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan dengan kadar sesegera mungkin. 

Pelik juga peserta2 demo air tidak membahaskan hal ini. Sedangkan hal ini tidak kurang pentingnya. Motif mereka berdemo hanya mereka sahaja yang tahu. Apa pun aku setuju sebagai MB jangan ditunjukkan sikap favoritism terhadap individu tertentu. Rakyat berbilang rupa. Berbilang status. Nak juga merasa sama dipedulikan menteri sendiri.

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...